Thursday, October 8, 2009

PERTEMUAN DAN PERDAMAIAN ANTARA PAS DAN DI DAP DI SELANGOR - SEMOGA TIDAK ADA LAGI KUCING LIAR YANG MENGIYAU SANA SINI



Pertemuan antara kepimpinan PAS dan DAP di Selangor telah diadakan bagi membincangkan persoalan berbangkit di antara kedua dua pihak.

Pelbagai perkara telah dibincangkan dan pelbagai keputusan juga telah dibuat.

Aku mengharapkan keputusan yang dibuat itu akan menjadi satu resolusi yang akan dihormati oleh semua pihak baik PAS mahupun DAP.

Walaupun "permasalah" yang timbul itu bukanlah between PAS and DAP tetapi takperlah. Kita anggap sahaja semua "permasalahan" itu telah sampai ke penghujung.

Semoga individu individu yang bermasalah itu sedar akan suasana di sekeliling dirinya dan mengkaji semula helaian demi helaian hukum dan kaedah tahalluf siyasi supaya strategi dakwah itu dapat difahami dengan jelas dan tepat.

Hidupkan usrah disemua peringkat PAS bermula daripada PUSAT, Negeri, Dewan Dewan, Kawasan dan terus ke Cawangan. Jangan Cawangan jer yang ditekankan untuk menghidupkan usrah.

Marhalah demi marhalah usrah itu perlu ditelusuri semula oleh pimpinan tertentu supaya mereka faham bahawa PAS bukanlah parti politik tetapi adalah merupakan sebuah Gerakan Islam.

Jika marhalah demi marhalah itu berjaya ditelusuri dan dihadami, insyaAllah, niat dan hajat untuk menjadi Menteri Besar itu tidak akan ada lagi di dalam hati.

4 comments:

  1. DEN DAH MENYAMPAH SEBONA EA DONGAN ANAK ALI NIE..GHASO MCM NAK DI GEHMBAT AN KEK TIANG JAMBAN YO...HAGHI NIE DIO OK, SOK LUSO DIBUEK EA LAIE PEGHANGAI...

    ReplyDelete
  2. Ana pun samer gak sebenarnya. Balik balik, dia juga yang jadi kucing liar di Selangor.

    Lama anta tak ziarah blog ana. Gi kursus ker?

    ReplyDelete
  3. haghi2 ese singgah, cumo x bagi komen yo,sakit ati, t mcm2 lak sumpah seghanah yg klua.. banyak poie jomputan mkn2...al-maklumlah ghayo, ghamai yg ghajin buek ghumah terbuko...

    ReplyDelete
  4. Ana ingatkan anta tak sihat jer. Terfikir gak dengan sahabat sahabat maya yg selalu singgah nih. Jadi, bila dah tak komen, risau juga.

    ReplyDelete