Friday, May 29, 2009

KOMUNIS : TALIAN HAYAT UMNO TERKINI



Jika kita telitikan, sekarang nih semua pihak bercakap tentang era penjarahan komunis di tanahair kita. Kekejaman komunis diimbas dan diulang tayang dalam bentuk penceritaan semula secara lisan oleh banyak pihak. Seorang demi seorang mangsa kekejaman komunis tampil menceritakan pengalaman pahit, ngeri dan tragis yang pernah dialami hasil kerja jahat terlampau Bintang Tiga.

Hampir pula hampir setiap hari menyiarkan kisah kisah kekejaman komunis di muka hadapan. Walaupun artikel itu tidaklah sebesar mana tetapi tetap disiarkan di muka hadapan. Akhbar hari nih pula menyiarkan arahan kabinet supaya kekejaman komunis diceritakan semula kepada generasi muda.

Semua ini berlaku gara gara niat Chin Peng mahu pulang dan menetap di negara ini. Banyak pihak terutamanya golongan perwira dan warga emas masih gagal melupakan kekejaman komunis. Banyak nyawa melayang tanpa sebab. Anak dara orang dilarikan. Rumah kediaman di bakar. Balai polis diserang. Pelbagai lagi. Kita semua tidak mungkin melupakan semua peristiwa hitam tersebut.

Secara peribadi, aku juga menentang kepulangan Chin Peng ke negara ini. Walaupun ada pihak berpendapat Chin Peng tidak lagi mendatangkan mudharat kepada keselamatan dan rakyat negara ini, namun kekejaman beliau dan Bintang Tiga tetap segar dalam ingatan.

Memang beliau berhak kembali ke sini kerana beliau dilahirkan di Sitiawan. Memang beliau berhak membawa kesnya ke mahkamah. Itu hak beliau. Namun, mangsa kekejaman beliau dan Bintang Tiga juga berhak menghalangn beliau daripada kembali.

Mampukah rakyat negara ini menerima beliau semula? Terdapatkah rakyat negara ini yang mampu untuk hidup berjiran dengan Chin Peng walaupun beliau telah tua? Kekejaman Bintang Tiga bukanlah kekejaman ke atas mana mana bangsa tetapi adalah kekejaman ke atas seluruh rakyat Malaysia.

Pendek kata, pulangkan semula ahli keluarga kami yang hilang tanpa diketahui dan tunjukkan di mana kubur ahli keluarga dan sahabat handai kami yang menjadi mangsa kekejaman komunis jika Chin Peng mahu kembali. Jika tidak, tidak mungkin ada ruang untuk Chin Peng kembali ke bumi Malaysia yang amat kita cintai ini.

Walaupun kita masing masing terkenangkan sejarah hitam ini apabila disebutkan kepada kita Chin Peng mahu kembali, namun bagi aku, bukanlah niat Chin Peng itu yang perlu kita fokuskan. Apa yang perlu kita fokuskan adalah niat dan kesungguhan Barisan Nasional terutamanya UMNGOK yang begitu bersemangat menyiarkan sejarah kekejaman Bintang Tiga.

Adakah benar niat UMNGOK mahukan generasi muda mendapat maklumat sebenar supaya tidak terpengaruh dengan komunisme? Atau adakah terdapatnya udang di sebalik batu? Pada aku yang kurang ilmu ini, aku rasa soalan kedua itu adalah lebih relevan untuk dibahaskan.

Jika kekejaman Bintang Tiga dijadikan tujuan dan sandaran untuk diulang tayang sejarah hitam ini, ulang tayangkan juga kekejaman Tentera Merah Jepun. Ulang tayangkan juga kekejaman British. Ulang tayangkan juga kekejaman PDRM ke atas penduduk Memali. Ulang tayangkan semuanya sekali. Jangan hanya mengulang tayang semula peristiwa yang boleh memberikan keuntungan politik kepada UMNGOK sahaja.

Berbalik kepada persoalan tadi - adakah terdapatnya udang di sebalik batu? Maksudnya, adakah UMNGOK mempunyai niat lain selain daripada apa yang dinyatakan di atas? Jawapannya, YA.

UMNGOK mahu generasi muda Melayu berpandangan bahawa komunis adalah Cina dan Cina adalah komunis. Cina mana? Cina DAP. Kenapa tidak Cina MCA atau Cina Gerakan? Oooooo..Cina MCA dan Cina Gerakan adalah Cina yang ditindas komunis.

Cina mana yang mengagungkan Bintang Tiga? Cina mana yang merupakan pewaris kepada kekurangajaran Bintang Tiga? Cina DAP.

Kenapa jadi begini? Ini adalah kerana UMNGOK mahu generasi muda Melayu kembali menyokong UMNGOK yang dah serupa mayat hidup tu.

Apabila generasi muda Melayu menolak DAP, maka PAS dan PKR yang bekerjasama dengan DAP juga secara langsung akan ditolak kerana akan dilihat sebagai parti yang menyokong Bintang Tiga dan menggadaikan hak hak dan masa depan generasi muda Melayu kepada Cina atau lebih tepatnya DAP.

Apabila ini berlaku, maka UMNGOK akan dilihat sebagai parti yang menjaga hak dan kepentingan Melayu dan tidak dapat tidak, generasi muda Melayu mesti menyokong UMNGOK supapa masyarakat Melayu tetap dominan di negara ini.

Ini tujuan sebenar mereka. Lihat sahaja ketika berlangsungnya PRK Bukit Gantang dahulu. Ribuan risalah yang menggambarkan YAB Ir Hj Nizar, YB Ngeh, YB Nga dan Yb Sivakumar sebagai agen Bintang Tiga. Ingat lagi lakaran karikatur yang menggambarkan mereka berempat sedang berkawad dengan dikepalai oleh YAB Ir Hj Nizar?

Lakaran karikatur itu hanyalah ujian awal UMNGOK ke atas minda masyarakat Melayu yang diketahui begitu anti Bintang Tiga. Penceritaan atau ulang tayang semula kekejaman Bintang Tiga ini pula lebih kepada "flash back" minda masyarakat Melayu kepada era berdarah itu supaya timbul rasa curiga kepada DAP. Apabila rasa dan perasaan curiga itu timbul, maka masyarakat Melayu akan berhati hati dengan DAP, PAS danPKR. Hasilnya, UMNGOK akan mendapat talian hayat yang dicari cari sejak Mac 2008.

Oleh itu, berhati hatilah wahai generasi muda Melayu kerana anda adalah lauk dalam hidangan UMNGOK pada kali ini. Jangan kita diperbodohkan oleh UMNGOK yang sediakala dungu itu. Jika kita termakan umpan ini, maka kita jauh lebih dungu dan jauh lebih bongok berbanding UMNGOK.

Bersatulah wahai generasi muda Malaysia supaya politik perkauman UMNGOK / BN dan api perkauman yang cuba ditiupkan oleh UMNGOK ini dapat kita padamkan demi masa depan generasi anak Malaysia.

Thursday, May 28, 2009

POLIS RAJA DI MALAYSIA ATAU POLIS BARUA DEK UMNO


Dato Ngeh Ko Ham kata polis sekarang nih bukan lagi Polis Di Raja Malaysia tetapi telah menjadi Polis Raja Di Malaysia. Jika dulu Dato Ngeh cakap macam nih, mungkin aku setuju. Sebab dulu polis nih dia buat apa pun takde saper berani sentuh dia.

Polis pukul OKT dalam lokap, lepas. Polis arah OKT ketuk ketampi dalam keadaan bogel, lepas. Polis belasah tahanan sampai mati dalam lokap, lepas. Polis raba tahanan wanita, lepas. Macam macam lagi, lepas. Polis letup wanita Monggolia, tutup muka sampai sudah. Kalau orang awam, polis siap berhenti bagi wartawan ambil gambar.

Pendek kata, polis buat apa lancau kesalahan pun, pasti lepas. Why? Sebab Big Bro ada di atas. Saper Big Bro tu? Lu fikirlah sendiri.

Itu dulu.

Tapi kalau hari nih Dato Ngeh kata Polis Raja Di Malaysia, aku amat tidak setuju kerana semakin hari semakin terserlah "kepolisan" PDRM nih.

Kita terkejut dan terkedu bila tengok PDRM nih buat kerja. Di mana saja ada UMNGOK, di situ adanya polis. Macam isi dengan kuku.

Perhimpunan Agong UMNGOK, ada polis. Pilihanraya kecil, polis macam semut jika UMNGOK bertanding. Pembangkang nak buat apa pun laa nih, ada polis mai kacau. Sedangkan jenayah makin menjadi jadi.

Bila ada pilihanraya kecil, pasti akan ada mangkuk ayun yang akan bagitau ribu riban polis akan dikerahkan ke kawasan tersebut bagi menjaga keselamatan. Tapi bila kadar jenayah meningkat mencanak, mangkuk ayun yang sama akan kata polis tak cukup anggota. Sah mangkuk ayun mamat nih. Saper mamat tu? Lu fikirlah sendiri.

Aku nak syorkan lepas nih PDRM bertanding pilihanraya tapi jangan bertanding sendirian. Takut takde orang nak pangkah. Pastikan bergabung dengan UMNGOK dan mangkuk mangkuk ayun yang lain. Barulah dapat undi sikit. Menang belum tentu lagi.

Aku sikit pun tak terkejut dengan tingkah laku polis laa nih. Macam aku kata tadi. Polis dengan UMNGOK dah macam isi dengan kuku. Perkongsian pintar. Win-win situation. Hang buat aku back up. Aku buat hang back up.

Ok aper? Janji masyuuuukk.

Wednesday, May 27, 2009

AMANAT TOK GURU HJ HADI



Aku akan ingat dan pegang kata kata ini sampai hujung nyawa aku.

Saudara - saudara sekelian , Percayalah
Kita menentang UMNO bukan kerana nama dia UMNO
Kita menentang Barisan nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan
Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah
Mengekalkan undang - undang kafir , mengekalkan peraturan jahiliyyah
Oleh kerana itulah kita menentang mereka
Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka
Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka
Percayalah saudara saudara sekelian
Perjuangan kita adalah Jihad
Ucapan kita adalah jihad
Derma kita adalah Jihad
Bergantunglah kita kepada Allah dengan [menghadapi] puak - puak ini
Kerana kalau kita mati melawan puak - puak ini
Mati kita adalah syahid , mati kita adalah mati Islam
Kita tidak perlu masuk Budha
Kita tidak perlu Hindu
Kita tidak perlu masuk Kristian
Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan politik suku , agama suku

Tuesday, May 26, 2009

LAWAN - JANGAN TAK LAWAN



Pemilihan pimpinan PAS Pusat semakin dekat. Ramai yang menyatakan hasrat untuk bertanding. Ramai juga yang dicalonkan untuk bertanding. Terdapat juga yang mempromosikan diri supaya dicalonkan untuk bertanding.

Walaupun pertandingan itu sihat kerana demokrasi mengizinkannya tetapi adakalanya pertandingan dalam sesebuah jemaah atau gerakan Islan itu dilihat sebagai sedikit cacat kerana konsep syura yang dianjurkan Islam telah ditenggelamkan oleh konsep demokrasi walaupun konsep demokrasi yang diamalkan itu tidak bercanggah dengan Islam.

Apa yang dimaksudkan adalah sikap individu yang menawarkan diri untuk bertanding tidak kira apa jawatan yang ingin direbutkan itu. Kelihatan seperti menjual diri apabila mengadakan sidang media dan sebagainya. Memang benar terdapat kawasan kawasan yang mencalonkan individu individu ini dan pencalonan ini menjadi asas untuk mereka mencuba nasib tetapi tidaklah sampai perlu untuk membuat pengisytiharan untuk bertanding kerana media sememangnya akan menyiarkan senarai individu yang layak bertanding jika tanpa sidang media sekalipun.

Kenapa tidak perlu sampai kepada mengadakan sidang media? Kerana apabila sidang media diadakan, maka pasti sedikit sebanyak perihal penyandang jawatan akan disentuh. Ini akan mewujudkan kekeruhan hubungan walaupun kelihatan seperti tidak ada apa apa yang berlaku kerana penyandang dan perebut jawatan masing berpelukan setiap kali berjumpa.

Yang menjadi mangsa kepada percaturan orang yang di atas adalah orang yang di bawah. Orang yang di bawah terutamanya yang hanya menjadi mujahideen ikut ikutan walaupun berpuluh tahun berada dalam jemaah akan mencanaikan isu yang dibangkitkan walau di mana sahaja mereka berada.

Contohnya, apabila YB Datuk Husam Musa kata YB Ust Nasaruddin terlalu berlembut dengan UMNO dan kelembutan yang keterlaluan ini amat tidak bagus, maka orang yang dibawah akan fahami isu itu sebagai YB Ust Nasaruddin nak bawa PAS masuk UMNO. Secara tidak langsung, fitnah telah timbul akibat daripada cakap cakap yang keluar daripada mulut ketika sidang media.

Betul, YB Datuk Husam Musa tidak berkata begitu. Betul, orang kamu yang memahami begitu dan berkata begitu. Namun, di manakah puncanya sehingga isu YB Ust Nasaruddin nak bawa PAS masuk UMNO ini timbul? Tentulah daripada sidang media YB Datuk Husam Musa.

Semua orang berhak bertanding jika mendapat pencalonan yang mencukupi seperti yang disyaratkan tetapi tanyalah dulu kepada hati sendiri beberapa soalan.

PERTAMA - Apa tujuan aku bertanding? Untuk menaikkan diriku bagi manfaat masa depan diri aku atau untuk masa depan parti?

KEDUA - Di mana lebihnya aku berbanding penyandang yang sekarang? Adakah aku selama ini hanya mengkritik atau aku telah menunjukkan jala tetapi penyandang enggan berubah?

KETIGA - Apa tujuan aku bergabung dengan jemaah ini? Untuk tujuan dakwah? Untuk tujuan politik? Untuk kenyangkan tembolok dan perut sendiri? Atau apa?

Walau apa pun jawapan yang ditemukan, anda hanya punya dua jalan iaitu sama ada jalan ke syurga atau jalan ke neraka.

Tahniah kepada individu yang menarik diri atas tujuan mengurangkan ketegangan seperti Tuan Guru Hj Ahmad Awang, YB uan Guru Hj Hashim Jasin, YB Tuan Guru Hj Daud Iraqi, Prof Tuan Guru Datuk Dr Hj Harun Din, YAB Datuk Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin, YAB Datuk Seri Hj Azizan Razak dan yang lain lain.

Selamat berjuang kepada yang mempertahankan jawatan seperti YB Ust Hj Nasaruddin Mat Isa dan lain lain.

Selamat berjuang juga kepada yang menawarkan diri untuk bertanding seperti Hj Mohammad Sabu, YB Datuk Hj Husam Musa, YB Datuk Hj Mahfuz Omar dan yang lain lain.

Takziah untuk semua yang tidak sabar kerana anda telah berjaya menerapkan budaya UMNGOK ke dalam PAS walau apa sekalipun alasan yang anda berikan.

Monday, May 25, 2009

JANGAN UNDI DIA NIH - DIA DAH GILA



Calon bebas Aminah Abdullah mendakwa mempunyai bukti PKR cuba menyogoknya dengan jawatan penting jika beliau tidak bertanding dalam pilihanraya kecil Penanti, 31 Mei ini.

Aminah juga mendakwa, jika berjaya menewaskan calon PKR Mansor Othman dalam pilihanraya DUN itu, beliau akan dibenarkan menyertai parti itu dan diberikan jawatan timbalan satu ketua menteri.


Penting sangat ker minah nih sampai PKR nak terhegeh hegeh nak kan dia? Mula mula dia kata PKR sogok dia supaya jangan bertanding. Pastu, sogok dia supaya tarik diri daripada bertanding dan akan bayar dia RM80 000 serta akan lantik dia jadi YDP MPPP. Pastu kata kalau dia menang, PKR akan izinkan dia masuk PKR dan akan bagi dia jawatan TKM 1 Pulau Pinang.

Nih apa ceghita nih Mami? Kalau Mami nak mengaghut pun janganlah sampai nampak Mami buta perut. Mami ingat rakyat Malaysia terutamanya orang Penanti tu lembu ka? Kalau Ezam pun depa boleh baling taik, kalau Saiful yang lemah lembut tu pun depa boleh baling taik, apatah lagi Mami yang nak berjalan pun tak laghat nih.

Lagi satu kan Mami, gaya Mami bercakap kat dalam berita di TV tu pun orang dah tau Mami nih betui atau tak betui. Daripada 10 orang yang ceK jumpa, takdak sorang pun yang kata Mami betui. Pendek kata. semua orang kata Mami tak betui.

Cek pula nak bagitau Mami pandangan cek. MEMANG MAMI TAK BETUI PUN. BUKAN PKR YANG TERHEGEH HEGEH TAPI MAMI YANG DOK MENYONDOI.

Whateverlah Mami. Ikut suka Mami lah. Apa apa pun, jika ada orang maki hamun Mami atau kutuk atau hina Mami lepas nih, cek harap Mami redha jer lah sebab MAMI MEMANG LAYAK DIKEJI SEKEJI KEJINYA.

MUFTI HARUSSANI YANG HARU SANA SINI



Dulu aku amat hormat dengan Mufti Harussani. Walaupun aku tau dia bukanlah ada ilmu sangat sehinggakan layak jadi mufti, tapi aku cukup hormat dengan kelembutan Mufti Harussani. Walauoun aku tau ramai lagi ulama yang layak dan jauh lebih layak berbandung Mufti Harussani, tapi aku tak hiraukan semua nih.

Waktu kontroversi "murtad" yang Mufti Harussani kumandangkan suatu ketika dulu, aku sanggup lambung meja makan apabila ada anjing UMNO yang kata Mufti Harussani dah nyanyuk. Pada aku, aku bukanlah ada ilmu sangat, tapi aku akan pertahankan ulama yang ikhlas walau berdepan dengan saper sekalipun.

Waktu Mufti Harussani keluarkan fatwa ( baca sebagai pandangan ) kontroversi berkaitan Sure Heboh suatu ketika dulu, aku tak lambung meja tapi aku tepuk meja depan anjing UMNO yang sama bila dia kata makin menjadi jadi nyanyuknya Mufti Harussani.

Hari ini, aku menyesal sangat dengan apa yang aku pernah lakukan dulu. Wahai anjing UMNO yag pernah menajdi mangsa baran aku tu, aku minta maaf atas apa yang aku buat kat hang dulu. Sekarang aku sedar bahawa pendapat hang adalah betul. Hang kata Mufti Harussani nyanyuk, aku lambung meja, aku minta maaf sangat sangat. Aku silap. Bila hang kata Mufti Harussani semakin menjadi kenyanyukannya, aku tepuk meja, sekali lagi aku minta maaf sangat sangat. Aku silap.

Hari nih, aku yakin bahawa Mufti Harussani memang nyanyuk dan memang takde pendirian. Kalau lepas nih, ada sesaper yang kata Mufti Harussani adalah mufti yang paling bagus dalam Malaysia, memang aku bagu habuan. Apa habuan yang aku nak bagi tu aku tak fikir lagi.

Memang sah Mufti Harussani dah nyanyuk. Dia dah terbalik. Daripada dakwah dah jadi maddiyyah. Dia bukan lagi Mufti Harussani yang aku kenali dulu. Dia dah jadi Mufti Haru Sana Sini. Bela UMNO walau di mana sahaja dia berada. Hatta, sampai ke Mekah.

Kita sama sama tunggu, lepas nih Mufti Harussani akan pakai pampers jika nak ke mana mana. Why pakai pampers? Lu fikirlah sendiri......

Friday, May 22, 2009

ZAMBRI : MB BESAR PERAK YANG MEWAKILI MAHKAMAH DAN BUKAN MENTERI BESAR PERAK YANG MEWAKILI RAKYAT PERAK



Kita masing masing sudah tahu apa keputusan Mahkamah Rayuah. Mahkamah Rayuan mengesahkan Zambri sebagai Menteri Besar Perak. Tidak mengapalah. Biarkanlah mereka dengan dunia mereka.

Pimpinan menyeru kita semua bersabar dan insyaAllah kita akan bersabar sehingga tibanya Pilihanraya Umum Ke 13. Biarkanlah mereka bersuka ria dengan keputusan itu. Masih ada cahaya di hujung terowong. Jangan kita sekali lagi melatah dengan karenah rimba yang mereka amalkan itu.

Sabar ini bukanlah semudah disebut atau semudah dieja. Sabar ini tinggi nilainya dan mahal harganya. Sabar ini hanya mampu dimiliki setelah iman yang kukuh tersemat di dada.

Bukanlah kita tergolong sebagai orang yang sabar sekiranya kita marah marah dengan keputusan Mahkamah Rayuan walaupun kita tahu siapa yang benar siapa yang salah. Jika kita tidak sabar, bererti kita tidak beriman atau iman kkita hanyalah iman gaya atau iman pakaian atau iman lidah sahaja.

Inilah masanya untuk kita contohi sikap Sayyidina Ali Abi Talib dalam kes baju besinya yang mahsyur itu. Janganlah kita hanya pandai bersyarah tentang kes baju besi Sayyidina Ali ini tetapi kita gagal mengambil iktibar daripadanya.

Hasil kesabaran yang ditunjukkan Sayyidina Ali Abi Talib, lelaki Yahudi itu memulangkan semula baju besi tersebut. Begitu juga dengan apa yang berlaku di Perak. Bersabarlah sehingga tibanya Pilihanraya Umum Ke 13 nanti. Rakyat akan memenangkan Pakatan Rakyat seperti mana Sayyidina Ali Abi Talib menerima kembali baju besi miliknya. Anggaplah ini ujian daripada Allah swt untuk memantapkan keyakinan kita kepadanya.

Kemelut di Perak juga sama sifatnya seperti mana sifatnya Isra’ wal Mi’raj. Isra’ wal Mi’raj berlaku diantara tujuannya adalah untuk mengeluarkan individu individu yang berlakon beriman dengan Allah swt dan Rasulullah saw.

Ramai yang terlupa bahawa Muhammad itu Rasulullah saw dan Allah swt itu Maha Berkuasa ketika mana Rasulullah saw memaklumkan tentang Isra’ wal Mi’raj. Sama juga dengan kemelut politik di Perak. Berapa ramai di kalangan kita (ahli PAS) yang meyakini kekuasaan Allah swt semasa berdepan dengan kemelut ini.

Ramai di kalangan kita hanya nampak kekuasaan manusia dan mahkamah sahaja walaupun dimulut sentiasa menyebutkan kekuasaan Allah swt. Kita kelihatan seperti melupakan Maha Melihat, Maha Mengetahui, Maha Mendengar dan Maha Berkuasa yang Allah swt miliki.

Bersabarlah dengan apa yang berlaku. InsyaAllah ada hikmahnya. Muhasabahlah diri kita masing masing kerana boleh jadi kemelut ini adalah istidraj daripada Allah swt kepada kita.

PENGHAKIMAN 3.30 PM : PENGUBAHSUAIAN LANSKAP POLITIK MALAYSIA

Jam 3.30 pm jap lagi dikhabarkan Mahkamah Rayuan di Putrajaya akan membuat keputusan penting berkaitan kemelut politik negeri Perak. Kita amat mengharapkan tiada pengaruh politik yang mempengaruhi Mahkamah Rayuan supaya penghakiman yang diputuskan nanti benar benar bersifat telus, adil dan berwibawa.

Apa apa pun, penghakiman 3.30 pm itu nanti tidak kira berpihak kepada Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional pasti akan membawa suatu kesan yang akan memberikan atau menghasilkan kesan kesan seterusnya kepada arus politik Malaysia.

Kepada Pakatan Rakyat - Rakyat mendoakan kemenangan di pihak anda. Jika menang, syukurlah kepada Allah swt. Jika kalah, syukur dan redhalah atas keputusan itu. Allah swt Maha Mengetahu dan rakyat Malaysia terutamanya rakyat Perak bukanlah lembu yang dicucuk hidungnya. Rakyat Perak tidak akan berdiam diri jika kemenangan diberikan kepada Barisan nasional. Rakyat akan menghukum Barisan Nasional dengan hukuman yang paling hina ketika Pilihanraya Umum Ke 13 nanti. Ketika itu, bukan sahaja Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi, Mahkamah Persekutuan, malah Paduka Sultan sendiri tidak akan mampu berbuat apa apa lagi kerana KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT- SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT.

Kepada Barisan Nasional - Sama ada anda menang atau kalah, SELAMAT MENUJU KE KUBURAN.

Kepada Katak - Katak Lompat - Sendiri mau ingat. Lu fikirlah sendiri. Anda akan dikuburkan oleh rakyat sebelum anda layak dikuburkan.

Thursday, May 21, 2009

PALACE OF JUSTICE : SEMOGA TIDAK MENJADI PALACE OF THE PIRATES

Hari nih boleh jadi akan menjadi hari penentuan siapakah MB Perak yang sah dari sudut undang undang. Kenapa aku sebut dari sudut undang undang? Kerana dari sudut maruah dan kewibawaan, semua orang tahu bahawa Ir Hj Nizarlah MB Perak yangs ah. Yang sekor lagi tu bukan setakat MB Haram tetapi perangai pun macam anak haram.

Ramai penyokong PAS dan Pakatan Rakyat hadir ke mahkamah hari ni bagi menyatakan sokongan moral kepada Ir Hj Nizar. Pimpinan dari luar Perak pun ada.

Aku sempat sembang dengan YB Ngeh Kor Ham. YB yang dikatakan menunggang Ir Hj Nizar. Aku mula kenal YB Ngeh secara rapat semasa PRK Bukit Gantang. Tadi pun, dia yang tegur aku. Aku tak perasan pun dia.

YB Ngeh kata – “Hj Nizar adalah MB untuk semua. Barisan Nasional dan UMNO adalah lanun yang merosakkan keharmonian Negara ini”.

Apa apa pun, kita tunggu mahkamah bersidang semula jam 2 pm jap lagi.

Jika kita perhatikan, pelbagai wajah yang hadir ke mahkamah hari nih. Ada Melayu. Ada Cina. Ada India. Ibarat kata arwah Pak Abas, “macam macam ada”. Begitulah juga dengan niat di hati wajah wajah yang hadir ini.

Ada yang hadir kerana dirinya bertanggungjawab untuk urusan keselamatan. Ada yang hadir kerana dia kenalan Ir Hj Nizar. Ada yang hadir kerana nak tunjuk kepada Ir Hj Nizar bahawa dirinya hadir. Ada yang hadir kerana nak tunjuk muka kepada pimpinan yang turut hadir. Ada yang hadir kerana mahukan wajahnya disiarkan dalam Harakah. Ada yang hadir kerana dia perasan dia dekat dengan Ir Hj Nizar. Ada yang hadir semata mata ingin mengambil tahu dengan lebih dekat lagi tentang kemelut politik di Perak.

Tak kisahlah apa sekalipun tujuan kalian yang hadir tetapi tolonglah jangan jual nama Ir Hj Nizar sewenang wenangnya kerana apa yang anda perkatakan itu walaupun anda ingin menunjukkan betapa dekatnya anda dengan Ir Hj Nizar tetapi ianya boleh memberikan kesan negatif kepada beliau.

Jangan jadikan PAS sebagai tunggangan anda untuk mendapatkan laba dunia. Jangan jadikan jawatan anda dalam PAS sebagai tiket untuk anda mendapatkan bisness itu dan ini daripada Pakatan Rakyat. Jangan jadikan jawatan anda dalam PAS sebagai tiket untuk anda mengutip keuntungan kewangan anda. Jangan jual nama PAS untuk naikkan nama anda.

Macam macam ada.

AKU WAKAFKAN DIRI INI UNTUK MASYARAKAT

Tadi Tuan Fadli datang umah aku. Dah banyak kali Tuan Fadli minta aku peruntukkan sedikit masa untuk berbincang dengan dia tentang masalah yang timbul. Sebelum nih bukan aku tak bersedia, cuma panas di hati belum reda.

Malam nih aku free dan aku bersedia. Dia sampai rumah aku tepat jam 10.30 malam. Aku minta Ayie masuk ke bilik sebab aku nak hanya aku dan Tuan Fadli jer yang ada di ruang tamu nih. Aku dapat rasa Ayie kurang bersetuju dengan permintaan aku tapi apa yang aku boleh buat. Aku takde pilihan. InsyaAllah, adik ku itu akan faham nanti.

Tuan Fadli minta aku bercakap dulu. Dia nak aku luahkan apa yang menyesakkan dada dan kepala aku. Dia sangat nak tahu kenapa kekusutan sebegini berlaku. Lebih lebih lagi kekusutan itu adalah di antara aku dan “abang” aku.

Aku luahkan satu persatu. Bermula daripada soal sukaneka, hari keluarga, perbezaan AJK dan bukan AJK, futsal, perjumpaan dengan JMB, kelas tadika, kelas bimbingan, hubungan dengan DBKL, kenduri kahwin Abang Rais. Macam macam. Aku huraikan satu persatu supaya Tuan Fadli tahu dan faham hal sebenar.

Aku tidak mengharapkan Tuan Fadli menyebelahi aku. Cuma aku nak dia tahu bahawa aku hanya akan berubah jika pihak sebelah sana juga berubah. Jika tidak, jangan harap diri aku akan berubah.

Aku memang kecewa dengan apa yang berlaku. Lebih dari 3 tahun aku membakar diri untuk masyarakat ini. Walau di mana sekalipun, aku pasti penuhi permintaan penduduk di sini. Aku sayang semuanya. Aku sayang penduduk dan KRT yang ada. Inilah dunia aku dan tidak ada sesiapa pun yang akan berjaya pisahkan aku dengan duniaku ini melainkan Allah swt putuskan sebaliknya.

Buat “abang”ku, tidak mengapalah. Sebagai adik, aku mengalah. Biarpun persaudaraan ini nampak seperti gagal untuk diselamatkan lagi, aku redha. Allah Maha Mengetahui. Tunggu keputusan di Mahsyar. Biarlah apa orang nak kata kepada aku di dunia nih. Aku tidak akan jawab walau satu pun pertuduhan “abang”ku kerana dia “abang”ku dunia akhirat.

Aku doakan dia bahagia dan keluarganya juga dipenuhi keberkatan dan rahmat Allah swt. Hati kecil aku gagal membendung kesedihan walaupun luarannya kelihatan aku seperti tidak apa apa.

Lama aku luahkan perasaan. Bermula 10.30 malam sampailah 1.30 pagi. Aku ingatkan Tuan Fadli nak bercakap selepas tu tapi dia hanya minta aku jangan tarik diri kerana dia tahu apa yang sewajarnya dilakukan.

Pada aku, aku tidak akan tarik diri tetapi untuk bergiat seperti dulu, mungkin tidak kot. Cukuplah dengan segala fitnah yang ada. Aku akan telan semuanya walaupun pahit.

Untuk makhluk-makhluk itu, tunggu aku di Mahsyar. Aku akan dakwa kalian di hadapan Allah swt. Aku akan tetap menuntut hak aku sampai ke hadapan Allah swt walau siapa pun kalian. Tidak mungkin kalian mampu berlakon sampai ke Mahsyar.

Wednesday, May 20, 2009

ALMARHUM USTAZ FADHIL NOOR YANG SENTIASA DIRINDUI



Pagi tadi aku buka blog adukataruna.blogspot, aku jumpa satu artikel yang beliau olah semula tentang almarhum Ust Fadhil. Air mata aku tak semena mena meleleh. Aku rindu Ust Fadhil. Aku teringat Ust Fadhil. Satu persatu kenangan Ust Fadhil muncul di depan mataku.

Aku kenal perjuangan PAS secara jelas menerusi Ust Fadhil. Terima kasih kepada Rasydan dan Muhaimeen yang kenalkan aku kepada Ust Fadhil ketika mula mula aku pijak universiti dulu.

Hampir setiap minggu, pasti ada nasihat yang Ust Fadhil titipkan kepada kami bertiga. Paling kurang pun Ust Fadhil akan pesan “Tunaikan solat kerana solat itu amanah Allah swt supaya kita layak digelar hamba-Nya”.

Ust Fadhil pesan – “Jangan masuk PAS kalau hampa cari dunia. Jangan panggil diri hampa pejuang Islam kalau hampa nak manusia puji hampa. Hampa jangan dok perasan macam hampa ulama kalau perjuangan hampa hanya setakat serban, jubah dan kopiah”.

“PAS bukan untuk orang yang buru dunia. PAS adalah untuk orang yang buru akhirat. Hidup mulia atau mati syahid. Mati beriman. Hidup bermaruah. Minta ampun dengan Allah Ta’ala kalau ada buat dosa tapi jangan putus asa dengan Allah Ta’ala”.

“Mana ada manusia tak pernah buat dosa? Rasulullah saw jadi ma’sum sebab Allah Ta’ala belah dada dia. Dia manusia pilihan Allah Ta’ala untuk didik dan selamatkan kita semua. Dia kekasih Allah Ta’ala. Jangan dok pikiaq, ooooo kita banyak dosa, kita banyak dosa, lepas terus lupakan perjuangan”.

“Baca, faham dan kaji sejarah Umar al-Khattab. Baca sejarah Khalid al-Walid. Baca, faham dan kaji. Semua pernah lawan Islam tapi lepas depa taubat, mereka jadi orang orang yang mati hidup dengan Islam. Dosa hampa tentu bukan dosa lawan Islam. Dosa depa nih dosa lawan Islam. Allah Ta’ala terima depa dan bagi penghormatan kepada depa”.

“Yang penting, minta ampun dengan Allah Ta’ala walau di mana hampa berada. Allah Ta’ala Maha Mendengar. Hampa minta, InsyaAllah, Allah Ta’ala akan bagi. Dia bukan zalim atau kedekut macam manusia”.

“Jangan dok cari salah orang lain. Cermin diri sendiri dulu. Diri sendiri tu pun belum tentu masuk syurga. Jangan pertikai latar belakang orang lain. Jangan dok bahas iman orang lain. Jangan dok debat amalan orang lain. Tak pasai pasai masuk neraka pasai dok sibuk pasai orang lain. Cermin diri kalau nak masuk syurga. Syurga nih bukan hak milik sapa sapa. Jadi, toksah dok nilai iman dan amalan orang lain”.

Itu antara nasihat Ust Fadhil yang aku catatkan dalam buku catatan aku lebih kurang 11 tahun yang lalu. Aku simpan buku tu sampai hari nih. Kalau aku nak tulis semuanya di sini, rasanya esok pun belum tentu habis.

Alangkah leganya jika Ust Fadhil masih bersama kita di saat ini. Alangkah bahagianya jika Ust Fadhil masih memimpin kita hari ni. Bukan maksud aku untuk kata pimpinan yang ada nih kurang cerdik tetapi takde sorang pun yang memimpin seperti Ust Fadhil walaupun semuanya sibuk nak dakwa merekalah anak didik Ust Fadhil.

Bab protokol pun dah cukup. Ust Fadhil hidup tanpa protokol walaupun dengan ahli biasa tapi yang dok ada laa nih kalau dengan ahli biasa nih senyum pun plastik. Bersembang jauh sekalilah. Bermula daripada YDP Kawasan sampailah yang atas atas, kalau 10 orang, 8 orang confirmed senyum plastik dengan ahli biasa. Kalau tak percaya, tengok jer ketika pilihanraya kecil.

Ya Allah, rahmatilah almarhum Ust Fadhil. Bangkitkanlah dia bersama sama dengan Rasulullah saw di sisi-Mu. Kurniakanlah syurga kepadanya”.

Catatan di bawah nih adalah artikel yang aku copy daripada blog adukataruna.blogspot. pada aku, artikel nih cukup bermakna untuk direnungi dan difahami di saat saat PAS berada dalam keadaan seperti sekarang.


Sebelum gua cerita, sumber yang gua ambil ni tak terlibat langsung dalam corak tulisan dan fikrah gua. Cuma gua nak rakam benda sedih berharga ni dalam blog gua.

Masa dulu gua lagi berdarah panas dari ini. Memang suka melawan punya. Walau gua masih belum menjadi penulis nyamuk, tp hati gua tak pernah memberontak akan Ostad Fadhil.

Gua follow jer seni orang tua ni. Macam follow citer CSI kekadang. Tak bosan beb. Ada jer isu panas, memang gua beli Harakah punya. Masa tu internet2 ni gua belum heavy lagi. Tujuannya, nak baca kenyataan Ostad.

Dapat jer kenyataan Ostad, gua ada guide line beb. Member tanya ke, bertekak dengan sesiapa pun gua kompiden. Punya lapang kepala otak gua. Memangla ada kala tak setuju, tapi kebanyakannya best. Laju giler.

Zaman tu macam mustahil penyokong PAS dibiarkan teraba-raba terlalu lama. Cepat gile settle. Isu A keluar pagi, lewat petang Ostad dah bagi penjelasan. Kepala otak laju giler. Perwatakan sempoi.

Semua tu hanya kenangan gua. Lepas Subuh ni, gua boleh terbaca pulak benda alah ni. Teringat fasa dulu.

Manusia tetap ada kelemahan. Walaupun beliau banyak kelemahan kerana sifatnya sebagai manusia, saya lihat sedikit sebanyak almarhum Ustaz Fadhil Noor memenuhi ciri ciri itu.


1. Tak lupa Allah bila melihat dunia

Hampa ingat orang tak umpan Ustaz Fadzil dengan macam-macam benda? Selepas 29 Mac 1982 bila Anwar mengkhianati rising tide of Islam di negara ini, tergedik-gedik kawan-kawan Anwar menggelinjang dalam Umno. Waktu itu, selepas Anwar, Ustaz Fadzillah yang paling diidamkan untuk menjadi panglima pembunuh rising tide of Islam. Kalau setakat orang-orang Abim yang lain, taraf nasi tambah ja depa tu!

Saya tahu pelbagai umpan yang terhidang di depan Ustaz Fadzil, sesetengahnya atas nama ulama Pak Arab mana aku pun tak tau. Tetapi, Ustaz Fadzil tetap istiqamah dengan perjuangan Islam sehingga ke akhir hayatnya.


2. Tak jakun dunia

Hidup Almarhum sangat sederhana. Dan, tidak pula kedekut taik idung masin. Tak bina istana walaupun berlambak korporat yang nak sponsor kereta dan rumah lebih selesa kepadanya. Seingat saya, harta paling banyak yang dia perolehi adalah apabila beliau menyaman pihak yang menganiayai atau memfitnahnya. Sebelum dapat duit saman, dok pakai kereta Mazda kecik yang buruk tu lah!

Selepas dipecat sebagai pensyarah UTM, saya tak lupa Kak Jah isterinya jual asam keping dan beras pulut kerana nak cari rezki dan Allahyarham Pak Mat Jawa pula tolong jual kain pelikat dan batik untuk Ustaz Fadzil.

Bila dia jadi Ketua Pembangkang, memang dia pakai Mercedez terpakai, tetapi berhutang. Bila beliau kembali ke pengkuan Kekasihnya, hutang tak habis bayar lagi dan anak-anak dia tolak balik kereta tu.

Saya malas nak sebut ulasan-ulasan spontan Ustaz Fadzil terhadap orang-orang yang mewajarkan tindakan mereka pakai kereta mewah dan duduk hotel mewah. Takut ada yang terkena pula.


3. Sahabat rakyat

Saya tak ingat siapa sebut kat saya. Tetapi orang tu kata, "Semua orang rasa dia rapat dengan Ustaz Fadzil". Dalam ayat saya sendiri, saya selalu kata, "Ustaz Fadzil ni jenis orang yang kita rasa kita boleh pegang-pegang dia. Kita rasa rapat sangat dengan dia. Padahal, takkan Ustaz Fadzil rapat dengan bakaq!"

Itu illustrasi saya tentang Ustaz Fadzil. Kalau hampa tak faham, jangan nak kona-kona cakap aku!


4. Rajin

Orang tua tu tua atas jalan, tak rajin apanya! Hampa tau ka apa maksud tua atas jalan? Maknanya tak lekat di rumah, dok pi sana sini kerana nak ajak orang sokong perjuangan Islam, nak kuatkan PAS, apa saja kerana Allah. Maksudnya, sebahagian besar usianya dihaabiskan dalam perjalanan kerana berjuang.


5. Berani

Antara pemimpin PAS yang paling kuat maki polis yang kurang ajar ialah Ustaz Fadzil. Hampa mungkin tak pernah dengar pemimpin PAS yang cakap pandai tapi tanya ada permit ke tidak bila orang jemput berceramah. Ustaz Fadzil tak peduli semua itu. Kalau Pemuda PAS Kedah umpamanya kata "kita langgar ja, Ustaz," dia langgar.

Ada pemimpin yang suruh Pemuda PAS Kedah ubah tempat ceramah kerana takut kat polis. Ustaz Fadzil tak peduli semua itu. Setakat polis jaga road block selalu kena jerkah dengan dia, "Tepi! Orang nak pi ceramah ni!"

Saya tak lupa kata-katanya ketika berceramah sempena Muktamar PAS di Dewan KIA, Alor Setar pada tahun 1984, "Umno ni kita nampak kecik ja!"

Sebab itulah, apabila disembur oleh polis dengan air beracun yang celaka di hadapan kedutaan Amerika Syarikat, dia tak berganjak.


6. Ada otak

Haji Subky Latiff pernah menceritakan kepada saya bahawa ketika mesyuarat AJK PAS Pusat menemui jalan buntu, Ustaz Fadzil ada saja curahan idea dari Allah s.w.t. yang bersandarkan nas. Otak dia ligat!

Kalau berdebat, banyak orang boleh bercerita kelincahannya berdebat.


Setakat tu la cerita Almarhum.

Akhir sekali, pilihlah pemimpin yang diyakini boleh memartabatkan PAS sebagai parti politik berteraskan Islam.

KHIR TOYO KENA GANTUNG SETAHUN


Itulah apa yang berlaku di Selangor. SELCAT telah mencadangkan sedemikian. Cadangan ini akan diperdebatkan pada Sidang DUN Selangor yang akan dating. Semua orang boleh berbahas termasuk Khir Toyo.

Adil kan ? Telus kan ? Terbuka kan ?

Kalau aku jadi Speaker macam YB Teng Chang Kim tu, aku takde nak tunggu tunggu lagi dah. Aku gantung jer terus Mat Tempe nih sehingga pilihanraya umum yang akan dating. Kita baguslah YB CK Teng bagi cadangan jer dan beliau akan tunggu DUN Selangor luluskan cadangan tu.

Tu lah ko Khir, tamak sangat. Tak cukup ko masukkan dalam poket ko, ko masukkan pulak dalam poket bini ko. Kan dah dapat habuan.

Walaupun YB CK Teng gantung ko setahun, ko tentu tak risaukan? Maklumlah ko kan dah upgrade tempe menjadi sama kualiti dengan botox. Kuikuikuikui.

Apa apa pun, padan muka ko. Amek habuan.

Tuesday, May 19, 2009

IR HJ NIZAR DITERIMA MENGADAP RAJA MUDA PERAK




Aku dapat berita nih daripada blog CINA ISLAM @ YB Drs Khalil Idham Lim. Alhamdulillah. Aku rasa lega. Sekurang kurangnya ada cahaya di hujung terowong walaupun pembubaran tu belum pasti. Nampak macam dah dekat tapi rasa macam jauh jer lagi.

Apa apa pun, aku cuma nak minta ahli-ahli PAS supaya bergantung haraplah kalian kepada Allah swt kerana janji Allah swt pasti benar. Janganlah kita meletakkan harapan secara mutlak kepada manusia walau apa pun pangkatnya kerana dia juga seperti kita.

Darahnya merah juga. Dia juga lapar dan mengantuk seperti kita. Dia juga sihat san sakit seperti kita. Dia juga makan dan minum apa yang kita makan dan apa yang kita minum. Tidak ada beza sama sekali.

Kita adalah ahli jemaah Islam. Janganlah Islam kita itu hanya pada pakaian dan keahlian sahaja. Wujudkan kebesaran Allah swt di hati kita. Hadirkan kekuasaan Allah swt di jiwa kita. Kita solat. Kita puasa. Kita keluarkan zakat. Kita bertilawah. Kita berhaji dan berumrah ke Tanah Suci. Malah “Takbir!!” telah menjadi makanan kita.

Namun, hadirkah Allahu Akbar itu di hati kita? Hadirkah Allah Maha Besar itu dalam tingkah laku dan perbuatan kita? Rasanya, belum lagi. Tepuk dada, tanya iman.

Memang kita marah dan naik angina apabila ada orang kata kita hanya iman kulit sahaja. Boleh bertumbuk dibuatnya. Pernah atau tidak, kita duduk dan fikirkan sejenak soalan “Adakah Allah swt hadir dalam kehidupan seharian kita?”.

Kita solat tetapi Ehsannya di mana? Kita berpuasa tetapi Ehsannya di mana ? Kita berbuat baik sesama manusia tetapi Ehsannya di mana?

Islam? Yes, kita Islam. Iman? Yes, kita beriman. Ehsan? Wallahu a’lam. Kita tahu Allah swt itu wujud tetapi yakinkah kita kewujudannya? Kita tahu Allah swt itu Maha Berkuasa tetapi yakinkah kita kepada kekuasaan-Nya?

Tanyalah kepada diri kita tentang hakikat ini. Kemudian, tanya pula benar benar berimankah kita? Akhir sekali, tanyakan diri kita, layakkah kita menjadi ahli syurga Allah swt?

Oleh itu, berdoalah kepada Allah swt supaya dibuka jalan untuk kita menjadi hamba-Nya dan ummat Rasulullah saw. Berdoalah kepada Allah swt supaya kita tidak tergolong dalam kelompok IMAN KULIT atau IMAN PAKAIAN atau IMAN GAYA sahaja kerana ketiag tiga jenis iman ini akan menghumbankan kita jauh ke dalam neraka yang amat panas dan menyeksakan itu.

Monday, May 18, 2009

BN (BACA UMNO) TIDAK AKAN MELETAKKAN CALON DI DUN PENANTI



UMNO memutuskan tidak akan meletakkan calon di Penanti kerana kerusi itu dikosongkan tidak mengikut peruntukkan perlembagaan dan kerusi itu dikosongkan kerana PKR mahu menyelesaikan masalah parti tersebut. UMNO juga tidak mahu terperangkap dengan permainan politik kotor pembangkang.

Aku ketawa golek golek waktu Najib buat pengumuman nih. Muka Najib pun nampak macam kena selsema B*B* jer masa dia buat pengumuman tu. Biasalah tu. Aku memang mentertawakan apa sahaja yang UMNO buat. Namun, ada perkara yang lebih pelik dan ajaib berlaku yang mempunyai kaitan dengan pengumuman Najib itu.

Sahabat aku, Dazril, memang amat tidak berminat dengan politik. Malah, dia tak daftar sebagai pengundi pun. Pengumuman Si Najib telah membuatkan Dazril menelefon aku dan dia kata UMNO semakin teruk dan semakin penakut. Wow! Gampang juga penangan Si Najib nih.

Ok. Kita tukar tajuk.

Sah UMNO semakin teruk. Sah UMNO semakin menuju ke penghujung. Sah UMNO semakin mereput. Sah UMNO semakin tak ketahuan hala. Sah UMNO semakin gila bagi. Sah UMNO kecut perut dengan kebangkitan rakyat. Sah UMNO semakin tertekan.

Semua pengesahan yang aku buat di atas menggambarkan sah UMNO sedikit masa lagi akan diusung ke kuburan oleh orang orang UMNO sendiri.

Walaupun UMNO tidak akan meletakkan calon di Penanti, aku sangat yakin UMNO akan menaja calon bebas seperti mana yang UMNO lakukan di Bukit Selambau ari tu.

Jadi, petugas Pakatan Rakyat perlu bekerja kuat bagi mempastikan undi undi protes berjaya ditangani secara bijaksana dan berhemah. Jangan terperangkap dengan permainan takde telor UMNO nih.

NAZRI AZIZ : MINORITI TIDAK BOLEH MINTA BUBAR DUN



‘‘Sultan Perak tidak boleh membubarkan DUN atas permintaan minoriti kerana ia bertentangan dengan amalan demokrasi".

‘‘Perdana Menteri pun semasa menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk mendapat perkenan membubarkan Parlimen, beliau mewakili suara majoriti".

Ini statement Nazri Aziz dalam satu majlis bebudak sekolah di Padang Rengas. Aku sangat tidak bersetju dengan statement mamat nih. Walaupun aku tahu dia tak kisah pun kalau orang kecil macam aku nih tak bersetuju dengan dia tapi apa aku kisah?

Sebelum u kata undang undang tak mengizinkan minoriti mohon bubar DUN, I nak tanya u, undang undang izinkan ker apa yang UMNO lahanat buat di Perak? I tahulah u lawyer tapi u janganlah anggap rakyat semua nih duduk bawah tapak kaki u.

U janganlah cakap ikut sedap mulut u jer kerana rakyat Malaysia nih bukan lembu. Yang lembu tu orang UMNO yang masih tak sedar dirinya ditipu oleh anjing kurap macam u.

Apa apa pun Nazri, mengaji bagi habis dulu sebelum keluarkan statement. Takut takut nanti statement u tu menyerlahkan lagi “kebuta perutan” u dan gerombolan u tu.

Mengaji bagi habis dulu bab RAMPAS sebelum u nak mengaji bab BUBAR. Janganlah mengaji bab BUBAR jer. Mengaji bab RAMPAS dulu kerana RAMPAS datang dulu sebelum BUBAR. Ibarat seperti seluar panjang dan seluar dalam. Orang yang waras akan pakai seluar dalam dulu sebelum pakai seluar panjang tapi tak tahulah kot kot u nih jenis yang pakai seluar panjang dulu kemudian baru pakai seluar dalam. Superman ker aper?

Sunday, May 17, 2009

KITA BERKAMPUNG LAGI DI PERAK


Banyak pihak dalam PAS, baik pimpinan dan yang perasan pimpinan, semuanya menyeru dan menasihatkan kita semua bersiap sedia untuk berkampung sekali lagi di Perak. Jika dulu kita semua berkampung di Bukit Gantang tetapi kali nih di seluruh Perak.

Aku dah sms Ust Wan dan akhi Faizal, aku akan berkampung di tempat mereka. Aku selesa bekerjasama dengan mereka walaupun cara kerja kami kerap kali berbeza namun keserasian tu ada.

Apa yang aku nak tuliskan di sini adalah displin petugas pilihanraya bermula daripada Pengarah Jentera Pilihanraya sehinggalah ke buruh buruh kasar pemasang bendera dan poster. Sikap dan disiplin adalah fakor utama untuk mendapat redha Allah swt setiap kali pilihanraya. Lainlah kalau petugas yang ada nih semuanya gilakan pujian dunia dan sanjungan pimpinan. Ada ker petugas PAS yang macam tu? Jawapannya ada. Kalau tak percaya, tanya Ayahanda Hj Zamuri. Dia juga maklum tentang hal nih.

Rata rata yang bertugas dalam setiap pilihanraya kecil adalah orang orang yang bersih hatinya. Malangnya, dalam setandan pisang, tidak semuanya manis. Ada juga yang masam.

Pisang yang masam nih lah yang hadir sekadar bagi nampak ramai. Nampak macam buat kerja hakikatnya tak buat apa apa pun. Nampak macam memberikan sumbangan besar hakikatnya tak buat apa apa pun. Nampak macam ikhlas berjuang hakikatnya inginkan puji pujian pimpinan.

Aku dah tengok macam macam. Di Kuala Terengganu pun begitu. Di Bukit Gantang pun begitu. Aku yakin, puak puak nih, di seluruh Perak pun tetap akan jadi begitu. Pantang ditegur. Kalau ditegur, seminggu pun masih diungkit lagi kononnya orang muda tak pandai hormat yang tua. Kalau nak dihormati, tunjuklah teladan yang baik. Ini tidak, bila orang tegur berak tak flush, oooo..terus naik angin kononnya bukan dia. Masalahnya aku masuk jamban selepas dia berak. Tak kan nak kata Ayah Pin turun dari langit untuk singgah berak kot.

Ada petugas yang hanya tahu bagi cadangan jer. Buatnya tak juga. Time orang nak keluar pasang poster jer dia akan pakai kain pelikat. Nampak sangat tak nak ikut. Time orang siap nak keluar gantung bendera jer dan dan dia bagitau oooo kami memasak tadi. Letih main api.

Ada petugas yang hanya tahu menilai kerja buat orang lain tapi hakikatnya dia sendiri tak buat apa apa pun. Gantung poster pun tak. Gantung bendera pun tak. Cermah pun tak. Yang dia tau, hentam orang lain dalam mesyuarat. Kalau yang ditembak tu tepat takperlah juga. Nih tersasar. Langsung jadi fitnah. Bila tegur, naik angin. Serban jubah bukan main lagi. Solat siap nangis nangis tapi terlajak solat Subuh. Saper tu? Entahlah.

Ada petugas yang turun ke kawasan pilihanraya sekadar nak tunjuk muka kepada pimpinan. Time takde pimpinan, tido pun sampai jam 12 tengahari baru nak bangun tapi kalau pimpinan ada terutamanya jika PJ ada, bukan main rajin lagi. Yang sebenarnya nampak jer macam rajin hakikatnya pura pura jer. Ramai juga yang macam nih. Nak jadi Mc ceramah pun nak tahu dulu saper yang berceramah. Jika pimpinan atasan yang hadir, siap offer diri lagi nak jadi MC. Tapi bila pimpinan kecil jer yang hadir, bukan setakat enggan jadi MC tapi turut tak nak ambil tahu langsung.

Inilah hakikat yang semua orang tahu tapi mulut tak gamak nak cakap. Takper. Mulut aku adalah mulut yang kadang kadang takde perasan. So, be no mercy to this type of people.

Oklah. Ngomel panjang pun takde guna gak sebab puak puak nih biasanya pekak badan malah lebih kronik daripada badak yang pekak.

Pahitkan? Yang pahit tu lah ubat. So, buka hati sejujur mungkin dan telan ubat nih. InsyaAllah hati akan jadi jernih

SEKADAR UNGKAPAN ATAU KEBETULAN TETAPI RAKYAT MENUNTUT KEJUJURAN DAN KEIKHLASAN

Sultan Azlan Shah ketika dianugerahkan Doktor Kehormat Undang-undang, di Majlis Konvokesyen, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada 29 Jun 1980.

"Walau seberapa banyak sekalipun askar, polis atau pengawal istana digaji untuk melindungi dan menjaga tahta, namun tiada satu pun akan dapat mengatasi kehendak dan aspirasi rakyat jelata".

"Walau seberapa banyak peluru bedil atau peluru meriam sekali pun digunakan, namun tidak satu pun dapat menyekat kemarahan aspirasi rakyat".

"Jika kehendak rakyat jelata dimakbulkan Allah, maka (berlakulah) perpindahan takhta dari istana ke muzium seni dan budaya".

KHIR TOYO : PENYELESAIAN MASALAH MASALAH YANG BERLAKU DI SELANGOR



“Kumpulan pemikir yang diwujudkan dalam Badan Perhubungan UMNO Selangor perlu mencari kaedah yang tepat dalam menyelesaikan masalah masalah yang berlaku di selangor”.

“Presiden mahukan pembaharuan tetapi apa pembaharuan yang akan kita lakukan? Ini masalah yang paling besar yang perlu difikirkan”.

Ini adalah statement yuang diucapkan oleh Khir Toyo selepas mesyuarat pertama Badan Perhubungan UMNO Selangor. UMNO Selangor telah mengambil keputusan untuk mewujudkan kumpulan pemikir bagi menyelesaikan sebanyak mungkin permasalahan yang wujud di Selangor.

Masalahnya, kalau nak selesaikan masalah, kenapa lantik Khir Toyo yang merupakan makhluk paling bermasalah di Selangor tu? Apa kejayaan Khir Toyo di Selangor? Entah, tapi ada. Antaranya menaiktarafkan tempe sehingga menjadi setaraf dengan botox. Apa pula taik Khir Toyo di Selangor? Banyak, sampai sukar nak digambarkan.

Kumpulan pemikir ini diwujudkan bertujuan untuk menyelesaikan masalah atau untuk merancang penipuan baru supaya rakyat Selangor sekali lagi berjaya diperkudakan dan diperbodohkan oleh UMNO?

Khir Toyo pun pening kepala nak fikir apakah pembaharuan yang nak dibuat di Selangor nih. Semuanya Pakatan Rakyat dan rancang dan sedang laksanakan. Dia sendiri mengaku dia dah tak boleh nak fikir dan nak memikirkan apakah pembaharuan itu adalah masalah besar bagi dirinya dan kumpulannya. Akal fikirannya dah rosak seperti mana hilangnya jerawat dan bintik hitam di wajahnya.

Sungguh pun wajahnya telah menjadi putih seputih rambut dan janggutnya tetapi hatinya dan pemikirannya masih tetap hitam sehitam sejenis spesis makhluk yang bebas berkeliaran di Perak kini.

Apa apa pun, good luck Khir Toyo. Selamat menikmati badi penyapu yang u hadiahkan kepada seseorang suatu ketika dahulu.

HISHAMUDDIN HUSSEIN : RAKYAT MUNGKIN MENOLAK BARISAN NASIONAL DAN PAKATAN RAKYAT



“Rakyat mungkin menolak Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat kerana muak dengan kemelut politik yang tidak berkesudahan di Perak”.

Itu adalah apa yang Hishamuddin Hussein cakapkan dalam satu program anjuran Puteri UMNO di Bentong.

Nih satu lagi contoh pemimpin UMNO yang dah jadi tak ketahuan hala. Aku nak tanya, sejak bila Si Hisham nih prihatin tentang Pakatan Rakyat? Sejak bila mamat nih risau Pakatan Rakyat ditolak oleh rakyat? Sepatutnya mamat nih gembira tidak terhingga sekiranya rakyat menolak Pakatan Rakyat kerana Barisan Nasional akan terus dipuja oleh rakyat kerana Pakatan Rakyat telah berjaya dikuburkan.

Inilah penyakit penyakit yang akan dihidapi oleh orang orang yang “dah nak abih umoq” kata orang utara.

Mengikut pemahaman aku yang takde ilmu nih, yang sebenarnya mamat nih dah sedar dan sangat sedar bahawa rakyat semakin meluat dan muak dengan gelagat dan tindak tanduk UMNO yang semakin hari semakin gampang dan meroyan itu.

Mamat nih tahu rakyat semakin dekat dengan Pakatan Rakyat seperti mana dekatnya Pakatan Rakyat dengan rakyat. Maka, sebab itulah UMNO pun sekarang nih “menempelkan” perkataan “rakyat” pada setiap apa yang mereka putuskan dan lakukan. Contohnya, Najib hari ini dipotretkan sebagai Perdana Menteri Rakyat. Jadi, bagaimanakah dengan bekas-bekas Perdana Menteri yang dulu? Bukan Perdana Menteri berjiwa rakyatkah mereka? Kan dah kantoi. Rakyatlah sangat. Piiiraaaahhhh !!!

Mamat nih juga tahu dan yakin bahawa sudah tidak ada ruang keluar untuk menyelesaikan kekusutan dan keserabutan di Perak kecuali pembubaran DUN dan diadakan semula pilihanraya di Perak tetapi oleh kerana ego politik yang penuh kedunguan dan “kebuta-perutan”, mamat nih masih gagal untuk mengaku hakikat sebenar.

Tidak mengapalah wahai Hisham. Teruskanlah dengan “kebuta-perutan” u tu. Kami Pakatan Rakyat tidaklah sebenak UMNO yang dah tak ketahuan hala tu.

Pakatan Rakyat tidak berpolitik. Pakatan Rakyat berjuang menegakkan perundangan yang ada. Yang berpolitik itu adalah UMNO dan Barisan Nasional sehinggakan tidak dapat membezakan yang mana satu politik, yang mana satu hak eksklusif istana dan yang mana satu kewibawaan kehakiman sehinggakan semuanya nak diletakkan di celah kangkang UMNO.

Ketahuilah wahai Hisham, tatkala mana kebenaran muncul, pada tika itulah Pakatan Rakyat akan menguburkan UMNO dan Barisan Nasional ke dalam liang lahad yang digali sendiri oleh UMNO di Perak dan di mana mana jua dan talkinnya akan disempurnakan oleh rakyat dan bukan lagi oleh mufti yang bermazhab UMNO itu.

ZAHID HAMIDI : TIDAK PERLU PILIHANRAYA SEMULA DI PERAK



“Tidak perlu diadakan pilihanraya semula di Perak. Cara terbaik untuk selesaikan kemelut politik di Perak cukup sekadar dengan hanya mengadakan Sidang Khas DUN”.

Itu adalah apa yang Zahid Hamidi maklumkan kepada media. Aku tak mahu ulas panjang. Hanya satu jer aku nak tanya. Kenapa nampak mcm takut? Semua pihak mendesak diadakan pilihanraya semula di Perak. Alih alih mamat nih kata tak perlu. Kononnya cukup dengan diadakan Sidang Khas DUN.

U tahu tak Zahid, kalau diadakan sidang DUN tak kiralah dinamakan Sidang Khas ker, sidang apa ker, kekecohan akan terus berlaku dan Perak akan terus berkekalan macam sekarang. Ada MB tapi macam takde MB. Ada kerajaan tapi macam takde kerajaan. Semuanya gara gara tindakan otak udang u dan UMNO yang tidak cukup sekupang nih.

Kalau betul rakyat Perak mahukan UMNO dan Barisan Nasional memerintah semula di Perak seperti mana yang u dan konco konco u serta Najib kokokkan di seluruh dunia, apa yang u all nak takut?

Bertindaklah secara anak jantan. Bukannya bertindak macam anak jantan tapi hakikatnya takde telor. Penakut nak mampos. Dahlah penakut, nak mampos lak tu. U ingat rakyat Perak nih pun boleh u tumbuk sesuka hati ker? Silap banyaklah Zahid.

NAJIB : UMNO PERLU CARI HUJAH UNTUK LAWAN FITNAH DAN PUTAR BELIT PEMBANGKANG


Sejak siang tadi aku tengok media asyik siarkan permintaan Najib yang mahukan UMNO mencari hujah bagi mempastikan rakyat tidak terpengaruh dengan maklumat yang diputarbelitkan oleh pembangkang.


Najib kata pembangkang hanya tahu menabur fitnah dan gemar memutarbelitkan kenyataan yang dikeluarkan oleh kerajaan.

Aku nak tanya. Hujah apa yang nak dicari? Hujah apa yang nak dilawan? Mencari hujah untuk matikan hujah pembangkang atau mencari idea baru untuk mempastikan rakyat terus menerus ditipu? Setahu aku, UMNO mana ada hujah. Yang UMNO ada hanyalah dolak dalik jer.

Najib bagi nasihat dan amanat tu selepas beliau mempengerusikan mesyuarat pertama Badan Perhubungan UMNO Selangor yang dah nyawa nyawa ikan tu.

Kita ambil contoh di Selangor. Apa fitnah yang Pakatan Rakyat sebarkan? Apa maklumat yang Pakatan Rakyat putarbelit? Sebutkanlah. Jangan cakap tergantung gantung macam tergantungnya telur yang dua biji tu.

Yang memutarbelit fakta dan maklumat tu sebenarnya UMNO. Yang suka menabur fitnah tu sebenarnya UMNO. Jadi, sekarang nih UMNO dah mati akal. Maka, Najib yang dah tak ketahuan tu mahukan UMNO cari akal supaya rakyat terus lena dan terus bermimpi. Sesuatu harus dilakukan oleh UMNO supaya rakyat terus mempercayai dongeng yang menyebutkan hanya UMNO yang mampu memerintah dan hanya UMNO yang mampu membela nasib Melayu. Itu sebenarnya yang Najib mahukan.

Tak kisahlah Najib. Ikut suka kamu ler nak buat apa pun. Itu hal parti kamu. Cuma, aku ada satu soalan nak tanya. Waktu ko bercakap kepada media lepas mesyuarat tu, apsal muka ko nampak keruh dan kelat jer? Sakit perut atau serabut perut? Pening kepala atau serabut kepala? Hanya ko dan Allah swt jer yang tahu jawapannya.

Apa apa pun Najib, rakyat Malaysia sudah tahu yang mana intan dan yang mana kaca dan UMNO lah kaca yang dimaksudkan itu.

Saturday, May 16, 2009

NAJIB : JANGAN SALAHKAN PADUKA SULTAN DAN SAYA PUN TAK SALAH


Dah dua hari rasanya Najib cakap macam tu. "Jangan salahkan Sultan di atas kekusutan yang berlaku di Perak. Saya pun tak salah. Yang salah adalah pembangkang".

Kalau kita telitikan pada ayat tu, ada tiga perkara terkandung di dalamnya. Aku nak ulas satu persatu mengikut pemahaman aku.


PERTAMA - Jangan salahkan Sultan di atas kekusutan yang berlaku di Perak.

Kenyataan nih aku setuju.

Untuk pengetahuan Sdra Najib yang semakin tak ketahuan tu, Pakatan Rakyat tidak pernah menyalahkan Paduka Sultan Perak. Yang menyalahkan Paduka Sultan Perak adalah individu individu tertentu yang merupakan rakyat negara ini dan secara tidak langsung juga menyokong Pakatan Rakyat.

Jadi, amatlah tidak wajar Pakatan Rakyat disalahkan apabila terdapatnya komen komen di mana mana sahaja yang meletakkan kesalahan di atas bahu Paduka Sultan Perak. Lagipun, umum mengetahui bahawa media pro-UMNO yang memainkan isu derhaka dan menyanyikan lagu derhaka ini hampir setiap saat.


KEDUA - Saya pun tak salah.

Kenyataan nih aku sangat tidak setuju.

Hari tu masa ko pakai songkok tinggi mengadap Paduka Sultan Perak, bukan main kembang lagi hidung ko. Sepatutnya Si Zambri tu yang mengadap Paduka Sultan sebab dia orang Perak. Alih alih ko pulak yang menyondol. Apa rasionalnya ko menyondol hari tu?

Bila dah terserlah betapa mangkuk hayun nyer kepala otak ko, ko senang senang nak kata ko tak salah. Woi Najib !! Ko ingat rakyat Malaysia nih lembu ker untuk ko tipu 5 6 kali?!

Satu jer aku nak pesan dengan ko nih Najib. Jangan tukar tajuk kerap sangat. Bukan apa, takut takut nanti ada rakyat yang baling ko dengan kasut macam Bush kena kat Iraq hari tu.


KETIGA - Yang salah adalah pembangkang.

Kenyataan nih pun aku setuju sangat.

Memang yang salah tu adalah pembangkang. Yang buat huru hara tu adalah pembangkang. Yang rampas kuasa tu adalah pembangkang. Yang gila jawatan tu adalah pembangkang. Yang buat kecoh dalam DUN Perak hari tu adalah pembangkang. Yang jadi samseng dalam DUN Perak hari tu adalah pembangkang. Yang tamakkan kuasa di Perak adalah pembangkang.

Pembangkang yang wajib dihina dan dikeji sekeji kejinya adalah pembangkang di Perak. Bukannya pembangkang di Kelantan, Pulau Pinang, Kedah mahupun Selangor. Pembangkang di empat negeri tersebut tidak ada kena mengena dalam hal nih. Janganlah kita silap menghukum kerana yang layak untuk kita hukum dengan hukuman yang paling hina hanyalah pembangkang di Perak.

Persoalannya, siapakah pembangkang di Perak? Lu fikirlah sendiri........

Friday, May 15, 2009

PILIHANRAYA KECIL : HANTU TERKINI YANG MENGHANTUI BARISAN NASIONAL TERUTAMANYA UMNO



Selepas daripada Pilihanraya Umum Ke 12 pada 8 Mac 2008 yang lalu, Barisan Nasional terutamanya UMNO kelihatan seperti amat takut dengan pilihanraya kecil. Jika dulu, pihak pembangkang adalah pihak yang paling tidak gemar dengan pilihanraya kecil. Kalau boleh, pembangkang nak doa agar tidak ada YB yang mati atau meletakkan jawatan.

Hari nih semuanya telah jadi terbalik kuang. Pihak pembangkang yang dikenali sebagai Pakatan Rakyat begitu teruja dengan pilihanraya kecil. Semangat penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat tidak pernah pudar malah semakin dan sentiasa berkobar kobar sejak Pilihanraya Umum Ke 12.

Manakala Barisan Nasional terutamanya UMNO pula seboleh bolehnya mahu mengelakkan pilihanraya kecil daripada berlaku. Takut ker?

Walaupun terdapat pemimpin UMNO yang kelihatan bersemangat bercakap tentang betapa perlunya pilihanraya kecil diadakan di Bukit Lanjan tetapi hakikatnya itu hanyalah cakap cakap yang terpacul keluar daripada mulut busuk pemimpin UMNO yang masih belum sedar dari mimpi. Contohnya, YB Abd Syukor Harun, ADUN Kuang dan YB Khir Toyo, ADUN Sungai Panjang.

Biarkan mereka terus bermimpi terutamanya Khir Toyo. Sampai hari nih pun Khir Toyo masih merasakan dirinya masih lagi Menteri Besar Selangor. Takper. Biarkan jer dia terus terusan macam tu. Tak jadi kudis pun kepada Pakatan Rakyat.

Di Pulau Pinang pula lain ceritanya, sewaktu heboh kononnya bekas ADUN Penanti yang juga TKM 1 Pulau Pinang mengamalkan rasuah, ramai pimpinan UMNO terutamanya Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang iaitu YB Azhar Ibrahim, ADUN Penaga, berkokok minta kerusi DUN Penanti dikosongkan supaya rakyat Penanti diberikan peluang untuk memilih semula wakil rakyat mereka.

Anehnya, bila dah kosong, semuanya terus diam macam baru lepas disergah hantu raya. Takut ker? Jaga jaga wahai YB Azhar. Ketika PRK Permatang Pauh dulu, Pakatan Rakyat menang 10 daripada 12 JDM. Kali nih, Pakatan Rakyat akan menang 12 daripada 12 JDM. YB Azhar faham tak? Biar saya jelaskan. Pakatan Rakyat akan sapu bersih semuanya JDM.

Rakyat di DUN Penaga pun sebenarnya dah lama teringin nak dengar YB Azhar berkokok selepas Sdra Fairus letak jawatan tapi sampai sekarang tak bunyi bunyi lagi. Sakit tekak ker? Takde suara ker? Atau dah mati akal sebab penolakan rakyat semakin kuat dan ketara?


PILIHANRAYA KECIL PERMATANG PAUH

Aku bertugas bersama sama sahabat sahabat PKR di DUN Penanti ketika pilihanraya kecil ini berlangsung atau lebih spesifiknya JDM 8 Kubang Ulu. Lama juga. Lebih kurang 16 hari rasanya.

Walaupun gerak kerja agak kelam kabut akibat tidak wujud penyelarasan di antara orang atas dan orang tengah tetapi orang bawah tetap istiqamah menunaikan tanggungjawab dengan penuh dedikasi terutamanya perayu undi wanita.

Semangat kaum ibu ini amat sukar untuk ditandingi oleh kaum bapa yang rata ratanya hanya hadir sebagai pemerhati dan jadual kaum bapa hanya mendengar ceramah sahaja.

Bermula dari awal pagi lagi kaum ibu telah bersiap sedia untuk turun ke setiap ceruk kampung untuk merayu undi. Dihalau oleh penyokong UMNO, dimaki oleh penyokong UMNO, dimarahi oleh penyokong UMNO, disergah oleh anjing garang, macam macam cabaran lagi. Kaum ibu tetap berdiri demi perjuangan untuk membela rakyat.Kaum bapa bagaimana? Tepuk dada tanya iman.

Bukan soal komitmen kerja petugas PKR yang mahu kita bincangkan di sini. Apa yang mahu disebutkan di sini adalah sikap rata-rata penyokong dan pendokong UMNO di DUN Penanti ini. Betapa berbezanya keadaan dan suasana di kampung kampung berbanding apa yang diucapkan oleh mulut mulut busuk pemimpin UMNO terutamanya YB Azhar ADUN Penaga.

Pemimpin UMNO mendakwa rakyat Permatang Pauh semakin faham tindakan pembangkang dan rakyat Permatang Pauh telah serik untuk mengundi pembangkang kononnya pembangkang CAKAP TAK SERUPA BIKIN.

Pemimpin UMNO mendakwa rakyat Permatang Pauh tidak boleh menerima wakil rakyat yang mengamalkan hubungan sejenis dan mendakwa rakyat Permatang Pauh akan menolak calon PKR iaitu DSAI secara mutlak.

Itu dakwaan pemimpin UMNO yang tidak pernah mahu bercakap benar. 10 kali buka mulut, 11 kali menipu.

Yang dibaling botol air mineral oleh penduduk Permatang Pauh bukannya DSAI tetapi pemimpin UMNO. Ceramah DSAI dipenuhi oleh orang ramai tetapi program anjuran UMNO dan Barisan Nasional pula lebih kerusi daripada hadirin. Yang dijamu makan oleh penduduk adalah DSAI tetapi yang terpaksa menjamu penduduk pula adalah pimpinan UMNO dan Barisan Nasional.

Perayu undi PKR memang dimaki dan digertak oleh penyokong dan penyokong UMNO tetapi daripada 10 buah rumah penyokong UMNO yang dikunjungi dan yang menggertak itu pula hanyalah 1 atau 2 buah rumah sahaja, adakah ini mencerminkan rakyat Permatang Pauh menolak PKR dan DSAI? Tentu tidak. Maknanya, suasana di bawah tidak seperti yang diucapkan oleh mulut mulut busuk pemimpin UMNO dan Barisan Nasional.

Akhirnya, rakyat Permatang Pauh membuktikan bahawa yang mereka tolak adalah UMNO dan Barisan Nasional walaupun rakaman drama angkat sumpah Si Saiful ditayangkan pada skrin besar sepanjang hari di simpang simpang jalan.

Sah lagi sahih rakyat meluat, muak dan menyampah dengan UMNO dan Barisan Nasional.


PILIHANRAYA KECIL KUALA TERENGGANU

Pilihanraya kecil yang nih pun aku bertugas sepenuh masa. Kali nih dengan PAS. Jemaah yang amat aku cintai. 18 hari rasanya aku berkampung di DUN Bandar iaitu salah satu DUN yang terdapat di dalam Parlimen Kuala Terengganu.

Sama juga macam PKR. Ahli ahli bawahan terutamanya petugas muslimat sangat komited dengan tugasan dan amanah yang diberikan. Berbeza dengan sebahagian pimpinan yang hanya tahu memberikan arahan itu dan ini tetapi hakikatnya dia tak tahu apa satu pun. Bila petugas bawahan yang sudah "panas" menyoal balik, terkial kial nak jawab. Itupun tak faham faham lagi. Esok datang lagi dengan arahan lain. Pemimpin otak seminit macam nih perlu ditarbiyyahkan semula supaya dia faham perjuangan nih bukan "try and error" dan keikhlasan berjuang tidak boleh dibuat buat.

Lagi satu, kalau nak pilih pemimpin, pilih yang boleh menjadi contoh kepada ahli bawahan yang sering kali berair ketiak bertungkus lumus buat kerja. Jangan pilih topeng topeng yang berselindung di sebalik kopiah putih dan baju Melayu atau jubah. Kita memang mahukan ulama memimpin kita tetapi bukannya golongan yang perasan ulama ataupun lulusan bidang pengajian Islam yang perasan macam hanya dia jer yang ada ilmu manakala orang lain nih jahil belaka.

Berbalik kepada soal pilihanraya kecil tadi. Media secara gila babi telah menyiarkan pelbagai berita yang bersifat fitnah yang menyebutkan Pakatan Rakyat tidak mendapat tempat di Kuala Terengganu kerana Kuala Terengganu adalah kawasan tradisi milik UMNO dan Barisan Nasional. Malah, ada penyokong UMNO kata PAS akan dimalukan di Kuala Terengganu kerana pengundi Kuala Terengganu akan menguburkan PAS.

Pelbagai tekanan dan halangan diwujudkan supapa Pakatan Rakyat tidak dapat menyampaikan maklumat kepada pengundi. DAP yang paling teruk menerima tekanan walaupun bukan DAP yang bertanding. Sungguhpun begitu, petugas DAP tetap komited sehinggalah kemenangan dicapai.

Pihak media dan pemimpin UMNO mendakwa pengundi Kuala Terengganu bersama mereka dan pengundi Kuala Terengganu akan tetap mengundi UMNO dan Barisan Nasional seperti mana yang dilakukan semasa Pilihanraya Umum Ke 12.

Namun, mereka lupa bahawa kali nih Nek Mon sudah tidak ada. Yang ada hanya Mamat Tabligh tu jer. Calon PAS kalah kepada calon UMNO/BN ketika Pilihanraya Umum Ke 12 yang lalu kerana faktor undi simpati kepada Nek Mon tetapi kali ini tidak bertanding lagi kerana tidak ada orang nak sponsor.

Pelbagai cara dibuat oleh UMNO dan Barisan Nasional untuk mengelabui mata pengundi Kuala Terengganu. Diaraknya Ezam 6 Kotak ke sana ke mari. Macam macam. Bila sampai hari mengundi, UMNO/BN kalah. Kalah banyak pula tu.

UMNO/BN kalah di kawasan milik UMNO/BN. Macam mana tu? Kenapa jadi macam tu? Jawapannya sama macam Permatang Pauh. RAKYAT TOLAK UMNO DAN BARISAN NASIONAL.


PILIHANRAYA KECIL PARLIMEN BUKIT GANTANG / DUN BUKIT SELAMBAU / DUN BATANG AI

Aku bertugas di Parlimen Bukit Gantang kerana PAS bertanding di situ. Aku tak pijak pun DUN Bukit Selambau. Hanya ikuti maklumat yang dipaparkan menerusi internet jer. Namun, aku yakin suasana di kedua dua tempat nih sama jer.

Di Bukit Gantang, apa yang UMNO dan BN tak buat ketika kempen? Tabur duit, buat. Bagi beras, buat. Bagi hamper, buat. Ugut pengundi, buat. Pukul petugas PAS, buat. Guna bomoh, buat. Kalau tak percaya, tanya PAS Tambun atau Malek UPU Kawasan JKR. UMNO dan Barisan Nasional buat pemujaan di keliling poster Ir Hj Nizar.

Beli petugas PAS terutamanya petugas daripada Kelab Penyokong PAS, buat. Macam macam UMNO buat. Paling aku tak tahan tu, bila ada petugas PAS Tambun dikejar oleh penyokong UMNO Kg Pak Darus semasa pacak buluh nak bina pintu gerbang di jalan masuk kampung tu. Lari lintang pukang dengarnya.

Lepas tu UMNO naikkan banner tulis SELAMAT DATANG KE KUBU KUAT UMNO. Kuatlah sangat. Dengan pertolongan Allah swt, UPU Kawasan JKR yang merangkumi Kg Pak Darus, PAS menang.

Di UPU Kg Larut Tin pun sama. Penyokong UMNO yang terdiri daripada samseng samseng taik kucing kepung petugas PAS di tengah tengah padang di kampung tersebut hampir tiga jam semata mata nak halang ceramah yang bakal dihadiri oleh Presiden PAS dan beberapa orang pimpinan Pakatan Rakyat.

Memang sakit jiwa masa tu. Takut pun ada tapi jafi makin berani bila samseng samseng tadi makin agresif ala ala babi hutan beranak kecil.

Kampung Larut Tim nih memang UMNO sangat kuat. PAS tak pernah menang dan orang PAS yang terdapat di kampung tersebut memang takut sangat dengan babi babi hutan yang berkeliaran di kampung tu.

Ketua Cawangan PAS Larut Tin pun tak berapa yakin bila aku dengan Ust Wan Termizi Tambun nak buat ceramah di rumah dia. Dia takut orang tak datang. Aku kata takper. Aku dengan Ust Wan Termizi akan ceramah kepada tiang dan pokok. Hj Mail pandang aku atas bawah. Dia memang tak yakin. Aku dengan Ust Wan Termizi ceramah juga !!!! Relax jer.

Kg Larut Tin nih tinggalkan banyak kenangan kepada aku. Nak ceramah pun kena berebut PA system dengan Amiruddin Nasution. Sehari 3 4 kali bertekak. Sampai keluar air mata aku dengan dia. Dia kata PA system tu UPU Kawasan JKR punya. Kalau UPU Kampung Larut Tin nak buat ceramah, cari PA system lain. Mana aku tak hangin satu badan.

Bila keluar keputusan pengundian, PAS menang di UPU Larut Tin. Menang di semua saluran termasuk saluran satu. Inilah yang dinamakan perancangan Allah swt.

Bila keluar keputusan pengundian, PAS menang besar di Bukit Gantang !! Bukit Selambau pun menang besar juga walaupun UMNO/BN taja calon bebas sampai 15 orang.

Kenapa jadi macam tu? Jawapannya mudah. Sama macam Permatang Pauh dan Kuala Terengganu. Rakyat dah nak muntah dengan gelagat hamlau UMNO dan Barisan Nasional.

Tak adil pula rasanya jika aku tak sentuh pilihanraya kecil di DUN Batang Ai di Sarawak. BN menang besar tapi apa nak diherankan kalau BN letak badak sumbu pun badak sumbu tu boleh menang. Maklumat tentang perkembangan semasa memang tak sampai ke sana. So, faham faham sendirilah macam mana skop pemikiran pengundi di sana apabila tak dapat maklumat secukupnya.


PILIHANRAYA KECIL DUN PENANTI

Mula mula UMNO adalah pihak yang paling tergedik gedik minta Sdra Fairus meletakkan jawatan kononnya untuk ketelusan. Bila Sdra Fairus dah letak jawatan, UMNO kata mungkin UMNO tak akan bertanding. Gila babi ker aper nih?

Macam yang aku ulas kat atas tu aku rasa ada benarnya. Sebenarnya, UMNO takut untuk bertanding lagi kerana sukar untuk menerima kekalahan demi kekalahan.

Permatang Pauh milik PKR selepas Pilihanraya Umum Ke 12, UMNO/BN kalah dalam pilihanraya kecil. PKR berjaya pertahankan kemenangan.

Kuala Terengganu milik BN selepas Pilihanraya Umum Ke 12, UMNO/BN kalah dalam pilihanraya kecil. PAS berjaya merampas kerusi Parlimen Kuala Terengganu daripada UMNO/BN.

Bukit Gantang milik PAS selepas Pilihanraya Umum Ke 12, UMNO/BN kalah dalam pilihanraya kecil. PAS berjaya pertahankan kemenangan.

Bukit Selambau milik PKR selepas Pilihanraya Umum Ke 12, UMNO/BN kalah dalam pilihanraya kecil. PKR berjaya pertahankan kemenangan.

Batang Ai milik BN selepas Pilihanraya Umum Ke 12, PKR kalah dalam pilihanraya kecil. BN berjaya pertahankan kemenangan.

Apa maksud semua keputusan pilihanraya kecil ini? Mudah. UMNO dan Barisan Nasional dah jadi bahan muntahan pengundi.

Keimpulannya, beranikah UMNO dan Barisan Nasional membubarkan DUN Perak dan mengadakan semula pilihanraya di semua DUN di negeri Perak? Jawapannya, BERANI JIKA ZAMBRI DAN NAJIB ADA TELOQ.