Sunday, October 11, 2009

PENYOKONG UMNO SEMEMANGNYA HILANG INGATAN - POLIS DAN SPR PUN MEMANG SUKA PEJAM MATA





Bermula jam 10 pagi tadi, aku bersama blogger albanjari, pinkturtle dan utaraonline melawat dua buah UPU iaitu UPU Telok Kemang dan UPU Si Rusa.

Mula mula kami singgah di UPU Si Rusa. Majoriti yang bertugas di UPU ini adalah petugas daripada Kelantan.

Suasana kempen agak panas walaupun tidak begitu tegang. Pencacai UMNO terjerit jerit macam orang hilang akal menuduh PAS menjadi kuda tunggangan DAP dan melaungkan "liwat liwat liwat".

Petugas PAS yang mendominasi petugas Pakatan di UPU Si Rusa kelihatan bersahaja "mendengar" laungan ala ala wayang kulit yang dipersembahkan oleh pencacai UMNO yang sangat kurang adab tersebut.

Tahniah kepada semua petugas PAS yang berada di UPU tersebut di atas kesabaran tahap tinggi yang berjaya anda tunjukkan.

Kami kemudiannya beredar ke UPU Telok Kemang yang diamanahkan kepada petugas dari Terengganu.

Suasana di UPU ini amat tegang dan diberitakan bahawa insiden bertukar tukar bahan hantaran seperti botol dan batu telah beberapa kali berlaku tetapi belum ada yang cedera.

Sorak menyorak kelihatan sangat "ceria" di UPU ini di mana semua pihak yang hadir telah mengambil bahagian dalam setiap "pertandingan" sorakan yang dianjurkan.

Penyokong UMNO yang terdiri daripada remaja yang masih bersekolah dan remaja yang tercicir persekolahan telah menjadi mangsa buli Pemuda dan Wanita UMNO. Kumpulan remaja malang ini telah dijadikan pasukan sorak tanpa tauliah oleh Pemuda dan Wanita UMNO.

Albanjari dan utaraonline meninggalkan aku dan pinkturtle di UPU "panas" ini. Pinkturtle nih gagal dikesan sebenarnya. Telefon pun tak angkat. Semoga pinkturtle tidak diculik oleh UMNO. Kalau tak, tak pasal pasal bloggers nak kena jadi WonderPet.

Sorakan dan kejian UMNO terhadap PAS memang sangat menyakitkan. Tunggu apa lagi...aku tanggalkan kad blogger milik aku dan aku "join" sekali dengan kelompok pemuda dan remaja Pakatan.

Aku lead sendiri kelompok nih. Kami bersorak dan melaungkan slogan macam demonstrasi. Alhamdulillah, para "jemaah" yang berada di UPU Telok Kemang turut serta dan sorakan kami itu telah berjaya "mematikan" budak budak UMNO.

Tak lama lepas tu, sekali lagi pertukaran bahan hantaran berlaku. Budak budak pencacai UMNO melontarkan batu ke arah penyokong Pakatan dan terkena bibir seorang remaja dari Terengganu. Nasib baik pihak PDRM berjaya mengawal keadaan.

Sorak sorakan masih terus terusan berlaku sambil disulami oleh pertukaran bahan hantaran. Pihak PDRM yang pada awalnya kelihatan agak berat sebelah telah mula memainkan peranan dengan menahan beberapa "ekor" budak UMNO. Itu pun setelah ditekan dan digasak oleh pihak Pakatan.

Setelah beberapa "ekor" budak UMNO itu digari dan disimpan di dalam land rover milik PDRM, pihak UMNO terus hilang moral kecuali beberapa ekor Puteri UMNO yang baru habis PMR. Muda sangat tu tapi mulut budak budak nih dah macam mulut mak budak. Laser dan kurang ajar tahap gaban. Kesian mak ayah budak budak nih.

Penyokong UMNO mula bersurai apabila jam menunjukkan hampir 1 petang.

Apa yang membuatkan penyokong Pakatan "naik semangat" secara menjadi jadi adalah sikap OCDP yang bertugas di UPU Telok Kemang.

Beliau mengarahkan penyokong Pakatan bersurai atas alasan penyokong UMNO telahpun bersurai. Gila gaban betul OCPD nih.

UMNO nak bersurai tu UMNO punya pasallah. Apsal kami pun nak kena bersurai juga? Polis tu pula kata "OCPD ada kuasa untuk suraikan" perhimpunan. Woi !! Itu hal lain. Bukannya hal himpunan pilihanraya !! Bangang betul sarjan yang bagi alasan macam tu kat aku. Nak jer aku ludah tepat kat biji mata dia. Nasib baik Hj Hanapiah tarik aku ke belakang. Kalau tidak, memang sarjan tu dah aku "sekolahkan" dah.

Aku hormat betul dengan penyokong Pakatan. Seinci pun mereka tak berundur. Walaupun masing masing baju dah basah dengan peluh tapi semangat tetap kental.

Selepas keadaan kembali tenang sebab penyokong UMNO dan makin reda, tak pasal pasal pula puak puak topi merah sampai 3 trak siap dengan rasaksa Water Canon sekali.

FRU terus mengambil tempat di bahu jalan. Penyokong UMNO yang memang diketahui penakut nak mampos tu terus hilang dan terus duduk duduk macam mereka tak terlibat dengan pilihanraya.

Rupa rupanya puak puak nih takut dengan FRU. Puteri UMNO yang tadi bukan main lagi celupar mulutnya telah hilang entah ke mana. Budak budak UMNO yang baling aku dengan botol mineral pun tak nampak batang hidung dah.

Bangang. Sangat bangang. Dah lah bangang, penakut nak mampos pula tu.

Teman teman boleh tengok gambar gambar yang ana savekan kat ruang album kat tepi blog nih. Enjoy it.

2 comments:

  1. itulah gaya samseng UMNO yg CELAKA, tgk mamat yg kat gambar tue pun macam CELAKA HARAMJADAH.

    ReplyDelete