Monday, October 12, 2009

KEMENANGAN PAS PADA PRU KE 12 - ANUGERAH, UJIAN ATAU ISTIDRAJ?



PAS berjaya menang di banyak kerusi ketika berlangsungnya PRU Ke 12 pada 8 Mac 2008. Kita amat bersyukur di atas kemenangan itu.

Ramai, termasuk pimpinan, termasuk ulama, menyatakan kemenangan yang dicapai itu merupakan anugerah daripada Allah swt. Dulu, aku bersetuju dengan pandangan tu. Namun, jika ditelitikan apa yang berlaku dalam PAS, hati kecil kita akan berkata - kemenangan ini bukan anugerah tetapi lebih kepada ujian daripada Allah swt kepada kita.

Setelah menang, kita rebut ghanimah perang sampai berbalah sesama sendiri. Kita tak puas hati jika nama kita tidak berada dalam senarai Ahli Majlis PBT. Kita marah marah jika kita tidak terpilih sebagai Ketua Kampung mahupun Pengerusi JKKK.

Apabila sudah bergelar YB, maka sikap membimbing yang dulunya diamalkan dah hilang jauh. Sikap membimbing tu dah bertukar menjadi mengarah. "bil hal" dah jadi "bil maqal".

Bila menang, kononnya kitalah yang bertungkus lumus memimpin armada perang berhadapan dengan UMNO ketika PRU Ke 12 dulu. So, balasan mesti diberikan kepada "kita". Bila tak dapat jadi MB, kita khianat dalam diam.

Pendek kata, kemenangan besar PAS dalam PRU Ke 12 yang lalu adalah merupakan ujian daripada Allah swt kepada kita dan bukannya anugerah. Terbukti, setakat nih, PAS gagal dalam ujian ini.

Lebih malang lagi apabila kemenangan itu turut menjadi istidraj kepada pimpinan tertentu dalam PAS. Walluhu a'lam....

4 comments:

  1. semuanya bukan. pas menang kerana umno berpecah dan faktur pak lah

    ReplyDelete
  2. Aku bukan tanya sebab apa PAS menang. Apa yg aku tanya adalah apa simbolik kemenangan itu kpd PAS.

    Ko tak faham bahasa Melayu ker? Atau, mmg ko nih Melayu yg tak reti bahasa?

    Bercakap jgn main hembus jer. Baca dan fahami artikel tu elok elok sebelum komen.

    Jangan serlahkan kejahilan ko tu....

    ReplyDelete
  3. ada benarnya.gak..bila dah ada*kuasa* dah lupa daratan..bahasakan diri pun Yb,,YB...dah takleh sebut Hjh ke..Haji ke...or nama saja..dah ada gap..kalu nak bukti bolih je..tapi..macam buka pekong didada le...muhasabahlah ...

    ReplyDelete
  4. Ana sedih sangat dengan gelaran "YB" dan "DATO" ini menjadi jurang yang memisahkan petugas dan pimpinan.

    Dulu takde macam nih pun. Sedih sangat.

    ReplyDelete