Pengundi Bagan Pinang telah membuat keputusan dan keputusan mereka wajib dihormati oleh semua pihak.
Bukan soal mereka telah diugut atau dipaksa untuk mengundi UMNO tetapi pilihan mereka wajib dihormati walau apa sekali pun alasannya.
Kepada teman teman PAS, tahniah untuk anda. Walaupun kalah, kita tetap mendapat pengalaman baru dan kita temui sedikit kematangan. Yang masih belum matang berpolitik adalah sebahagian daripada pimpinan PAS baik di peringkat Negeri mahupun Pusat.
Maaf jika ada yang terasa. Namun, itulah hakikatnya. Berubahlah sebelum rakyat jijik dengan sikap dan "protokol" anda wahai beberapa pimpinan.
Apa apa pun, 3 orang Jeneral PAS yang mengendalikan pilihanraya ini dengan penuh sabar layak untuk menerima kredit.
Salahuddin, Dr Dzulkefli dan Hj Mahfoz - tahniah. Anda berjaya menjaga hati para petugas walaupun hati anda hanya Allah swt sahaja yang tahu. Anda berjaya walaupun anda gagal merampas Bagan Pinang daripada UMNO.
bro, walaupun zahirnya kita kalah tetapi hakikatnya kita menang. pasti suatu hari nanti KEBENARAN akan tiba. insya ALLAH...
ReplyDeleteAmeen.
ReplyDeleteAku tak heran pun dengan kekalahan PAS ni, seperti selalu aku katakan kepada sahabat-sahabat dalam setiap pilihanraya. 'ini perang antara Israel dengan Hizbullah bukan perang antara US dengan Soviet, Hizbullah memang patut kalah, tapi kalau menang ia merupakan perkara luar biasa'. Sapa Israel? Sapa Hizbullah? pikir sendiri ha ha
ReplyDeleteAna setuju dengan pandangan karimov....
ReplyDelete