Friday, July 17, 2009

PLAZA MASALAM : POLIS JAGA KETENTERAMAN ATAU LINDUNGI PEMBUNUH



Kerajaan didesak menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock semalam di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM).

Desakan itu datang serentak dengan kedatangan berpusu-pusu para pemimpin dan orang ramai ke kawasan kejadian itu di Plaza Masalam, Shah Alam.

Cubaan polis untuk menyekat mereka gagal bahkan polis diboo oleh mereka.

Beberapa orang pemimpin Pakatan telah ditangkap polis di samping beberapa orang yang turut diseret dengan kasar di depan wartawan dan jurugambar.

Teoh, 30, SU Politik kepada Ean Yong Hian Wah Exco kerajaan Selangor dari DAP, mati selepas jatuh dari pejabat SPRM di tingkat 14 bangunan itu ke bumbung sebuah bangunan lima tingkat di sebelahnya.

Beliau yang sepatutnya mendaftarkan perkahwinan hari ini dibawa ke pejabat SPRM dua hari lepas dari bangunan SUK Selangor untuk siasat SPRM.

SPRM berkata, dia mula disoal siasat jam 5.30 petang sehinggalah ke 3.45 paginya.

Teoh didapati jatuh dari plaza itu jam 1.30 petang semalam dan mati di tempat kejadian.

1 comment:

  1. Jatuh bangunan tapi kenapa seluarnya koyak?

    ReplyDelete