Sunday, July 19, 2009

PAKATAN DAH JADI MACAM RUMAH ORANG TUA TUA - ASYIK TERIMA YANG DAH PUTUS HAID



Aku ada baca beberapa artikel di blog sahabat yang sedikit kurang senang dengan tindakan Pakatan Rakyat yang menerima dan meraikan bekas pemimpin Barisan Nasional sewenang wenangnya.

Bukan sorang dua tapi agak ramai dah. Yang dulu YB BN tapi skrg YB Pakatan. Contohnya MP Hulu Selangor.

Dulu masa jadi ADUN UMNO mulut tutup rapat tapi bila dah tak jadi ADUN UMNO terus masuk Pakatan. Contohnya Fauzi Abdul Rahman.

Dulu masa jadi ADUN MCA mulut tutup rapat tapi bila dah tak jadi ADUN MCA terus masuk Pakatan. Contohnya Lim Boo Chang yang lompat dari Gerakan ke MCA di Penang dahulu.

Ramai. Ramailah juga kalau nak disenaraikan.

Zaid Ibrahim lain cerita sebab beliau bagi penerajang kepada UMNO secara berdepan. Maksud aku, ketika UMNO masih perlukan dia.

Sekarang Chua Jui Ming pula. Join Pakatan selepas MCA dah banyak kali bagi signal "TAK KELAPAQ" kepada dia.

Memang betul rakyat Malaysia sudah tidak lagi memerlukan parti berasaskan kaum tetapi masalahnya masih relevankah diri engkau tu untuk terus menjadi pemimpin anak bangsa setelah engkau turut sama menjadi sebahagian daripada gerombolan perkauman itu? Kenapa engkau tak cakap macam tu ketika engkau masih di dalam sana? Kenapa bila harga diri dah menjunam baru nak buka mulut? Mulut engkau busuklah......

Apabila depa depa nih masuk Pakatan, terus di berikan jawatan atas alasan untuk mengukuhkan parti. Tetapi, pernahkah direnungkan di mana depa depa nih sewaktu rakyat bawahan sampai lebam biji mata nak tuntut keadilan untuk DSAI?

Kenapa bila BN dah tak perlukan mereka baru mereka join Pakatan? Dulu dalam BN depa ada jawatan, mereka diam tak berbunyi langsung. Bila BN dah tak mau kat depan, depa join Pakatan dan dapat jawatan buta buta jer.

Seronoklah macam tu.

Balik balik muka yang sama juga yang duduk di atas. Masa dalam BN pun muka muka nih jugalah yang dok di atas. Sekarang dalam Pakatan pun muka muka tu jugalah yang dok di atas.

Hina sangatkah sahabat sahabat yang dah lebih 10 tahun dalam PKR tu sampai takde sekoq pun yang layak dinaikkan menjadi pemimpin sampai pemimpin expired nih dinaikkan sekoq demi sekoq?

Ingat wahai pimpinan, hangpa naik sebab kami yang di bawah nih. Bukan sebab lima enam ekoq yang dah expired tu.

5 comments:

  1. ha..ha...ha... PKR dah setaraf dengan Majlis Perbandaran pulak dah...

    Dalam PAS pun ada sekoq, tapi senyap jer... sampai la ni...

    Sapa lagi orang ubn yang nak menopaus tu... isi borang cepat...

    ReplyDelete
  2. Dah dia nak masuk nak bt mcm mane... mesti kene bagi..
    Kalau kita berhadapan 2 orang individu yang berebut jawatan dalam pemilihan ketua syarikat, jika salah seorang seteru tarik diri dan menyokong kita, kita tetap terima. Apa yg penting penyokong seteru tadi mgkin akan turut menyokong kita.
    Jadi, yang penting niat dia dan bukan umur dia. Dan yang penting orang2 kuat dibelakang Chua mgkin akan ikut jejak yg sama, so sokongan kpd pr bertambah.

    ReplyDelete
  3. Salam....

    Baguslah kalau macam tu. Lembu punya susu, sapi dapat nama.

    Bukan soal terima atau tolak kemasukan pemimpin expired nih, soalnya adalah....KENAPA DIJULANG SEBEGITU RUPA SEDANGKAN MEREKA INI BELUM DIUJI "KETAHANANNYA" SEBAGAI PEMBANGKANG?

    Bukan soal beliau boleh bawa pengaruh atau tidak, soalnya adalah....KENAPA DIBINA KANDANG YANG INDAH UNTUK HARIMAU YANG SUDAH MULA GUGUR GIGINYA?

    Pimpinan BN yang expired ini memang tetap seekor harimau......TETAPI JIKA HARIMAU ITU HANYA TINGGAL GUSI DAN LIDAH...APA GUNANYA?

    Bukan soal umur yang perlu difokuskan....TETAPI SOAL PERASAAN AHLI LAMA YANG PERLU DIJAGA.

    BETUL...dari sudut jangka panjang..kemasukan pemimpim expired ini mungkin boleh mendatangkan manfaat...tetapi jangan leka.....kerana kemasukan mereka juga boleh mendatangkan mudarat.

    ReplyDelete
  4. Tak kira muda, ada jawatan tak ada jawatan, bertaring...tak bertaring sepatutnya bebas untuk serta dan sokong Pakatan Rakyat...selemah-lemah Jui Ming ada kat di satu undi.....
    Tak timbul rumah orang tua untuk sipencen politik...Dalam pilihanraya Umum saluran 3&4 dah PR kuat...maka sekarang kena la curi undi dari saluran 1 dan 2...Gedebak-gedebuk kita kena lihat kehadapan Lihat PRU13...jadi tua atau muda terimalah mereka...Tak kan harap TPM atau PM masuk kot...

    ganganwaloh

    ReplyDelete
  5. Kita bukan pesoalkan umur tua atau muda...yang kita kurang senang adalah..masuk jer...ada jawatan..masuk jer..dapat jawatan...nampak mcm org lain peluh meleleh...org lain dapat laba.

    ReplyDelete