Friday, May 22, 2009

ZAMBRI : MB BESAR PERAK YANG MEWAKILI MAHKAMAH DAN BUKAN MENTERI BESAR PERAK YANG MEWAKILI RAKYAT PERAK



Kita masing masing sudah tahu apa keputusan Mahkamah Rayuah. Mahkamah Rayuan mengesahkan Zambri sebagai Menteri Besar Perak. Tidak mengapalah. Biarkanlah mereka dengan dunia mereka.

Pimpinan menyeru kita semua bersabar dan insyaAllah kita akan bersabar sehingga tibanya Pilihanraya Umum Ke 13. Biarkanlah mereka bersuka ria dengan keputusan itu. Masih ada cahaya di hujung terowong. Jangan kita sekali lagi melatah dengan karenah rimba yang mereka amalkan itu.

Sabar ini bukanlah semudah disebut atau semudah dieja. Sabar ini tinggi nilainya dan mahal harganya. Sabar ini hanya mampu dimiliki setelah iman yang kukuh tersemat di dada.

Bukanlah kita tergolong sebagai orang yang sabar sekiranya kita marah marah dengan keputusan Mahkamah Rayuan walaupun kita tahu siapa yang benar siapa yang salah. Jika kita tidak sabar, bererti kita tidak beriman atau iman kkita hanyalah iman gaya atau iman pakaian atau iman lidah sahaja.

Inilah masanya untuk kita contohi sikap Sayyidina Ali Abi Talib dalam kes baju besinya yang mahsyur itu. Janganlah kita hanya pandai bersyarah tentang kes baju besi Sayyidina Ali ini tetapi kita gagal mengambil iktibar daripadanya.

Hasil kesabaran yang ditunjukkan Sayyidina Ali Abi Talib, lelaki Yahudi itu memulangkan semula baju besi tersebut. Begitu juga dengan apa yang berlaku di Perak. Bersabarlah sehingga tibanya Pilihanraya Umum Ke 13 nanti. Rakyat akan memenangkan Pakatan Rakyat seperti mana Sayyidina Ali Abi Talib menerima kembali baju besi miliknya. Anggaplah ini ujian daripada Allah swt untuk memantapkan keyakinan kita kepadanya.

Kemelut di Perak juga sama sifatnya seperti mana sifatnya Isra’ wal Mi’raj. Isra’ wal Mi’raj berlaku diantara tujuannya adalah untuk mengeluarkan individu individu yang berlakon beriman dengan Allah swt dan Rasulullah saw.

Ramai yang terlupa bahawa Muhammad itu Rasulullah saw dan Allah swt itu Maha Berkuasa ketika mana Rasulullah saw memaklumkan tentang Isra’ wal Mi’raj. Sama juga dengan kemelut politik di Perak. Berapa ramai di kalangan kita (ahli PAS) yang meyakini kekuasaan Allah swt semasa berdepan dengan kemelut ini.

Ramai di kalangan kita hanya nampak kekuasaan manusia dan mahkamah sahaja walaupun dimulut sentiasa menyebutkan kekuasaan Allah swt. Kita kelihatan seperti melupakan Maha Melihat, Maha Mengetahui, Maha Mendengar dan Maha Berkuasa yang Allah swt miliki.

Bersabarlah dengan apa yang berlaku. InsyaAllah ada hikmahnya. Muhasabahlah diri kita masing masing kerana boleh jadi kemelut ini adalah istidraj daripada Allah swt kepada kita.

No comments:

Post a Comment