Monday, July 20, 2009

PAKATAN PUN TAK PERLUKAN PEMIMPIN PERKAUMAN SEPERTI UTHAYAKUMAR




Hindraf menerusi pemimpin "agung"nya, Uthayakumar, mengambil keputusan untuk menubuhkan parti baru. Parti baru ini dinamakan Parti Hak Asasi Manusia dan akan dibuka kepada semua kaum.

Baguslah kalau begitu. Baguslah juga jika parti itu akan berjuang untuk semua kaum seperti yang diwarwarkan itu.

Malangnya, sedarkah Uthayakumar bahawa kaum India tertinggal selama puluhan tahun bukanlah kerana kaum lain menindas mereka. Tetapi adalah kerana kerakusan dan ketamakan "pemimpin pemimpin" masyarakat India seperti Uthayakumar sendiri.

"Pemimpin" masyaralat India yang "hanya ikut kepala sendiri" seperti Uthayakumar inilah yang menjadikan masyarakat India tidak begitu dipedulikan oleh masyarakat lain.

Kita tidak perlu pergi jauh. Lihat sahaja senarai tuntutan Hindraf bagi membuktikan betapa "perkauman"nya pemikiran pemimpin India seperti Uthayakumar ini.

Antara alasan beliau menubuhkan parti baru adalah "kegagalan" Pakatan Rakyat membela nasib masyarakat India walaupun masyarakat India adalah penyokong kuat Pakatan Rakyat.

Untuk makluman Uthayakumar yang "sudah dibirukan otak"nya, Pakatan Rakyat bukan perjuangkan masyarakat Melayu. Bukan juga perjuangkan masa depan masyarakat Cina. Bukan juga perjuangkan masyarakat India.

Pakatan Rakyat perjuangkan masa depan dan kebajikan seluruh masyarakat Malaysia tanpa mengira warna kulit, ras keturunan dan anutan agama.

Jika Uthayakumar masih berbicara soal kaum itu ketinggalan dan kaum ini mendapat pelbagai keistimewaan, maka layaklah Uthayakumar menubuhkan parti baru kerana sememangnya tidak ada tempat untuk individu berjiwa perkauman seperti Uthayakumar di dalam Pakatan Rakyat.

Untuk makluman Uthayakumar juga, Pakatan Rakyat bukan ditubuhkan oleh masyarakat Melayu atau masyarakat Cina atau masyarakat India. Tetapi diwujudkan atas semangat bangsa Malaysia yang cintakan perpaduan dan keadilan. Maknanya, tidak ada kaum yang memonopoli Pakatan Rakyat.

Jika Uthayakumar mengambil pendirian bahawa Pakatan Rakyat hanya mengambil kesempatan ke atas masyarakat India, maka Uthayakumar sebenarnya tanpa disedari telah menyanyikan lagu bertajuk "monopoli" dan sneikatanya pula berbunyi "masyarakat India perlu diberikan keutamaan oleh Pakatan Rakyat kerana masyarakat India adalah tulang belakang Pakatan Rakyat".

Nyata, Uthayakumar gagal menjiwai semangat penyatuan Pakatan Rakyat dan sesuai sekalilah untuk Uthayakumar menubuhkan parti baru.

Satu persoalan lagi. Di manakah parti baru "ludahan" Uthayakumar ini akan bernaung? Bersama Pakatan Rakyat atau bersama Barisan Nasional atau berdiri sendiri?

Jika bersama Pakatan Rakyat - bererti Uthayakumar menjilat ludahnya sendiri.

Jika bersama Barisan Nasional - bererti Uthayakumar akan dikuburkan oleh masyarakat India sendiri.

Jika bergerak sendiri - bererti Uthayakumar sedang menggali kuburnya sendiri.

Kerana apa? Kerana politik berteraskan "perkauman" sudah tidak punya tempat lagi di hati rakyat Malaysia kecuali di hati Uthayakumar dan Barisan Nasional.

No comments:

Post a Comment