Ada sahabat bertanya kenapa lama aku tak menulis. Maksud beliau, kenapa aku dah tak tulis artikel lagi. Asyik copy and paste jer. Jawapan aku mudah --> Kalau tulis pun sama gak. Isunya tetap sama.
Apa yang pasti, sekarang aku lebih bebas menulis kerana aku tidak lagi terikat secara "dekat" dengan mana mana individu mahupun mana mana pertubuhan sama ada pertubuhan politik atau NGO.
Jadi, kalau ada yang berasa hati atau terluka hati atau tersinggung perasaan dengan apa yang aku tulis, aku minta maaf awal awal. Bukan tujuan aku nak buat kalian sakit hati tapi kalau kalian sakit hati maknanya kalian adalah golongan yang makan cili sebab tu kalian terasa pedas. Kepada yang tak makan cili, boleh jadi kalian makan nangka sebab tu kalian kena getah.
No comments:
Post a Comment