Monday, October 12, 2009

TANPA TARBIYYAH - TIDAK ADA BEZA ANTARA PAS DAN UMNO KECUALI PADA NAMA



Semuanya gara gara kegagalan sistem tarbiyyah. Tanpa kefahaman haraki yang mantap, ramai dikalangan kita berjuang bermati matian untuk mempastikan kemenangan milik kita tanpa mengambil berat soal "redha dan restu" Allah swt.

Tanpa tarbiyyah, kita akan menjadi pejuang parti politik dan bukan lagi pejuang yang berjuang di dalam Gerakan Islam.

Sebab tu, time nak gaduh dengan UMNO, ramai yang muncul tetapi time solat ramai yang lupa. Macam mana nak dapat redha Allah swt jika macam tu?

Bila kalah, kita "bersilat". SPRlah. Undi poslah. UMNO ugut pengundilah. Macam macam bunga silat kita. Kita langsung tak nampak "gerak kerja" Allah swt walaupun kita tanpa segan silu melabelkan diri kita sebagai pejuang Islam yang berada di dalam Gerakan Islam.

Di mana silapnya apabila sistem tarbiyyah ini dikatakan gagal? Silapnya adalah ulama yang ada, walaupun ramai, masih gagal untuk menterjemahlan ilmu yang dikurniakan oleh Allah swt ke dalam masyarakat.

Ulama yang ada tenggelam dalam "lautan" ilmunya sehinggakan asyik "syok sendiri" ketika mengajar dan lupa untuk mempastikan para ahli jemaah ini faham apa yang diajar.

Lebih malang lagi, apabila ada "ulama" dalam PAS yang menjadikan dakwah itu sebagai satu komoditi dan menjadikan "ceramah" itu sebagai suatu sumber pendapatan.

Berceramah berapi-api. Sebutan ayat al-Quran dan hadith lancar tahap gaban tapi merokok macam mat Indon kerja kontrak.

Pemuda PAS, time demonstrasi, bukan main lagi garangnya. "JAHANAM AMERIKA". "JAHANAM ISRAEL". Malangnya, rokok Winston tersepit kemas di celah jari.

"HANCUR AMERIKA". "HANCUR ISRAEL". Tapi every weekend bawa family makan di McDonald atau KFC.

Nak dapat keredhaan Allah swt macam mana kalau munafiq yang mudah tu pun sukar nak dibuang jauh daripada kehidupan?

Pergi jahanamlah dengan daki daki munafiq yang ada tu...baik pimpinan, baik penyokong, baik petugas, baik ahli, baik Dewan Dewan, baik Kawasan Kawasan, baik Cawangan Cawangan, baik bloggers, baik apa sekalipun.

Pergi jahanam selagi anda gagal untuk keluar daripada lumpur munafiq tu.

Nak marah? Marahlah....ada aku kesah? Redha manusia lebih mendekatkan kita dengan neraka berbanding redha Allah swt yang memudahkan kita ke syurga.

Lu fikirlah sendiri....

2 comments:

  1. Nasihat anta memang tepat dan kena pada masanya. Kita seolah-olah lupa akan perjuangan yang sebenarnya yakni mendapat rheda ALLAH S.W.T.

    ReplyDelete
  2. Sebahagian daripada kita "lupa" kerana mereka menganggap PAS sebagai parti politik dan bukannya sebagai Gerakan Islam.

    Sebab tu, bila dah menang, masing masing macam kaduk naik junjung.

    Perjuangan mereka adalah menang pilihanraya dan kalahkan UMNO dan bukannya mencari redha Allah swt.

    Kita semua boleh saksikan terang terangan bagaimana hipokrasi sebahagian Pemuda PAS bergantung gantung di jubah Ust Tantawi dan hipokrasi sebahagian pimpinan yang bergantung di jubah TG Presiden dan TG Mursyid al-'Am.

    ReplyDelete