Tuesday, July 21, 2009

UTHAYAKUMAR : TIDAK ADA YANG ISTIMEWA PADA KEMATIAN TEO BENG HOCK




Uthayakumar kata media telah mensensasikan kematian Teo Beng Hock sehinggakan isu kemasyarakatan terutamanya kemunduran masyarakat India gagal diberikan perhatian.

Pada Uthayakumar, tidak ada apa apa yang istimewa pada kematian Teo Beng Hock. So, tak perlu nak diberikan perhatian lebih lebih. Pada Uthayakumar, kemunduran kaum India lebih perlu diberikan perhatian.

Kalau macam tu, bagaimana pula dengan kematian Kugan? Kematian Francis Udayappan? Bukankah dulu Uthayakumar juga turut berdemonstrasi? Bukankah dulu HINDRAF pimpinan Uthayakumar juga turut berdemonstrasi?

Bukankah kematian Teo Beng Hock, kematian Kugan dan kematian Francis Udayappan itu adalah sama sahaja?

Kematian pemuda pemuda malang ini dibela bukanlah kerana mereka itu India, Cina atau bukan Melayu tetapi adalah kerana persoalan persoalan yang timbul selepas kematian mereka.

Untuk pengetahuan Uthayakumar, pemikiran berasaskan kaum sudah tidak lagi diperlukan di Malaysia. Walaupun Uthayakumar mewarwarkan Parti Hak Asasi Manusia pimpinannya itu sebagai parti pelbagai kaum tetapi "warna" sebenarnya semakin jelas kelihatan.

Kematian itu adalah sesuatu yang pasti. Walau apa pun yang kita perjuangkan, mangsa mangsa itu tidak akan kembali bernyawa. Namun, wajib untuk kita mempastikan tiada lagi anak bangsa kita yang menjadi mangsa seterusnya.

Boleh jadi Uthayakumar yakin bahawa ahli keluarganya tidak akan menjadi mangsa kekejaman yang seperti ini. Lu fikirlah sendiri.....

3 comments:

  1. Ini telah menjadi kebiasaan di Malaysia. Kaum India akan mempertahankan kaum nya, juga saperti kaum Cina...
    yang berkumpul di PJ tempoh hari majority nya kaum cina...apa yang nak di hairankan.

    Dalam ceramah yang berapi api itu...
    Cina hentam melayu. Yang melayu hentam melayu Mengapa aku berkata demikian ?? Yang bekerja di SPRM itu adalah bangsa ku ...bangsa melayu

    Yang bodoh ialah MELAYU....kena main

    Menyesal aku kerana menghadirkan diri di PJ.

    Kalau ku tahu begini jadinya...

    ReplyDelete
  2. Ah yo yo lu apa cakap uthay. Dey satu manusia rakyat malaysia yang tak bersalah sudah mati lu lagi sibuk buat parti baru mau cari glamour. ini macam suara BN saja.

    ReplyDelete
  3. Salam....

    Kenapa kita masih nak sebut "MELAYU"? Susah sangat ker untuk kita berjuang atas dasar Islam?

    Kalau "MELAYU" salah....takkan kita nak pertahankan juga? Adakah wajar untuk kita terus pertahankan "MELAYU" jika yang merompak sana sini tu "MELAYU".

    Come on laaa....buka minda.

    ReplyDelete