Tuesday, May 26, 2009

LAWAN - JANGAN TAK LAWAN



Pemilihan pimpinan PAS Pusat semakin dekat. Ramai yang menyatakan hasrat untuk bertanding. Ramai juga yang dicalonkan untuk bertanding. Terdapat juga yang mempromosikan diri supaya dicalonkan untuk bertanding.

Walaupun pertandingan itu sihat kerana demokrasi mengizinkannya tetapi adakalanya pertandingan dalam sesebuah jemaah atau gerakan Islan itu dilihat sebagai sedikit cacat kerana konsep syura yang dianjurkan Islam telah ditenggelamkan oleh konsep demokrasi walaupun konsep demokrasi yang diamalkan itu tidak bercanggah dengan Islam.

Apa yang dimaksudkan adalah sikap individu yang menawarkan diri untuk bertanding tidak kira apa jawatan yang ingin direbutkan itu. Kelihatan seperti menjual diri apabila mengadakan sidang media dan sebagainya. Memang benar terdapat kawasan kawasan yang mencalonkan individu individu ini dan pencalonan ini menjadi asas untuk mereka mencuba nasib tetapi tidaklah sampai perlu untuk membuat pengisytiharan untuk bertanding kerana media sememangnya akan menyiarkan senarai individu yang layak bertanding jika tanpa sidang media sekalipun.

Kenapa tidak perlu sampai kepada mengadakan sidang media? Kerana apabila sidang media diadakan, maka pasti sedikit sebanyak perihal penyandang jawatan akan disentuh. Ini akan mewujudkan kekeruhan hubungan walaupun kelihatan seperti tidak ada apa apa yang berlaku kerana penyandang dan perebut jawatan masing berpelukan setiap kali berjumpa.

Yang menjadi mangsa kepada percaturan orang yang di atas adalah orang yang di bawah. Orang yang di bawah terutamanya yang hanya menjadi mujahideen ikut ikutan walaupun berpuluh tahun berada dalam jemaah akan mencanaikan isu yang dibangkitkan walau di mana sahaja mereka berada.

Contohnya, apabila YB Datuk Husam Musa kata YB Ust Nasaruddin terlalu berlembut dengan UMNO dan kelembutan yang keterlaluan ini amat tidak bagus, maka orang yang dibawah akan fahami isu itu sebagai YB Ust Nasaruddin nak bawa PAS masuk UMNO. Secara tidak langsung, fitnah telah timbul akibat daripada cakap cakap yang keluar daripada mulut ketika sidang media.

Betul, YB Datuk Husam Musa tidak berkata begitu. Betul, orang kamu yang memahami begitu dan berkata begitu. Namun, di manakah puncanya sehingga isu YB Ust Nasaruddin nak bawa PAS masuk UMNO ini timbul? Tentulah daripada sidang media YB Datuk Husam Musa.

Semua orang berhak bertanding jika mendapat pencalonan yang mencukupi seperti yang disyaratkan tetapi tanyalah dulu kepada hati sendiri beberapa soalan.

PERTAMA - Apa tujuan aku bertanding? Untuk menaikkan diriku bagi manfaat masa depan diri aku atau untuk masa depan parti?

KEDUA - Di mana lebihnya aku berbanding penyandang yang sekarang? Adakah aku selama ini hanya mengkritik atau aku telah menunjukkan jala tetapi penyandang enggan berubah?

KETIGA - Apa tujuan aku bergabung dengan jemaah ini? Untuk tujuan dakwah? Untuk tujuan politik? Untuk kenyangkan tembolok dan perut sendiri? Atau apa?

Walau apa pun jawapan yang ditemukan, anda hanya punya dua jalan iaitu sama ada jalan ke syurga atau jalan ke neraka.

Tahniah kepada individu yang menarik diri atas tujuan mengurangkan ketegangan seperti Tuan Guru Hj Ahmad Awang, YB uan Guru Hj Hashim Jasin, YB Tuan Guru Hj Daud Iraqi, Prof Tuan Guru Datuk Dr Hj Harun Din, YAB Datuk Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin, YAB Datuk Seri Hj Azizan Razak dan yang lain lain.

Selamat berjuang kepada yang mempertahankan jawatan seperti YB Ust Hj Nasaruddin Mat Isa dan lain lain.

Selamat berjuang juga kepada yang menawarkan diri untuk bertanding seperti Hj Mohammad Sabu, YB Datuk Hj Husam Musa, YB Datuk Hj Mahfuz Omar dan yang lain lain.

Takziah untuk semua yang tidak sabar kerana anda telah berjaya menerapkan budaya UMNGOK ke dalam PAS walau apa sekalipun alasan yang anda berikan.

No comments:

Post a Comment