Pagi tadi aku buka blog adukataruna.blogspot, aku jumpa satu artikel yang beliau olah semula tentang almarhum Ust Fadhil. Air mata aku tak semena mena meleleh. Aku rindu Ust Fadhil. Aku teringat Ust Fadhil. Satu persatu kenangan Ust Fadhil muncul di depan mataku.
Aku kenal perjuangan PAS secara jelas menerusi Ust Fadhil. Terima kasih kepada Rasydan dan Muhaimeen yang kenalkan aku kepada Ust Fadhil ketika mula mula aku pijak universiti dulu.
Hampir setiap minggu, pasti ada nasihat yang Ust Fadhil titipkan kepada kami bertiga. Paling kurang pun Ust Fadhil akan pesan “Tunaikan solat kerana solat itu amanah Allah swt supaya kita layak digelar hamba-Nya”.
Ust Fadhil pesan – “Jangan masuk PAS kalau hampa cari dunia. Jangan panggil diri hampa pejuang Islam kalau hampa nak manusia puji hampa. Hampa jangan dok perasan macam hampa ulama kalau perjuangan hampa hanya setakat serban, jubah dan kopiah”.
“PAS bukan untuk orang yang buru dunia. PAS adalah untuk orang yang buru akhirat. Hidup mulia atau mati syahid. Mati beriman. Hidup bermaruah. Minta ampun dengan Allah Ta’ala kalau ada buat dosa tapi jangan putus asa dengan Allah Ta’ala”.
“Mana ada manusia tak pernah buat dosa? Rasulullah saw jadi ma’sum sebab Allah Ta’ala belah dada dia. Dia manusia pilihan Allah Ta’ala untuk didik dan selamatkan kita semua. Dia kekasih Allah Ta’ala. Jangan dok pikiaq, ooooo kita banyak dosa, kita banyak dosa, lepas terus lupakan perjuangan”.
“Baca, faham dan kaji sejarah Umar al-Khattab. Baca sejarah Khalid al-Walid. Baca, faham dan kaji. Semua pernah lawan Islam tapi lepas depa taubat, mereka jadi orang orang yang mati hidup dengan Islam. Dosa hampa tentu bukan dosa lawan Islam. Dosa depa nih dosa lawan Islam. Allah Ta’ala terima depa dan bagi penghormatan kepada depa”.
“Yang penting, minta ampun dengan Allah Ta’ala walau di mana hampa berada. Allah Ta’ala Maha Mendengar. Hampa minta, InsyaAllah, Allah Ta’ala akan bagi. Dia bukan zalim atau kedekut macam manusia”.
“Jangan dok cari salah orang lain. Cermin diri sendiri dulu. Diri sendiri tu pun belum tentu masuk syurga. Jangan pertikai latar belakang orang lain. Jangan dok bahas iman orang lain. Jangan dok debat amalan orang lain. Tak pasai pasai masuk neraka pasai dok sibuk pasai orang lain. Cermin diri kalau nak masuk syurga. Syurga nih bukan hak milik sapa sapa. Jadi, toksah dok nilai iman dan amalan orang lain”.
Itu antara nasihat Ust Fadhil yang aku catatkan dalam buku catatan aku lebih kurang 11 tahun yang lalu. Aku simpan buku tu sampai hari nih. Kalau aku nak tulis semuanya di sini, rasanya esok pun belum tentu habis.
Alangkah leganya jika Ust Fadhil masih bersama kita di saat ini. Alangkah bahagianya jika Ust Fadhil masih memimpin kita hari ni. Bukan maksud aku untuk kata pimpinan yang ada nih kurang cerdik tetapi takde sorang pun yang memimpin seperti Ust Fadhil walaupun semuanya sibuk nak dakwa merekalah anak didik Ust Fadhil.
Bab protokol pun dah cukup. Ust Fadhil hidup tanpa protokol walaupun dengan ahli biasa tapi yang dok ada laa nih kalau dengan ahli biasa nih senyum pun plastik. Bersembang jauh sekalilah. Bermula daripada YDP Kawasan sampailah yang atas atas, kalau 10 orang, 8 orang confirmed senyum plastik dengan ahli biasa. Kalau tak percaya, tengok jer ketika pilihanraya kecil.
Ya Allah, rahmatilah almarhum Ust Fadhil. Bangkitkanlah dia bersama sama dengan Rasulullah saw di sisi-Mu. Kurniakanlah syurga kepadanya”.
Catatan di bawah nih adalah artikel yang aku copy daripada blog adukataruna.blogspot. pada aku, artikel nih cukup bermakna untuk direnungi dan difahami di saat saat PAS berada dalam keadaan seperti sekarang.
Sebelum gua cerita, sumber yang gua ambil ni tak terlibat langsung dalam corak tulisan dan fikrah gua. Cuma gua nak rakam benda sedih berharga ni dalam blog gua.
Masa dulu gua lagi berdarah panas dari ini. Memang suka melawan punya. Walau gua masih belum menjadi penulis nyamuk, tp hati gua tak pernah memberontak akan Ostad Fadhil.
Gua follow jer seni orang tua ni. Macam follow citer CSI kekadang. Tak bosan beb. Ada jer isu panas, memang gua beli Harakah punya. Masa tu internet2 ni gua belum heavy lagi. Tujuannya, nak baca kenyataan Ostad.
Dapat jer kenyataan Ostad, gua ada guide line beb. Member tanya ke, bertekak dengan sesiapa pun gua kompiden. Punya lapang kepala otak gua. Memangla ada kala tak setuju, tapi kebanyakannya best. Laju giler.
Zaman tu macam mustahil penyokong PAS dibiarkan teraba-raba terlalu lama. Cepat gile settle. Isu A keluar pagi, lewat petang Ostad dah bagi penjelasan. Kepala otak laju giler. Perwatakan sempoi.
Semua tu hanya kenangan gua. Lepas Subuh ni, gua boleh terbaca pulak benda alah ni. Teringat fasa dulu.
Manusia tetap ada kelemahan. Walaupun beliau banyak kelemahan kerana sifatnya sebagai manusia, saya lihat sedikit sebanyak almarhum Ustaz Fadhil Noor memenuhi ciri ciri itu.
1. Tak lupa Allah bila melihat dunia
Hampa ingat orang tak umpan Ustaz Fadzil dengan macam-macam benda? Selepas 29 Mac 1982 bila Anwar mengkhianati rising tide of Islam di negara ini, tergedik-gedik kawan-kawan Anwar menggelinjang dalam Umno. Waktu itu, selepas Anwar, Ustaz Fadzillah yang paling diidamkan untuk menjadi panglima pembunuh rising tide of Islam. Kalau setakat orang-orang Abim yang lain, taraf nasi tambah ja depa tu!
Saya tahu pelbagai umpan yang terhidang di depan Ustaz Fadzil, sesetengahnya atas nama ulama Pak Arab mana aku pun tak tau. Tetapi, Ustaz Fadzil tetap istiqamah dengan perjuangan Islam sehingga ke akhir hayatnya.
2. Tak jakun dunia
Hidup Almarhum sangat sederhana. Dan, tidak pula kedekut taik idung masin. Tak bina istana walaupun berlambak korporat yang nak sponsor kereta dan rumah lebih selesa kepadanya. Seingat saya, harta paling banyak yang dia perolehi adalah apabila beliau menyaman pihak yang menganiayai atau memfitnahnya. Sebelum dapat duit saman, dok pakai kereta Mazda kecik yang buruk tu lah!
Selepas dipecat sebagai pensyarah UTM, saya tak lupa Kak Jah isterinya jual asam keping dan beras pulut kerana nak cari rezki dan Allahyarham Pak Mat Jawa pula tolong jual kain pelikat dan batik untuk Ustaz Fadzil.
Bila dia jadi Ketua Pembangkang, memang dia pakai Mercedez terpakai, tetapi berhutang. Bila beliau kembali ke pengkuan Kekasihnya, hutang tak habis bayar lagi dan anak-anak dia tolak balik kereta tu.
Saya malas nak sebut ulasan-ulasan spontan Ustaz Fadzil terhadap orang-orang yang mewajarkan tindakan mereka pakai kereta mewah dan duduk hotel mewah. Takut ada yang terkena pula.
3. Sahabat rakyat
Saya tak ingat siapa sebut kat saya. Tetapi orang tu kata, "Semua orang rasa dia rapat dengan Ustaz Fadzil". Dalam ayat saya sendiri, saya selalu kata, "Ustaz Fadzil ni jenis orang yang kita rasa kita boleh pegang-pegang dia. Kita rasa rapat sangat dengan dia. Padahal, takkan Ustaz Fadzil rapat dengan bakaq!"
Itu illustrasi saya tentang Ustaz Fadzil. Kalau hampa tak faham, jangan nak kona-kona cakap aku!
4. Rajin
Orang tua tu tua atas jalan, tak rajin apanya! Hampa tau ka apa maksud tua atas jalan? Maknanya tak lekat di rumah, dok pi sana sini kerana nak ajak orang sokong perjuangan Islam, nak kuatkan PAS, apa saja kerana Allah. Maksudnya, sebahagian besar usianya dihaabiskan dalam perjalanan kerana berjuang.
5. Berani
Antara pemimpin PAS yang paling kuat maki polis yang kurang ajar ialah Ustaz Fadzil. Hampa mungkin tak pernah dengar pemimpin PAS yang cakap pandai tapi tanya ada permit ke tidak bila orang jemput berceramah. Ustaz Fadzil tak peduli semua itu. Kalau Pemuda PAS Kedah umpamanya kata "kita langgar ja, Ustaz," dia langgar.
Ada pemimpin yang suruh Pemuda PAS Kedah ubah tempat ceramah kerana takut kat polis. Ustaz Fadzil tak peduli semua itu. Setakat polis jaga road block selalu kena jerkah dengan dia, "Tepi! Orang nak pi ceramah ni!"
Saya tak lupa kata-katanya ketika berceramah sempena Muktamar PAS di Dewan KIA, Alor Setar pada tahun 1984, "Umno ni kita nampak kecik ja!"
Sebab itulah, apabila disembur oleh polis dengan air beracun yang celaka di hadapan kedutaan Amerika Syarikat, dia tak berganjak.
6. Ada otak
Haji Subky Latiff pernah menceritakan kepada saya bahawa ketika mesyuarat AJK PAS Pusat menemui jalan buntu, Ustaz Fadzil ada saja curahan idea dari Allah s.w.t. yang bersandarkan nas. Otak dia ligat!
Kalau berdebat, banyak orang boleh bercerita kelincahannya berdebat.
Setakat tu la cerita Almarhum.
Akhir sekali, pilihlah pemimpin yang diyakini boleh memartabatkan PAS sebagai parti politik berteraskan Islam.
No comments:
Post a Comment