Malam nih aku free dan aku bersedia. Dia sampai rumah aku tepat jam 10.30 malam. Aku minta Ayie masuk ke bilik sebab aku nak hanya aku dan Tuan Fadli jer yang ada di ruang tamu nih. Aku dapat rasa Ayie kurang bersetuju dengan permintaan aku tapi apa yang aku boleh buat. Aku takde pilihan. InsyaAllah, adik ku itu akan faham nanti.
Tuan Fadli minta aku bercakap dulu. Dia nak aku luahkan apa yang menyesakkan dada dan kepala aku. Dia sangat nak tahu kenapa kekusutan sebegini berlaku. Lebih lebih lagi kekusutan itu adalah di antara aku dan “abang” aku.
Aku luahkan satu persatu. Bermula daripada soal sukaneka, hari keluarga, perbezaan AJK dan bukan AJK, futsal, perjumpaan dengan JMB, kelas tadika, kelas bimbingan, hubungan dengan DBKL, kenduri kahwin Abang Rais. Macam macam. Aku huraikan satu persatu supaya Tuan Fadli tahu dan faham hal sebenar.
Aku tidak mengharapkan Tuan Fadli menyebelahi aku. Cuma aku nak dia tahu bahawa aku hanya akan berubah jika pihak sebelah sana juga berubah. Jika tidak, jangan harap diri aku akan berubah.
Aku memang kecewa dengan apa yang berlaku. Lebih dari 3 tahun aku membakar diri untuk masyarakat ini. Walau di mana sekalipun, aku pasti penuhi permintaan penduduk di sini. Aku sayang semuanya. Aku sayang penduduk dan KRT yang ada. Inilah dunia aku dan tidak ada sesiapa pun yang akan berjaya pisahkan aku dengan duniaku ini melainkan Allah swt putuskan sebaliknya.
Buat “abang”ku, tidak mengapalah. Sebagai adik, aku mengalah. Biarpun persaudaraan ini nampak seperti gagal untuk diselamatkan lagi, aku redha. Allah Maha Mengetahui. Tunggu keputusan di Mahsyar. Biarlah apa orang nak kata kepada aku di dunia nih. Aku tidak akan jawab walau satu pun pertuduhan “abang”ku kerana dia “abang”ku dunia akhirat.
Aku doakan dia bahagia dan keluarganya juga dipenuhi keberkatan dan rahmat Allah swt. Hati kecil aku gagal membendung kesedihan walaupun luarannya kelihatan aku seperti tidak apa apa.
Lama aku luahkan perasaan. Bermula 10.30 malam sampailah 1.30 pagi. Aku ingatkan Tuan Fadli nak bercakap selepas tu tapi dia hanya minta aku jangan tarik diri kerana dia tahu apa yang sewajarnya dilakukan.
Pada aku, aku tidak akan tarik diri tetapi untuk bergiat seperti dulu, mungkin tidak kot. Cukuplah dengan segala fitnah yang ada. Aku akan telan semuanya walaupun pahit.
Untuk makhluk-makhluk itu, tunggu aku di Mahsyar. Aku akan dakwa kalian di hadapan Allah swt. Aku akan tetap menuntut hak aku sampai ke hadapan Allah swt walau siapa pun kalian. Tidak mungkin kalian mampu berlakon sampai ke Mahsyar.
Thursday, May 21, 2009
AKU WAKAFKAN DIRI INI UNTUK MASYARAKAT
Tadi Tuan Fadli datang umah aku. Dah banyak kali Tuan Fadli minta aku peruntukkan sedikit masa untuk berbincang dengan dia tentang masalah yang timbul. Sebelum nih bukan aku tak bersedia, cuma panas di hati belum reda.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment