Saturday, October 3, 2009

KHIR TOYO - MENGIGAU DAN MERACAU TAK SUDAH



Khir Toyo yang semakin tertekan itu belum habis racauannya. Kali ini, Khir Toyo memberikan "nasihat" agar PAS tidak mengikut "rentak" DAP. Kononnya, DAP bijak memanipulasi isu politik untuk kepentingan politik DAP.

Jika dulu, apabila makhluk yang bernama Khir Toyo nih bercakap, nampak juga isinya. Malangnya, sekarang nih, apa yang keluar mulut beliau hanyalah omong-omongan kosong yang hanya bertujuan untuk menenangkan kegelisahan hatinya sendiri.

Pada aku, siapakah Khir Toyo ini untuk menasihati PAS? UMNO Selangor sendiri pun beliau tak boleh nak jaga sehinggakan Najib terpaksa turun ke Selangor dan melantik dirinya sendiri sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor. Maknanya, yang ada di Selangor tu semuanya bongok dan bangang belaka menurut kacamata Najib suami si Rosmah itu.

Selain itu, Najib juga telah menubuhkan suatu badan pemikir bagi membantu UMNO Selangor. Maknanya, yang ada di Selangor tu semuanya otak tepu dan dah tak boleh nak berfikir secara waras lagi dah. Khir Toyolah yang menjadi ketua puak puak otak tepu di Selangor nih.

Khir Toyo kata DAP bijak memanipulasi isu. Adakah itu satu kebenaran atau cuma fitnah jahat Khir Toyo? Apa yang kita dapat lihat adalah kesungguhan DAP untuk mewujudkan ketelusan dalam mentadbir negeri Selangor tanpa memilih bulu.

Kejujuran dan kesungguhan DAP ini tidak pernah ada dan tidak akan ada pada MCA mahupun Gerakan. Keberanian bersuara yang diamalkan oleh DAP dan Pakatan amnya tidak pernah dipraktikkan pun dalam BN.

Apabila sesuatu tindakan kerajaan negeri Selangor didapati bakal mendedahkan penyelewengan UMNO/BN, maka makhluk yang bernama Khir Toyo nih akan kata DAP telah menjadikan PAS sebagai kuda tunggangan.

Antara alasan atau hujah yang sering digunakan oleh Khir Toyo dan jurucakap Khir Toyo yang ada dalam PAS Selangor tu adalah tindak-tinduk kerajaan Selangor lebih kepada melepaskan geram dan membalas dendan kepada Melayu. Yang sebenarnya, bukan Melayu tetapi UMNO.

Kenapa kelihatannya hanya pemimpin UMNO atau individu yang mempunyai kaitan dengan UMNO sahaja yang disiasat? Jawapannya, kerana UMNOlah yang paling banyak mengkhianati rakyat dan negeri Selangor.

Ibarat kata seorang pemandu teksi kepada aku sebelum solat Jumaat last week - "Perkara apa pun, kalau ada UMNO, punah ranah jadinya. Baik politik. Baik ekonomi. Baik perpaduan. Baik pendidikan. Walau apa pun, UMNOlah pelingkupnya".

Aku setuju. Khir Toyo adalah di antara pelingkup yang ada dalam UMNO.

2 comments:

  1. awat tak meracau bro, tak pekena tempe. jadi lagu tue la....... sasau anak toyo nie.

    ReplyDelete
  2. Sekarang nih makhluk Khir Toyo nih LAIN ORANG TANYA LAIN PULA YANG DIA JAWAB.

    Kesian juga aku tengok. Tapi nak buat macam mana, kan? Saper suruh songlap duit rakyat Selangor.

    Rakyat Selangor ramai lagi yang susah tapi makhluk Khir Toyo nih senang senang jer rembat duit rakyat untuk pi lepak kat Disneyland.

    Memang layak kena sumpah 7 keturunan makhluk Khir Toyo nih.

    ReplyDelete