Thursday, July 9, 2009

TRAGEDI URUMQI - XINJIANG : AKU HARGAI KOMEN ITU




Ada ANON komen tentang kenapa aku postkan banyak gambar tragedi Urumqi dan hanya memaparkan tentang Uighurs sebagai mangsa.
Dia samakan aku dengan CNN. Ini komennya :-

Sorry but i was just wondering why your blog are full with pictures very subtlely and deliberately portraiting the Uighurs to be the victim, where in actual fact,they were the one started the riots & the killing of innocent Han ? Why ? what rights do they have to expect to be let go scot-free after committing these heinous barbaric actions ? No any right-minded government in this world will allow this except maybe Indonesia ? Why are you not posting any pictures of the hundred of Han victims, those innocent Han killed just merely because they were in the wrong place at the wrong time ?...Your action is no different from the CNN...very sad


Ini pula jawapan aku kepadanya :-

Saya tidak bermaksud untuk mempotretkan Uighurs sebagai mangsa tetapi setiap masalah itu haruslah dilihat daripada mana punca datangnya.

Katakan saya datang ke rumah anda, saya menguasai segala yang ada di rumah anda. Sehinggakan saya yang membuat peraturan tentang jadual hidup anda sekeluarga. Bagaimanakah perasaan anda?


Adakah anda akan bergembira dengan tindakan saya itu? Adakah anda hanya akan berdiam diri? Atau adakah anda akan naik marah dan hilang sabar?


Jika anda hilang sabar dan mengambil tindakan memukul dan menghalau saya daripada rumah anda, adakah tindakan anda itu betul? Sudah tentu betul bukan? Kerana kediaman itu milik anda.

Adakah anda patut dipersalahkan di atas tindakan anda memukul saya itu? Sudah tentu tidak bukan?
Kerana kehidupan itu kehidupan anda.

Anda adalah Uighurs yang merupakan pemilik kediaman itu manakala saya pula adalah Han yang datang dan menguasai segala galanya.
Begitulah perumpamaanya.

Sesuatu kejadian itu dinilai bukanlah atas apa yang berada di depan mata tetapi adalah punca kenapa kejadian itu berlaku.


Maaf jika pandangan kita berbeza tetapi itulah hakikatnya.


Anda fikirlah sendiri.

No comments:

Post a Comment