Aku dapat berita nih daripada blog CINA ISLAM @ YB Drs Khalil Idham Lim. Alhamdulillah. Aku rasa lega. Sekurang kurangnya ada cahaya di hujung terowong walaupun pembubaran tu belum pasti. Nampak macam dah dekat tapi rasa macam jauh jer lagi.
Apa apa pun, aku cuma nak minta ahli-ahli PAS supaya bergantung haraplah kalian kepada Allah swt kerana janji Allah swt pasti benar. Janganlah kita meletakkan harapan secara mutlak kepada manusia walau apa pun pangkatnya kerana dia juga seperti kita.
Darahnya merah juga. Dia juga lapar dan mengantuk seperti kita. Dia juga sihat san sakit seperti kita. Dia juga makan dan minum apa yang kita makan dan apa yang kita minum. Tidak ada beza sama sekali.
Kita adalah ahli jemaah Islam. Janganlah Islam kita itu hanya pada pakaian dan keahlian sahaja. Wujudkan kebesaran Allah swt di hati kita. Hadirkan kekuasaan Allah swt di jiwa kita. Kita solat. Kita puasa. Kita keluarkan zakat. Kita bertilawah. Kita berhaji dan berumrah ke Tanah Suci. Malah “Takbir!!” telah menjadi makanan kita.
Namun, hadirkah Allahu Akbar itu di hati kita? Hadirkah Allah Maha Besar itu dalam tingkah laku dan perbuatan kita? Rasanya, belum lagi. Tepuk dada, tanya iman.
Memang kita marah dan naik angina apabila ada orang kata kita hanya iman kulit sahaja. Boleh bertumbuk dibuatnya. Pernah atau tidak, kita duduk dan fikirkan sejenak soalan “Adakah Allah swt hadir dalam kehidupan seharian kita?”.
Kita solat tetapi Ehsannya di mana? Kita berpuasa tetapi Ehsannya di mana ? Kita berbuat baik sesama manusia tetapi Ehsannya di mana?
Islam? Yes, kita Islam. Iman? Yes, kita beriman. Ehsan? Wallahu a’lam. Kita tahu Allah swt itu wujud tetapi yakinkah kita kewujudannya? Kita tahu Allah swt itu Maha Berkuasa tetapi yakinkah kita kepada kekuasaan-Nya?
Tanyalah kepada diri kita tentang hakikat ini. Kemudian, tanya pula benar benar berimankah kita? Akhir sekali, tanyakan diri kita, layakkah kita menjadi ahli syurga Allah swt?
Oleh itu, berdoalah kepada Allah swt supaya dibuka jalan untuk kita menjadi hamba-Nya dan ummat Rasulullah saw. Berdoalah kepada Allah swt supaya kita tidak tergolong dalam kelompok IMAN KULIT atau IMAN PAKAIAN atau IMAN GAYA sahaja kerana ketiag tiga jenis iman ini akan menghumbankan kita jauh ke dalam neraka yang amat panas dan menyeksakan itu.
No comments:
Post a Comment