Friday, October 23, 2009

PESAKIT KENCING MANIS - POTONG KAKI DEMI MENYELAMATKAN BATANG TUBUH - BEGITU JUGA PAS



Banyak pihak kelihatan seperti melatah dan melompat apabila TG Hj Nik Aziz mencadangkan agar PAS mengadakan Muktamar Khas bagi membincangkan segala permasalahan yang dihadapi PAS.

Secara jelas, TG Hj Nik Aziz juga mengutarakan beberapa masalah yang semakin membusuk dalam PAS. Sama ada kita bersetuju atau tidak, punca masalah tersebut berpunca daripada persoalan pimpinan dan kepimpinan.

Bukanlah niat TG Hj Nik Aziz untuk menyatakan kepimpinan yang ada ini lemah dan lembab. Niat TG Hj Nik Aziz hanyalah mahu menyedarkan kita semua untuk memperbaiki segala kebocoran yang ada pada bahtera yang bernama PAS ini.

Jadi, janganlah kita menimbulkan soal TG Hj Nik Aziz ingin membalas dendam di atas kekalahan pimpinan PAS Kelantan ketika pemilihan pada muktamar yang lalu.

Cuba kita baca, fahami dan hayati apa yang TG Hj Nik Aziz tuliskan. Buang jauh soal sentimen dan soal prejudis yang bersarang di dalam hati kita.

Kita semua sayangkan jemaah ini. TG Hj Nik Aziz juga begitu. TG Hj Hadi juga begitu. Sayangnya mereka kepada jemaah ini tentulah tidak dapat ditandingi oleh kita kerana hati dan jiwa raga mereka adalah untuk jemaah ini berbanding kita yang hanya berjuang secara "part-time" dan "suka suka"ini.

Ibarat pesakit kencing manis. Kaki yang sudah membusuk itu perlu dipotong bagi menyelamatkan batang tubuh pemilik kaki tersebut. Adakah itu menunjukkan pemilik batang tubuh tersebut tidak sayangkan kakinya? Tentu tidak, bukan?

Begitu juga PAS. Pimpinan tertentu dalam PAS perlu direhatkan atas beberapa alasan. Tidak kiralah sama ada pimpinan itu perlu direhatkan atas alasan kurang komited, atas alasan pemikiran tidak selari dengan era globalisasi, atas alasan mewujudkan jemaah dalam jemaah, mahupun apa alasan sekalipun, kita wajib bersikap terbuka dalam menghayati cadangan TG Hj Nik Aziz ini.

Kita turunkan mereka bukan kerana kita bencikan mereka tetapi kerana kita lebih sayangkan jemaah ini. Jemaah ini adalah iman dan keyakinan kita kerana Islam adalah pegangan kita. Genggam erat bai'ah kita dengan Allah swt dan Rasul-Nya. InsyaAllah, kita akan nampak jalan keluar daripada segala kekusutan ini.

Peristiwa Isra' dan Mi'raj adalah kertas kerja Allah swt untuk mengasingkan mu'min dan munafiq di Mekah. Begitu juga dengan segala kekusutan yang sedang kita hadapi ini. Muktamar khas ini juga bertujuan untuk membersihkan daki daki munafiq daripada terus menerus membusuk dalam PAS.

Masalah kepimpinan dalam PAS telah dikesan sejak Pilihanraya Umum Ke 10 lagi. Banyak pihak telah cuba untuk mencari jalan penyelesaian terhadap semua masalah ini. Malangnya, penasihat penasihat yang bersekolah tinggi tetapi berotak tepu yang ada itu tetap menyapu segala galanya ke bawah carpet.

Apabila timbul masalah, hujah yang akan disajikan kepada kita hanyalah - "ini hanyalah ribut di dalam cawan". Soalnya, sampai bila nak tutup? Sampai bila nak "bersilat" dan nak menafikan?

Kenapa sekarang baru Ketua Pemuda PAS Pusat nak "tersedar" bahawa PAS memang bermasalah? Adakah para penasihat di sekeliling beliau tersalah memberi nasihat? Atau adakah beliau memang jenis yang pekak badak?

Aaaarrrrrgggggggghhhhhh......hangpa jangan buat PAS macam mak bapak hangpa punya.

11 comments:

  1. salam..

    ana nak tambah sikit.... Aaaaaaaaaggggghhhhhhh...depa nak buat PAS tempat cari duit, projek.....nak hidup mewah..

    ReplyDelete
  2. "PAS" di baju tetapi "UMNO" di otak. Memang hamlau puak puak berjiwa nasionalist.

    ReplyDelete
  3. Sy dgn ni akn berdiri teguh 200% di blkg TGNA. Jom ramai2 kita pakat nyatakan sokongn kpda TGNA. Bersatu di belakang ikon penyelamat PAS selama ini. Tnpa beliau, tk th la ape dh jd kpda PAS. Mungkin hidup segan mati tk mahu...

    -Jemaah Penyokong Tok Guru Nik Aziz-

    ReplyDelete
  4. Jika saya seorang pengkaji konspirasi di Malaysia pula,apabila seorang telah membisikkan ke telinga saya,bahawa Nik Aziz Nik Mat adalah seorang Mason,kepercayaan saya terhadap maklumat baru ini mencapai tahap sebanyak 75%.Kenapa?Sebab dialah Parti Pas banyak mendapat susah sekarang.Bila Pas nak muzakarah dengan Umno,kenapa si tua ni tak sungguh-sungguh?Bila gagal,boleh kutuk-kutuk Umno pula.Bila Hadi Awang nak buat Kerajaan Perpaduan,si tua ni lagi yang buat masalah.Agaknya dia anggap orang Umno ni ibarat najis anjing.Tidak boleh disentuh langsung.Haram.Nama Allah boleh dipakai oleh paderi gereja?Biar betul si tua ni.Pelik dan semakin pelik.Amat teruk penghinaan dia terhadap ahli Umno.Tidak beragak langsung.Mengapa dia tidak memilih imej pemimpin berakhlak mulia dan sopan sebaliknya memilih untuk bermulut celupar dan menjauhkan lagi hidayah kepada orang Umno kepada agama Islam sendiri?Betul-betul pening dengan si bangka ini.

    ReplyDelete
  5. Hahaha, org2 UMNO sdh memulakan operasi khas unutk menyingkirkan TGNA. Operasi yg di bantu oeh2 tali2 barut UMNO dlm PAS. Aku jamin, PAS akan lingkup trs lps ni.. Hgpa suma tgkla..

    ReplyDelete
  6. ANON 3:44,

    Takkan u hanya berani buat tuduhan atas nama ANON jer kot? Takde telor ker? Dasar UMNO. Pengecut.

    Soal TGHH atau TGNA, itu soal kami. U tak perlu masuk campur. Jika TGNA yang gigih berdakwah itu dianggap MASON, bagaimana pula dengan Rosmah yang tak reti reti nak tutup aurat tu?

    Cermin dirilah ANON 3:44

    ReplyDelete
  7. Askum...kpd anon 3.44 PM.. janganlah nak berhujah kosong kat sini. Apa yang anda tahu ttg Mason, sy tak nak sentuh. Sbb anda tak tahu ape kejadahnya mason tersebut.
    Elo..TGNA berhujah mengikut ilmunya. Yg ko berhujah guna kepala otak tanpa ilmu takde sape nak pandang. Isu penggunaan Allah. Perlu tahu juga, orang bukan Islam mengakui Allah itu tuhan maha pencipta. Tak caye tgk quran. Hanya konteks malaysia sahaja larangan penggunaan nama Allah tersebut. Nak berdamai dengan UMNO? bersihkan dulu najis dan kotoran pada diri sendiri seblm ajak nak berpadu.

    -pelawat-

    ReplyDelete
  8. Aku rasa, kita abaikan sahaja ANON 3:44 tu. Takde pekdah melayan pandangan seekor pengecut seperti dia.

    ReplyDelete
  9. Salam. Sy ni baru je dlm politik dan cuma pemerhati politik dan jujurnya penyokong PAS. Saya dah baca byk kali blog TGNA. Kesimpulan yg sy dpt ialah TGNA cuma mencadangkan keperluan EGM utk menyelesaikan kemelut, utk membersihkan mslah. Beliau tak paksa pun suruh pecat sesiapa. Tp ramai betul org2/pemimpin2 PAS yang terasa dan kepanasan yer hehehhee. Beliau dah tulis dgn secara berhemah dlm blog beliau, tak mcm sesetengah blogger PR dan PAS sekalipun yg tak mcm blogger penyokong PAS langsung. Lagi satu hairan juga sy knp pemimpin2 PAS ni cepat sgt melenting kalau ada org luar tegur? Kalau pemerhati politik hentam BN kita sanjung org tu, tp kalau org tu hentam PAS kita mengamuk pula. PAS bkn parti maksum pun dan pemimpin PAS bkn maksum. Kalau TGNA blh trima teguran dan pandangan pemerhati politik, knp tidak pemimpin PAS lain. TGNA tulis beliau terima sebahagian tulisan Aziz Bari tu, (bkn semua), hairan sy knp ustaz Idris Ahmad melenting seolah2 tulisan tu semua tak betul. Kalau PAS tak blh dgr dan trima pndgn pihak luar, payahla mcm tu. PAS jadi parti syok sndri ler.......Bukan kita nak trima semua. Cuma bukalah hati tu utk fikirkan pndgan org lain. Takut2 nanti sbb perasan bagus, perasan diri tu ulama sampai tak blh trima pndgn bukan ulama, ulama2 dan pemimpin dlm PAS dan PAS sndri ni akan jatuh sbb kealpaan dan kesombongan sndri. Lagi 1 ms TGNA kena serang atas isu islam plastik dulu, tiada pula ulama PAS lain yg bela. Kesian sy tgk beliau kena serang dgn ulama2 BN. Sekarang beliau risau dgn kealpaan PAS, beliau dihentam hatta olh org PAS sndri. Memang beliau bkn maksum, sbb tu beliau rela minta maaf pd org lain ms beliau buat salah. Tp pemimpin PAS yg lain ni langsung tak blh ditegur kot......... Betul semua. Pd sy mcm hassan ali, ustaz nasha, mustafa ali memang bermasalh. Sbb tu TGNA cadang EGM utk either disiplinkan mereka atau dibuang kalau tak jgk mahu disiplin. Jika mereka ni sayang PAS kerana ALLAh, bkn kerana kepentingan dunia, InsyaAllah mereka akan akur dan tak buat mslh lg. Kalau dlm EGM tu majoriti tak setuju dgn TGNA, maka blh la majlis syura minta TGNA berundur slps itu. Sy percaya TGNA akan faham beliau salah dan mungkin akan sukarela undur diri slps itu. Dan jika beliau undur diri, maka 'kumpulan erdogan' mcm didakwa sesetengah pihak PAS akan makin hilang (mcm khairy jamaluddin) dan berkuasalah 'kumpulan UG' agaknya. Tetapi sedih juga, sekarang nampaknya sikap2 sesetengah pemimpin PAS sndri dah perlahan2 kearah sikap pemimpin UMNO tanpa perlu bergabung (UG) dgn UMNO. Maka melompat beruklah UMNO/BN dan bloggers mereka gmbra skrng ni. Kesian sy tgk PAS, slps almarhum ustaz fadhil noor meninggal, nampak seolah2 ketegasan dan kekukuhan PAS mengurang. Lps ni jika TGNA meninggal, harap PAS tidak makin hanyut dgn pemimpin2 yg lbh pandang duniawi dr ukhrawi, dgn pemimpin yg tak sbr2 nak jadi pemimpin tertinggi malaysia melebihi impian daulatkan Islam. Moga tidak bertunas dan muncul 'pemimpin dan ulama gaya UMNO' dlm PAS. ..........

    ReplyDelete
  10. salam, saya setuju kalau pemimpin2 bermasalah ni berundur dan support senyap2 (support islam) dari belakang. atau masa pemilihan jgn pilih depa. dulu masa zaman para sahabat, Muthanna Alharithah kena turun untuk bagi jalan kat Khalid al-Walid, tapi dia takdak rasa bengang, malah lagi kuat dia buat reja. Lepas tu Khalid al-Walid kena turun handover kat Ubaidah al-Jarrah. sama jugak, dia tak komplen malah patuh taat dan kerja lebih masa. pasai tu islam boleh pi jauh. betoi2 jauh sebab kalau nak banding malaysia yg kecik byk masalah ni, buat malu kat depa saja.
    lagi satu nak highlight, pasai pemimpin2 ni dibagi peluang dgn isu2 spt kepala lembu, arak, selcat, non-muslim baca ayat Quran, org Kristian nak pakai nama Allah dan sebagainya, patutnya ambillah peluang2 ni, menerangkan kepada rakyat malaysia khususnya, jawapan2 yg boleh didapati terus dr al-Quran. sayang Islam kena rajin2 cakap pasal keindahan Islam. semua jadi bisu, last2 tok guru jugak. nasib baik tok guru rajin menulih, menjawab dan menerang. sayang Islam kena rajin menulih, macam tok guru. yang heran, dah lah tak cakap, tulih pun dak, boleh dok pi dengki lagi. byk sokongang pulak tu.
    Jadi, pendek cerita, jangan pilih atau berundurlah wahai pemimpin2 senyap, semoga Islam boleh diketengahkan oleh org2 yg lebih faham dan lebih berdaya maju.

    ReplyDelete
  11. Insan yang faham akan tetap dengan kefahamannya. Manakala insan yang hanyut akan kekal kelemasan.

    ReplyDelete