Monday, July 27, 2009

SAH UMNO MEMANG TAK FAHAM BAHASA MELAYU




Kerajaan PAS Kelantan akan berbaik dengan kerajaan Pusat dan ia harus bermula dengan pemberian royalti minyak sebanyak 1 billion - TG Hj Nik Aziz Nik Mat


Kenyataan di atas adalah lebih kurang kenyataan yang dilafazkan oleh TG Hj Nik Aziz kepada media ketika disoal oleh media tentang "kehadiran secara bersama" beliau dan Mustapha Mohamad dalam satu program mempromosikan Kelantan.

Kenyataan di atas adalah lebih mirip kepada sindiran TG Hj Nik Aziz kepada kerajaan Pusat yang merampas royalti minyak milik kerajaan dan rakyat Kelantan.

Sukar sangat ker untuk difahami kenyataan itu sehinggakan UMNO terlolong terlalak dalam media mengatakan PAS telah bersedia untuk bekerjasama dengan UMNO.

Bukankah TG Hj Nik Aziz sebut "kerjasama antara kerajaan Pusat dan kerajaan Negeri"? Bila masa pula TG Hj Nik Aziz sebut kerjasama di antara PAS dan UMNO sehinggakan Majlis Tertinggi UMNO akan mengadakan pertemuan bagi membincangkannya?

TG Hj Nik Aziz sebut yang dimusuhi adalah ideologi politik dan bukan individu. Maknanya, selagi mana ideologi politik itu berbeza iaitu selagi mana UMNO menolak Islam, maka PAS dan UMNO tidak mungkin duduk semeja.

Apa yang buta perut sangat sampai meroyan macam tu sekali?

Hishamuddin yang berlidah pendek tu kata TG Hj Nik Aziz perlu ikhlas jika benar benar ingin menjalinkan kerjasama. Kalau hangpa tu ikhlas, bagilah royalti minyak yang hangpa rampas tu. Tak payahlah nak pusing pusing cerita.

Nota : Ke mana hilang suara Ketua Penerangan PAS Pusat yang sepatutnya tampil ke depan menjawab isu ini bagi pihak parti? Terlalu mengecewakan. Isu lilin pun Ketua Penerangan PAS Pusat tutup mulut. Isu "TG Hj Nik Aziz nak PAS kerjasama dengan UMNO" pun dia diam juga.

Tidoq ka? Nganga ka? Atau dok terpinga pinga lagi? Terlalu mengecewakan......

No comments:

Post a Comment