Friday, October 30, 2009

NASHARUDDIN - BERSILATLAH SELAGI MANA ANDA MAMPU BERSILAT



Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa semalam menafikan beliau seorang pemimpin 'bermasalah' seperti yang didakwa Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Katanya jika beliau seorang pemimpin bermasalah sudah tentu perwakilan tidak akan memilih beliau dan majoriti yang diperolehnya pada Muktamar Tahunan PAS ke-55 pada Jun lepas menunjukkan sebaliknya.

Nasharuddin, yang terkejut kerana namanya turut disebut oleh Menteri Besar Kelantan itu, bagaimanapun berkata ini adalah amalan biasa bagi pemimpin atasan untuk memberi nasihat kepada anggotanya.

"Cara kami bekerja dalam PAS ialah terutamanya pemimpin atasan lebihlebih lagi beliau (Nik Aziz) sebagai pemimpin berpengaruh sentiasa memberi nasihat kepada kami.

"Beliau juga sentiasa mengingatkan kami mengenai sebarang isu dan apa sahaja tetapi dalam kes ini teguran itu datang menerusi blog (Tok Guru)," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, semalam.

Penafian itu merupakan kenyataan sulung Nasharuddin sejak Nik Aziz menamakan beliau sebagai antara "dua tiga kerat pemimpin yang bermasalah" dan mencadangkan parti itu mengadakan satu Muktamar Agung Khas (EGM) bagi menentukan kedudukan pemimpin-pemimpin itu.

Jumaat lepas, Nik Abdul Aziz dalam blognya, www.blogtokguru.com mencadangkan supaya EGM diadakan bagi menukar 'dua tiga kerat' pemimpin dalam parti itu termasuk menyebut nama Nasharuddin, Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali dan Datuk Dr Hassan Ali yang merupakan Pesuruhjaya PAS Selangor.

Nik Aziz mendakwa perlunya ada perubahan dalam "pemainpemain utama" yang menduduki kerusi kepimpinan PAS di peringkat pusat ini kerana masih berterusan dengan isu kerjasama dengan Umno bagi membentuk kerajaan perpaduan.

Nasharuddin, bagaimanapun berkata Nik Aziz telah memperjelaskan apa yang dimaksudkannya dalam tulisan berkenaan kepada Jawatankuasa PAS Pusat semalam, dan jawatankuasa itu telah membuat keputusan tidak mengadakan EGM sebaliknya digantikan dengan Seminar Politik.

Jawatankuasa PAS Pusat yang bermesyuarat lebih empat jam semalam sebulat suara memutuskan Muktamar Agung Khas (EGM) tidak akan diadakan, dan sebaliknya akan digantikan dengan seminar politik pada 7 Nov ini.

Selain itu, keputusan yang diumumkan Presiden parti itu turut mengarahkan jawatankuasa disiplin parti menyiasat PAS Selangor berhubung isu-isu yang dibangkitkan oleh Pesuruhjaya PAS negeri itu. - BERNAMA

p/s : "kalau saya bermasalah, tentulah perwakilan tidak akan memilih saya dan saya tidak akan memang dengan majoriti yang besar" - Masalahnya, perwakilan pilih hang sebelum hang buat masalah dan hang mula naik tocang lepas hang "memang besar" hasil kebongokan Mat Sabu dan Husam yang tak reti nak kompromi.

6 comments:

  1. perwakilan pilih dia sebab dia bergantung kat jubah para ulama, masalah orang PAS pula terlampau taksub pada Ulama, bila Ulama suruh Walak, semua pakat patuh tanpa mereka sedar Ulama PAS sekarang banyak yang sudah pening..

    ReplyDelete
  2. Aku setuju dengan pandangan ko secara general tetapi aku tak setuju dengan kenyataan ko tentang "orang PAS pula terlampau taksub kepada ulama".

    ReplyDelete
  3. Salam Tuan Blogger.

    Mamat nasha tu menang sebab kira undi dalam gelap.

    Agak2 tuan kalau undi dikira di tempat terang mamat nasha tu boleh menang tak???

    ReplyDelete
  4. Salam jiranku @ C-1-1,

    Bayangkan undi Parlimen Bandar Tun Razak yang lebih kurang 70 ribu itupun hanya mengambil masa 4 - 5 jam untuk dikira.

    Bagaimanakah pula undi perwakilan PAS yang tak sampai 2 ribu itu dikira hingga awal pagi?

    Satu persoalan yang Cikgu Pa tak jawab sampai hari nih.

    ReplyDelete
  5. SILA BACA HARAKAH KELUARAN JUMAAT 30/10/09

    ADA ARTICLE YANG MEMBURUKKAN NIK AZIZ

    http://manjongmari.blogspot.com/2009/10/harakah-cuba-berusaha-nak-jatuhkan.html

    saya yg selalu baca harakah sekali lalu pun dapat melihat & menangkap kedua2 article dalam harakah tersebut.

    saya pelik, APA MAKSUD HARAKAH menyiarkan 2 berita yg bertentangan mengenai Tok Guru Nik Aziz begitu jika tidak lain daripada hendak memburukkan tok guru. Untuk membuatkan orang MEMPERSOALKAN INTEGRITI Tok Guru.

    ni kerana nafsu benci & agaenda sendiri, puak2 pro-UG ini sanggup jahanamkan PAS dengan cara MEMBUNUH ICON pas sendiri iaitu nik aziz. depa tak peduli & tak ambil kira yg tanpa nik aziz, sapa lagi yg boleh jadi icon PAS yg boleh diterima oleh semua parti & rakyat.

    yang BODOHNYA adalah AHLI PAS itu sendiri. dah termakan pil WALA..WALA..sampai tak boleh fikir sendiri & bertindak. ikut je membabi buta. Kalau Allah nak manusia ni ikut je arahan, baik Dia buat robot je untuk menjadi khalifah dibumi ini tetapi ALLAH letakkan manusia yang boleh berfikir dibumi ini. takkan itupun tak paham kerana apa.

    lepas ini PAS bolehlah bersiapkan diri untuk KALAH dalam PR13 ni ye. kami rakyat yang hina dina ni dah MENYAMPAH denagn perangai pas ni. nanti bila itu berlaku, JANGANLAH SALAHKAN TAKDIR....sebenarnya, HANGPA SEMUA YANG BODOH!!!!

    ReplyDelete
  6. KELUHAN NIK AZIZ

    Wibawa Nik Aziz mula santuni DAP Perak
    http://zainulfaqar.wordpress.com/2009/10/31/wibawa-nik-aziz-mula-santuni-dap-perak/

    IPOH, 31 Okt. | Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat petang tadi melahirkan rasa syukur kepada Allah kerana masyarakat bukan Islam, termasuk para pemimpin DAP negeri sudi menjemputnya bersama-sama memperkukuh Majlis Pakatan Rakyat di Perak.

    “Saya bersyukur kepada Allah kerana parti PAS diterima oleh orang bukan Islam. PAS NEGERI TIDAK LAGI MENJEMPUT SAYA DALAM PROGRAM PARTI, tapi Ngeh Khoo Ham…pemimpin DAP yang jemput saya sama-sama perkukuh Pakatan Rakyat di Perak,”

    Dalam nada berjenaka, Nik Aziz melahirkan rasa terkejut kerana PEMIMPIN PAS TIDAK LAGI MENJEMPUTNYA, DISEBABKAN BELIAU MENYOKONG PAKATAN RAKYAT

    ------------

    boleh sesiapa bagi penerangan KENAPA NIK AZIZ DIPERLAKUKAN SEDEMIKIAN???

    Jasa Tok Guru setinggi langit kepada PAS and yet beliau diperlakukan seperti sampah oleh pemimpin PAS sendiri!!!

    Apa wala tu hanya untuk president & timbalan je ke? habistu mursyidul am ni letak bawak kaki je???

    ReplyDelete