Sunday, October 4, 2009

GOBALAKRISHNAN DAN AWANG SELAMAT - AWANG SELAMAT YANG SESAT LAGI MENYESATKAN



Awang Selamat menerusi akhbar Utusan Melayu meracau lagi. Kali ini, beliau menyatakan betapa semaknya perut beliau apabila Gobalakrishnan berceramah dengan memetik ayat al-Quran.

Ini ayat yang dipetik oleh Gobalakrishnan - "Orang-orang kafir itu membuat tipu daya dan Allah membalas tipu daya mereka itu. Dan Allah sebaik-baik pembalas tipu daya" (ali Imran ayat 54).

Beliau kelihatan kurang senang dengan ayat itu dan kurang senang dengan Gobalakrishnan yang memetik ayat itu.

Mana tidaknya, ayat itu menyebutkan "orang orang kafir" dan menurut pemahaman Awang Selamat nih "orang orang kafir" itu adalah orang orang yang seperti Gobalakrishnan itulah iaitu golongan yang tidak menganut Islam.

Namun, dalam masa yang sama makhluk Awang Selamat yang diketahui berjiwa "perkauman songsang" ini telah terlupa atau telah buat buat lupa atau telah buat buat bodoh bahawa ayat ayat al-Quran itu terbahagi dua iaitu ayat ayat muhkamat dan ayat ayat mutasyabihat.

Pengikut UMNO biasanya tak belajar tentang ini. yang mereka belajar adalah ayat ayat al-Quran itu terbahagi dua iaitu ayat ayat makkiyyah dan madaniyyah.

Makkiyyah adalah ayat ayat yang diturunkan di Makkah manakala madaniyyah pula adalah ayat ayat yang diturunkan di Madinah. Setakat tu jer yang dipelajari oleh mereka.

Kemudian, orang orang yang seperti Awang Selamat ni juga mengaji terjemahan dan tidak mengaji tafsir. Jika orang orang seperti ini mengaji tafsir dan faham tafsir, maka sudah tentulah orang orang seperti makhluk Awang Selamat nih tidak akan menulis secara sembrono sedemikian.

Kembali kita kepada ayat yang dipetik oleh Gobalakrishnan dalam ceramahnya. Ayat itu adalah ayat mutasyabihat iaitu ayat yang maksudnya adalah secara umum dan bukannya secara muktamad.

Frasa "orang orang kafir" dalam ayat yang dipetik oleh Gobalakrishnan itu tidak membawa erti orang orang yang tidak menganut Islam tetapi membawa erti orang orang yang tidak tunduk kepada Islam.

Orang orang bukan Islam kategori zimmi tidak termasuk dalam kategori "orang orang kafir" yang dinyatakan oleh ayat tersebut.

Begitu jugalah orang orang yang mengucap kalimah syahadah pula tetapi tidak mahu tunduk dan patuh kepada sistem yang telah digariskan oleh Islam, maka orang orang ini termasuk dalam kategori "orang orang kafir" yang dimaksudkan oleh ayat tersebut.

Kalimah "kafir" dalam ayat itu adalah merupakan suatu kata kata "simbolik" bagi menggambarkan kelompok penentang Islam. Kelompok penentang Islam ini pula bukanlah membawa erti kelompok yang tidak mengucapkan kalimah syahadah sahaja.

Apabila kita membicarakan "kelompok penentang", maka tidak dapat tidak, UMNO adalah termasuk di dalam kelompok itu.

Bukti jelas lagi nyata, jika UMNO jujur dan ikhlas memperjuangkan Islam, tentulah sudah lama Rosmah Mansor bertudung dan tentulah sudah lama SIS yang celupar itu diharamkan.

Tindakan Gobalakrishnan memetik ayat al-Quran ketika berceramah tidaklah sampai kepada tahap menghina atau memperlekehkan Islam dan al-Quran seperti mana yang sering dilaungkan oleh UMNO dan tindakan itu juga tidaklah berdosa.

Namun, perbuatan mendedahkan aurat di khalayak awam tanpa rasa bersalah dan dengan penuh rasa bangga itu adalah berdosa. Begitu jugalah dengan tindakan penentangan SIS terhadap hukuman sebat ke atas Kartika.

Islam menegaskan, fungsi muslim dan mukmin adalah untuk membuatkan kebaikan dan mencegah kemungkaran. Dalam soal Gobalakrishnan dan Awang Selamat, fungsi ini telah dimainkan oleh Gobalakrishnan dan bukannya Awang Selamat kerana dalam isu ini Awang Selamat berada dalam kategori sesat lagi menyesatkan.

2 comments:

  1. bala..bala. india nie dok buat mcam dia tue prabu deva plakkk, baghu ada akai kena londeh hari tue puak2 polis jentik teloq sorang sekali.
    wargkakakakakaaaaaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  2. Pada aku, tidak ada salah untuk bukan Islam memetik ayat al-Quran selagi mana maksud dan kehendak ayat itu dipatuhi.

    Lagipun, bukan satu dosa pun.

    ReplyDelete