Thursday, May 14, 2009

PILIHANRAYA KECIL SELURUH PERAK : BERANI ATAU TIDAK ?


Rata rata semua orang bercakap dan bercerita soal pilihanraya. Permatang Pauh, sudah. Kuala Terengganu, sudah. Bukit Gantang, sudah. Bukit Selambau, sudah. Batang Ai, sudah. Penanti, jadi. Bukit Lanjan, kejap jadi kejap tak jadi. Kota Alam Shah, macam jadi tetiba tak jadi.

Yang sebenarnya, semua yang di atas tu tak menarik untuk dibincangkan. Yang menarik untuk dibincangkan adalah jadi atau tak jadi pilihanraya kecil di seluruh negeri Perak.

Hampir semua yang bercakap atau mengeluarkan pendapat atau pandangan berkaitan suasana politik di Perak mengambil pendirian bahawa pembubaran DUN Perak adalah penyelesaian yang terbaik.

PAS, DAP dan tentu juga PKR yang merupakan gabungan Pakatan Rakyat telah lama mendesak diadakan pilihanraya semula di negeri Perak. Beberapa tokoh UMNO dan BN juga mencadangkan sedemikian terutamanya YBM Ku Li. NGO NGO yang tidak bertopeng juga mempunyai pandangan yang sama.

Hanya UMNO jer yang kata tak perlu diadakan semula pilihanraya di Perak kerana telah nyata kerajaan pimpinan YAB Ir Hj Nizar Jamaluddin telah kehilangan mandat daripada rakyat Perak. Kononnya rakyat telah memberikan semula mandat kepada UMNO dan Barisan Nasional untuk memerintah Perak.

Satu jer aku nak cakap. MANDAT KEPALA OTAK KO !!

Mandat untuk memerintah hanya boleh diperolehi menerusi proses pilihanraya yang dijalankan secara telus dan adil menerusi lunas-lunas demokrasi. Mana ada mandat yang terjun dari langit? Mana ada mandat yang diterima dalam mimpi?

Bila masa rakyat beri mandat kepada UMNO danBarisan Nasional? Mandat daripada katak puru yang berendam dalam longkang najis belakang rumah jer yang UMNO dan Barisan Nasional terima. So, tak perlulah nak berkokok panjang. Dah nak termuntah dah nih.

Kalau betul rakyat Perak dah bagi semula mandat kepada UMNO dan Barisan Nasional, kenapa takut nak adakan semula pilihanraya di seluruh negeri Perak? Apsal takut sangat? Apsal banyak sangat dolak dalik? Tak kiralah saper pun yang bagi dolak dalik tu. Perdana Menteri ker, Timbalan Perdana Menteri ker, Menteri ker, SPR ker, Menteri Besar Haram ker, EXCO haram ker, hatta anak haram sekalipun, dolak dalik tetap dolak dalik. Sah sah penakut tahap gaban. Sah sah penakut tahap cipan. Cipan pun mulia daripada gerombolan dubuk spesis dacing nih.

Ada puak puak bengong UMNO nih kata tak perlu buat pilihanraya kecil nih sebab nanti duit banyak habis. Memanglah sebab hampa guna duit rakyat. Memanglah banyak duit habis sebab UMNO tabur duit sana sini. Pakatan Rakyat tak kata apa apa pun, mungkin sebab Pakatan Rakyat takde duit atau mungkin kerana virus yang bernama duit nih belum merebak ke dalam hati dan jiwa Pakatan Rakyat. Kalau ada pun, setakat nih bukanlah atas nama Pakatan Rakyat tetapi atas nama PKR.

Maklumlah, dulu dulu depa nih UMNO. Sekarang nih hanya tukar baju jer tapi akal fikiran dan perangai masih "SERUPA DULU" (baca sebagai UMNO). Yang lompat pun PKR. Yang rasuah seks pun PKR. Yang rasuah kuari pun PKR. Kenapa jadi macam nih? Tanya Pak Syeikh. Dia mesti tahu apa sebab jadi macam nih. Cuma, keegoan masih tinggi untuk mengaku kelemahan diri.

Mengaku kelemahan diri bukan bererti kalah. Mengaku kelemahan diri bukan bererti membuka pekung di dada tetapi lebih kepada membaiki kelemahan diri.

Tajuk nih aku tak nak sentuh sangat. Bukan apa, takut tangan nih susah nak berhenti menaip sebab banyak sangat hal yang boleh disentuh tentang PKR nih.

PKR ker yang salah? Tak. Pimpinan PKR ker yang salah? Yer sebab ada di kalangan pimpinan PKR yang tamak dan munafik. Ahli PKR ker yang salah? Yer sebab ada ahli PKR yang hanya menyampaikan cerita yang muluk muluk jer kepada pimpinan PKR.

Balik semula kepada cerita pilihanraya semula di seluruh negeri Perak. Jika dulu, suara suara yang mahukan pilihanraya semula diadakan hanyalah pihak pihak yang pro Pakatan Rakyat tetapi sekarang nih MCA, Gerakan dan Suhakam pun menyuarakan pandangan yang sama. HANYA PILIHANRAYA SEMULA SAHAJA MAMPU MENYELESAIKAN KEKUSUTAN DI PERAK.

Dulu UMNO kata tidak perlu kepada pilihanraya semula. Cukup sekadar Pakatan Rakyat menyerahkan kuasa kepada Barisan Nasional yang diketua oleh lanun-lanun UMNO tetapi apabila "rakan rakan" sebantal dalam Barisan Nasional pun berpandangan bahawa pilihanraya semula adalah satu satunya jalan terbaik untuk menghuraikan kekusutan di Perak, maka UMNO pun kata hanya Sultan Perak sahaja yang mempunyai kuasa untuk bubarkan DUN Perak.

Aik? Apa nih? Kalau hari tu Mamak Pedukang boleh pi istana jumpa Sultan Perak untuk maklumkan peralihan kuasa (baca sebagai rampasan kuasa) kenapa sekarang tak boleh pula nak ke istana untuk maklumkan kepada Sultan Perak untuk mohon perkenan membubarkan DUN Perak? Sah sah munafik. Hj Hassan kata bukan munafik tapi haramjadah. Nasib baik haramjadah. Kalau ikutkan hati, aku nak panggil anak haram jer kepada puak puak bengong tahap lahanat nih.

Cukup cukuplah wahai lanun lanun sekalian. Rakyat dah muak tahap nak termuntah dah dengan gelagat hamlau korang nih. Sikap dan perangai korang nih dah membuatkan rakyat sakit jiwa. Bukan sakit hati lagi dah.

Hadapilah kenyataan bahawa pintu kubur dah terbuka untuk UMNO. Dah takde orang baik dalam UMNO Perak untuk memulihkan UMNO Perak yang sedang menunggu saat untuk menuju ke kubur tu.

Tajol Rosli, menjamin pengedar dadar yang merupakan orang kuat beliau. Midah Taik Lalat pula menjadi ibu segala samseng yang berkubu di Sungai Rapat. Macam nih ker orang yang rakyat mahukan untuk memimpin negeri dan negara? Kalau jumpa ular dengan Midah Taik Lalat, pukul Midah Taik Lalat tu dulu sebab Midah Taik Lalat nih bukan sekadar bahaya tetapi juga hina, keji serta jijik.

Zambri, bubarkanlah DUN dan bagi semula hak kepada rakyat untuk menentukan kerajaan pilihan mereka. Itu pun jika hang ada teloq.

Buat Bijan, hang toksah risau. Rakyat tak akan suruh hang bubar DUN sebab rakyat tau hang memang takdak teloq.

Aku tak bercadang nak mengomel panjang panjang tentang tajuk nih. Aku yakin semua sahabat aku faham dan maklum sangat dengan suasana politik semasa di negeri Perak.

Yang penting, aku dah pesan awal awal kepada akhi Faizal dan Ust Wan Tambun. Jangan lupa nama aku sebagai salah sorang petugas pilihanraya di Tambun nanti jika pilihanraya seluruh Perak nih jadi. Aku memang sentiasa bersedia untuk kuburkan UMNO walau di mana jua.

Sekian. Wassalam.

No comments:

Post a Comment