Thursday, October 29, 2009

BUKAN SOAL EGM ATAU PUN BUKAN - SOALNYA DURI PERLU DICABUT



Walaupun sedikit kecewa dengan keputusan mesyuarat pimpinan PAS Pusat malam tadi, namun keputusan ataupun pendekatan yang telah dipilih secara musyawwarah itu wajib untuk kita berikan peluang bagi membuktikan keberkesananannya.

Bermula dengan cadangan EGM yang dilontarkan oleh TG Hj Nik Aziz yang kemudiannya di"cool"kan oleh Sallahuddin dengan pendekatan mesyuarat khasnya sehinggalah akhirnya diputuskan untuk berseminar sahaja, semua itu mengajar kita menjadi lebih matang.

Walaupun ramai di kalangan kita yang beremosi dengan setiap cadangan dan pendekatan yang diambil, namun, kita wajib menyedari bahawa jemaah ini bukanlah milik peribadi kita tetapi adalah merupakan milik ummah.

Keputusan yang ada itu bukanlah keputusan yang diputuskan atas kapasiti peribadi tetapi adalah keputusan yang terhasil daripada musyawwarah.

Maknanya, konsep musyawwarah itu mengatasi pandangan peribadi tidak kira pandangan peribadi yang diperibadikan mahupun pandangan peribadi yang dipaksa untuk diinstitusikan.

Hanya keputusan musyawwarah sahaja yang akan diinstitusikan dan bukannya keputusan mana mana individu yang kononnya mewakili jemaah seperti mana pandangan Ketua Penerangan PAS Selangor. Bercakap atas kapasiti peribadi tetapi mahu diinstitusikan atas nama PAS Selangor.

Berbalik kepada soal EGM - Mesyuarat Khas - Seminar tadi.

Ketiga tiga perkara itu hanyalah rangkaian pendekatan yang boleh diambil oleh PAS bagi mengatasi kemelut yang ada. Apa yang perlu diberikan perhatian secara khusus adalah apa kemelut itu dan bukannya apa pendekatan yang boleh diambil.

Sekiranya kemelut gagal dikenalpasti, apa sahaja pendekatan yang diambil, pasti akan gagal. Kenal pasti di mana punca masalah dan atasi masalah tersebut dengan pendekatan yang sesuai. Itu sahaja.

Ahli bawahan melihat masalah yang timbul itu adalah masalah kepimpinan dan berpunca daripada hilangnya kawalan Presiden PAS ke atas barisan pimpinannya. Presiden PAS dilihat banyak berdiam diri kerana kerap kali hanya menswastakan "PC" kepada Setiausaha Agong PAS yang juga dilihat sebagai lebih sudu dari kuah.

Salah Presiden PASkah? Tidak. Jadi, di mana salahnya? Tentulah pada penasihat penasihat rasmi mahupun tidak rasmi yang sentiasa berlagak serba tahu itu.

Sebab itulah Islam mengajar kita untuk menyerahkan sesuatu tugasan itu kepada individu yang "ahli" dalam hal tersebut dan bukannya melihat kepada barapa lama individu tersebut berada di dalam jemaah mahupun lulusan universiti manakah beliau.

Apa apa pun, tahniah kepada semua pimpinan PAS kerana masih mampu tersenyum walaupun senyuman itu sumbing sekali sifatnya.

2 comments:

  1. umum mengetahui bahawa imej pas telah tercalar oleh pemimpin yang gah dgn beliau "dipilih" dan pemimpin yg dilantik. umum tahu siapa mereka.

    pokok permasalahan ialah "imej pas yg tercalar". jadi, tindakan yg utama utk meneyelesaikannya, pas perlu terlebih dahulu kenalpasti apakah punca kpd masalah tersebut.

    utk mengenali punca kpd masalah yang timbul, pas perlu melihat ke belakang dan senaraikan rentetan peristiwa yg berlaku yg melibatkan pas secara langsung.

    dua peristiwa penting yg dilihat sbg penyumbang utama kpd kecalaran terhadap imej pas adalah 1) pertemuan dlm gelap dgn umno selepas pru 12 dan 2) tindakan2 yg mencemari keputusan muktamar ke 54, "memperkasakan pakatan rakyat".

    DUA peristiwa di atas melibatkan pelaku2 yg sama, yg umum sudahpun mengetahui siapakah mereka. mereka, sama ada kita suka atau tidak, adalah punca kpd masalah yg mencalarkan imej pas.

    pandangan prof aziz bari sedikit sebanyak telah memperkukuhkan lagi persepsi ini sehingga menyebabkan, oleh kerana tidak tahan lagi dgn keadaan yg pas hadapi, tgna telah, dgn berani menamakan pelaku yg dilihat menyumbang kpd pencalaran imej pas, lalu manyarankan supaya muktamar khas diadakan sebagai jalan penyelesaian.

    muktamar khas yg disarankan tgna boleh diadakan dgn kehendak, 1) presiden atau, 2) 1/3 ajk pas pusat atau, 3) 1/3 kawasan.

    presiden, melalui mesy khas yg berlansung pada rabu lalu telah menyurakan kehendaknya. hanya ajk pas pusat dan kawasan2 belum lagi menyatakan kehendak mereka. kehendak presiden tidak boleh menghapuskan kehendak dua kumpulan ini.

    keputusan mesy khas telah memperkukuhkan persepsi seterusnya terhadap pas - pas dikuasai oleh pemuka2 pas terengganu serta pendokong2 yg dibawa khusus ke jalan raja laut oleh mereka. "kekuatan" mereka nyata menghapuskan "keberanian", di kalangan ajk pas pusat yg menghadiri mesy khas, jika ada. kebimbangan tidak disenaraikan sbg calon pada pru 13, kebimbangan akan hilang kedudukan dalam jk parti, keseronokan dgn jawatan yg disandang, serta kebarangkalian jawatan/kedudukan yg mungkin akan diperolehi.

    presiden sudah menyatakan kehendaknya, ajk pas pusat pula dgn kebimbangannya sudah juga 'menyatakan' kehendaknya. kini, hanya tinggal pas kawasan yg belum lagi berbuat demikian.

    dengan keputusan mesy khas masalah pencemaran imej pas tidak akan dapat diselesaikan. ini sudah tentu akan memberi kesan yg tidak sedikit pada pru 13 nanti. slogan "pas for all" yg diperkenalkan menjelang pru 12, sudah mula dipersoalkan. kedudukan kelab penyokong pas yg masih "di dalam kajian" memburukkan lagi persepsi umum terhadap pas.

    yang tinggal kini hanya pas kawasan. apakah kawasan2 berani untuk menyatakan sikap mereka di belakang tgna? apakah akan ada "57" kawasan yg mampu mengenepikan kehendak presiden dan ajk pas pusat? bolehkah menaruh harapan kpd kawasan2 untuk memulihkan imej pas yg sudah tercalar?

    sikap cawangan yang mengambil jalan mudah menyerahkan keputusan dibuat oleh ajk pas kawasan perlu diambil kira dlm merumuskan sama ada kawasan sedia bersama tgna! sedia memulihkan imej pas yang tercalar!

    satu perkara yg ahli2 pas perlu faham, umno sudahpun menuai keuntungan dari DUA perkara penyumbang kpd tercalarnya imej pas. justeru, hubaya, hubayalah!

    ReplyDelete