Monday, October 19, 2009

SEMOGA PAKATAN RAKYAT TIDAK MENJADI PAKATAN OTAK UDANG



Dah macam macam persoalan timbul. Dah macam macam konflik berlaku. Dah muak dah nak tengok. Dah meluat sangat sebenarnya.

Pakatan Rakyat merupakan gabungan yang rapuh. Itu kata kelompok musuh terutamanya UMNO.

Aku tak setuju sikit pun dengan statement itu kerana Pakatan Rakyat tidak rapuh. Yang rapuh adalah semangat "pakatan" individu tertentu dalam Pakatan Rakyat. Yang rapuh adalah "daya juang" individu tertentu dalam Pakatan Rakyat.

Elok juga jika individu individu yang "manja lebih" nih disingkirkan sahaja. Tidak kiralah sama ada individu itu apa statusnya. Baik Presiden, Timb Presiden, Penasihat Umum, Ketua Pemuda, Pesuruhjaya Negeri, Ketua Perhubungan Negeri mahupun apa sahaja statusnya, eloklah disingkirkan demi survival rakyat seluruhnya.

Era nih bukan lagi era "politik ceramah". Era ini bukan lagi era "politik air liur". Era ini bukan lagi era "politik bekas menteri". Era ini adalah era "politik walk the talk" !!

Budaya retorik yang dulunya menjadi makanan utama UMNO telah menjangkiti Pakatan Rakyat, termasuk PAS juga. Jika diperhalusi, budaya retorik ini tidak ada bezanya dengan amalan munafiq. Cakap tak serupa bikin dan bikin tak serupa cakap.

Lihat sahaja Dewan Pemuda PAS. Sejak "menang" dalam Pilihanraya Umum Ke 12 sampai sekarang masih "diawang-awangan". Begitu juga dengan PKR. Sejak tertubuhnya Pakatan Rakyat sampai sekarang masih hidup segan mati tak mahu. Segala galanya akan disapu ke bawah karpet oleh Penasihat Umum yang selalu "talk the walk" dan terlalu gemar berslogan itu tapi hakikatnya "gula gula" belaka.

Rakyat menolak UMNO/BN kerana rakyat sudah muak dengan pentadbiran yang "RM1 untuk rakyat dan RM100 untuk kroni".

Sekarang, Pakatan Rakyat juga dijangkiti penyakit sedemikian. Telur sebiji riuh sekampung. Puji melangit apabila berjaya mencuci najis yang ditinggalkan UMNO/BN tapi najis sendiri tetap meleleh-leleh juga.

Sampai bila? Rakyat sudah muak dengan gelagat Hassan Ali. Rakyat sudah muak dengan gelagat Shamsul Iskandar yang hanya layak menjadi pemantau. Rakyat sudah muak dengan gelagat Che'gu Bard yang cakap berdegar degar tetapi hanya berani bertempur dengan mikrofon.

Rakyat sudah muak dengan Hj Hadi yang tak ubah macam Pak Lah yang tidur celik. Celik tapi tak nampak. Tahu tapi buat buat bodoh. Kemampuan untuk memimpin terlalu lemah kerana dikelilingi oleh penasihat yang berotak udang dan berotak tepu.

Jeneral "era baru" telah ramai di dalam Pakatan baik dari DAP, PAS mahupun PKR. Apa kurangnya Ust Nik Zawawi? Apa kurangnya Hj Salahuddin? Apa kurangnya Dr Dzulkefli? Apa kurangnya Ir Hj Khalid Samad? Apa kurangnya Lim Guan Eng? Apa kurangnya Azmin Ali? Apa kurangnya Ir Amiruddin? Apa kurangnya Loke Siew Fook? Apa kurangnya Yusmadi?

Apa kurangnya pimpinan generasi baru ini jika dibandingkan dengan "pemimpin era 70an" dan "pemimpin jilat menjilat" yang ada itu?

Undurlah. Nafas baru perlu diberikan kepada Pakatan Rakyat supaya Pakatan Rakyat tidak menjadi Pakatan Otak Udang.

Rakyat berjuang untuk perubahan. Perjuangan rakyat bukan untuk menaikkan Presiden PAS. Perjuangan rakyat bukan untuk menaikkan Penasihat Umum PKR. Perjuangan rakyat bukan untuk menaikkan Penasihat DAP.

Perjuangan rakyat adalah untuk menjana perubahan. Malangnya, perubahan itu kelihatan semakin sukar dicapai kerana pimpinan yang gagal untuk memandu rakyat ke arah perubahan yang didambakan sejak puluhan tahun.

Jangan sampai Pakatan Rakyat diludah oleh rakyat seluruhnya akibat daripada najis najis yang meleleh ini.

7 comments:

  1. Salam..

    Sy sgt2 berstj dgn pndgn saudara. Pakatan Rakyat mmg memerlukan golongan2 pemikir yg baru n muda serta professional. Pndgn yg pimpinan PAS haruslah dtg dari lulusan timur tengah patut di hapuskan. PAS ptt memandang jauh ke dpn jika ingin di pndg oleh rkyt biasa. Berani utk melakukan transformasi. Hapuskan falsafah2 lama yg ntah ape2. Buka ruang utk golongan2 professional ini utk mencambahkan idea dgn lebih berani.

    PKR mempunyai ramai golongan bijak pndai n professional, tp kebanyakan yg memimpin adlh pemimpin2 serpihan UMNO. So, hasilnya adlh budaya UMNO di bw msk ke dlm PKR. Budaya gilakan kuasa, cantas mencantas, dan rasuah.

    DAP pula sdh mula tidak memandang serong dgn parti berasaskan Islam seperti PAS. Malah, mereka lebih mengenali PAS sejak berada dlm Pakatan Rakyat. Namun, DAP masih lagi dibayangi oleh 2 pemimpin veterannya iaitu Lim Kit Siang dan juga Karpal Singh. Kedua2nya agk radikal dlm DAP.

    Pakatan Rakyat mesti mencari titik kata sepakat. PRU13 makin dkt, kekalahan pertama sudah pn di alami oleh Pakatan Rakyat di Bagan Pinang. Yg lebih mengecewakan tiadanya respon2 yg pants utk mengelak drpd kekalahan ini berulang yg seterusnya akn memberi impak yg besar utk PRU13 nti.. Jika tidak, Pakatan Rakyat hy akn terus bermimpi di siang hari. Tidak keterlaluan utk saya katakn yg jika sikap ini tidak di ubah, besar kemungkinan PR hy tggl Kelantan shj utk di tadbir.

    Sekian, wasalam

    -pendekar laut-

    ReplyDelete
  2. salam,
    saya selalu mengikuti tulisan diblog ini, kali ini saya minta jasa baik penulis untuk mengulas bagaimana seorang exco negeri Pakatan telah menumbuk seorang tetamu yang hadir dalam n=majlis idulfitri PAS Pusat di Taman Melewar

    ReplyDelete
  3. Salam.....

    Kepada ANON 12:24,

    Terima kasih kerana bersetuju dengan pandangan ana. Terima kasih juga dengan ulasan anta yang juga bernas itu.

    Kepada dusunraja,

    Ana tidak hadir ke Rumah Terbuka PAS di Taman Melewar last Sunday. Jadi, setakat nih ana takde info yang berstatus "sah lagi sahih".

    Insiden itu memang berlaku tetapi sampai sekarang ana tak tahu saper Exco yang dimaksudkan. Ana hanya tahu dia dari Pantai Timur. Tu jer.

    Then, maklumat asal insiden ini adalah dari MSO. Secara peribadinya, ana memang tolak sebarang perkhabaran daripada MSO.

    InsyaAllah, ana akan kumpul info dan ana akan beri ulasan secepat mungkin.

    ReplyDelete
  4. Tolak pemimpin lapuk dalam PR, tolak Nik Aziz!

    ReplyDelete
  5. Jangan salah faham. Kita bukan menolak pimpinan yang ada. Jadi, tidak timbul soal pimpinan lapuk.

    Bukan soal umur yang diperdebatkan tetapi soal kemampuan berfikir secara selari dengan perkembangan semasa.

    Kita masih memerlukan pimpinan lama kerana pengalaman mereka akan menjadi iktibar buat kita tetapi adunan pemikiran itu perlu disebatikan dengan peredaran masa supaya Pakatan Rakyat terutamanya PAS tidak lagi menggunakan "burung merpati" di era "email".

    ReplyDelete
  6. mereka ingin menolak TGNA kerana hy Kelantan yg kelihatan sgt2 susah utk UMNO msk.. W'pn di tabur dgn duit yg sgt2 byk, namun mereka ttp tk berjy utk menawan Kelantan. So, UMNO akn trs memainkn sentimen utk mendesak TGNA bersara dari politik..
    Kebanyakan pengundi2 ats pagar di Kelantan mengundi PAS bknla kerana sokongkn PAS. Tp kerana menghormati kepimpinan TGNA. Jika anda suma tk percy, sila la buat kajian terhdp pengundi2 yg tidak berdftr dgn mn2 parti di Kelantan. Buktinya senang, sudah 20 thn TGNA mentadbir Kelantan. Selama itu la juga UMNO tidak berjy menembusi Kelantan.

    ReplyDelete
  7. Yang melabelkan TG Hj Nik Aziz sebagai pimpinan lapuk hanya UMNO jer.

    ReplyDelete