Saturday, October 10, 2009

SIDANG MEDIA MENGEJUT PENGARAH PILIHANRAYA PAS PRK N31 BAGAN PINANG




Akan ada perarakan bertujuan menimbulkan suasana provokasi oleh pihak tertentu. Maybe guna lambang PAS dengan tujuan mencalarkan imej PAS.

Maybe naik motor ramai ramai. Maybe guna kenderaan lain. Akan pakai baju PAS, bawa bendera PAS.

Laporan telah dibuat di IPD Telok Kemang oleh UKP. Kepada sesiapa yang bertembung dengan kumpulan ini, itu adalah bukan anjuran PAS. Itu adalah musuh PAS.

Maybe akan buat kacau di taman taman majoriti orang Cina dan India. Mungkin bertakbir di awal subuh secara kuat supaya PAS nampak buruk di mata bukan Islam.

Penyokong PAS diminta mematuhi peraturan dan semua perarakan adalah diharamkan oleh PAS supaya keadaan tidak menjadi kacau bilau.

PAS amat mengharapkan pengundian pada hari esok akan berjalan dengan lancar dan aman.

Surat palsu menggunakan letterhead Dewan Pemuda PAS Pusat kononnya Ketua Pemuda PAS telah memohon maaf atas semua "keterlanjuran" yang berlaku dan permintaan maaf itu dilakukan atas desakan DAP juga kemungkinan besar akan turut disebarkan kepada orang ramai pada malam ini atau awal pagi esok

PAS secara tegas menafikan penglibatannya dalam kedua dua insiden tersebut.

Ketua Pemuda PAS Pusat menafikan penglibatan beliau dan Dewan Pemuda PAS Pusat dengan surat tersebut dan itu adalah surat palsu yang bertujuan memfitnah PAS.




No comments:

Post a Comment