Wednesday, July 29, 2009

SIVARASA - INKUES IBARAT HARIMAU TAKDE GIGI




Parti Keadilan Rakyat menyifatkan langkah kerajaan mebentuk jawatankuasa siasatan ke atas kematian setiausaha politik kepada exco Selangor, Teoh Beng Hock adalah satu usaha sia-sia.

Naib Presiden Sivarasa Rasiah dalam satu kenyatan media hari ni berkata mana-mana jawatankuasa siasatan, atau inkues, yang ditubuhkan kerajaan tidak pernah mensabitkan kesalahan pada mana-mana individu.

“Inkues pernah diwujudkan untuk menyiasat kematian dalam tahanan namun ia gagal untuk mengenal pasti pesalah dalam 104 kes kematian yang berlaku sejak 2003 mahupun menghasilkan laporan siasatan yang adil dan kukuh,” kata Sivarsa, yang juga seorang peguam.

Menurut Sivarasa, jawatankuasa kecil itu tidak menyiasat dengan betul kerana hanya bergantung kepada bukti yang disediakan polis dan saksi yang polis tampilkan.

Beliau juga turut mempersoalkan perlantikan koroner Azmil Muntapha Abas mengepalai inkues ini. Sivarasa berkata Azmil tidak mempunyai rekod kewibawaan yang setanding dengan tokoh-tokoh perundangan yang lain.

Azmil tidak setanding dengan personality-personaliti sebagai yang dilantik dalam Suruhanjaya Diraja menyiasat serangan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tokoh terbabit iaitu Tan Sri Anuar Zainal Abidin dan Datuk Mahadev Shankar Berjaya mengenalpasti penyerang dalam kes itu,” kata Ahli Parlimen Subang itu lagi.

Sivarasa menggesa kerajaan supaya memperluas skop siasatan suruhanjaya diraja yang ditubuhkan untuk menyiasat teknik soal-siasat SPRM dalam kes kematian Teoh Beng Hock.

Beliau berkata kuasa luas yang dinikmati oleh Suruhanjaya Diraja jauh lebih berkesan untuk mengenalpasti pesalah kerana mana-mana agensi tidak boleh menyekat sebarang maklumat dari pengetahuan suruhanjaya.

Sivarasa walaubagaimanapun berkata sekatan kerajaan keatas skop siasatan Suruhanjaya menguatkan presepsi bahawa pemerintah cuba menyembunyikan sesuatu dalam kes Beng Hock.

“Satu suruhanjaya diraja bebas adalah satu alat yang berkuasa untuk menyediakan sekatan dan imbangan dalam satu sistem kerajaan demokratik. Menyediakan satu suruhanjaya diraja biasanya adalah satu permainan politik oleh kerajaan bagi menyiasat satu isu kontroversi,” tegas Sivasara..

No comments:

Post a Comment