Wednesday, December 16, 2009

BOLEH JADI KITA MENANG DI DUNIA TETAPI DI AKHIRAT BELUM TENTU



Ini email yang aku dapat jap tadi. Email ni aku dapat dari sorang sahabat yang selalu bercanggah pandangan dengan aku. Akhir akhir nih kami berbalah soal kemelut Kelantan.

Perbalahan di alam maya langsung tidak memberikan kesan kepada persahabatn kami walaupun sering bertukar tukar perkataan kurang enak di alam maya.


Walaupun sahabat aku nih izinkan aku siarkan emailnya tetapi aku tak siarkan kerana pada aku ini hal peribadi antara aku dan dia.


Lepas Zohor tadi, dia call aku. Minta aku siar jugak jugak. Takperlah. Aku siarkan.
Ini emailnya.


Salam PS,

First, aku nak minta maaf dari ko sebab aku joined group bloggers yang menentang ko. Memang aku pilih untuk berada dengan group ini kerana aku kenal mereka mereka ni lebih dulu sebelum aku kenal ko.

Kita kenal di Bagan Pinang. Walaupun dunia kita berbeza, penampilan dan cara hidup kita berbeza tetapi ko tak hadkan pergaulan ko dengan insan yang macam aku.

Dari situ aku dapat rasa ko jujur dalam banyak hal walaupun ko ada kelemahan.


PS,
Memang aku marah bila ko hentam Husam. Husam pun macam ko juga. Ada kelebihan dan ada kelemahan. Ko cuma tumpukan kepada kelemahan Husam dan ko langsung melupakan kelebihan dan jasa Husam. Itu tak patutlah PS.

Aku tak kisah sangat kalau ko nak tembak Husam tapi bagilah juga peluang untuk dia menjawab. Ko patut siarkan juga jawapan dan hujah Husam seperti mana ko julang tinggi menantu TGNA tu.
Itu baru adil.

Aku simpati tengok ko kena hentam. Walaupun pada ko, aku ni entah sape sape tapi pada aku ko ada something special yang aku boleh tiru. Mantik ko aku suka. Mantik ko biasanya tak lari dari hakikat sebenar. Kalau lari pun takdelah jauh sangat.


PS,


Aku akan tunaikan permintaan ko. Sebagai sahabat, wajib bagi aku untuk bantu ko di saat ko dihentam secara sembrono oleh rakan rakan aku.

Lama aku baca sms yang ko sent pagi tadi. Aku baca berulang kali. Aku nampak kejujuran dan kesungguhan ko dalam membela kebenaran.

Cuma, boleh jadi ko memilih jalan sukar dalam menulis manakala aku pula memilih untuk berada dalam group otai.

Mengenai tulisan rakan rakan aku yang tersiar di blog mereka dua tiga hari yang lepas tu (seperti yang ko tanya), aku akan jelaskan kepada ko.

Tulisan albakistani tu ada benarnya walaupun olahan cerita tu menjadikan tulisan tu menjadi tulisan yang extreme.

Albakistani cuba untuk menerangkan apa yang berlaku malam tu. Tapi aku tak tahu apsal dia siarkan benda tu. Pada aku, benda tu peribadi dan tak patut disiarkan kecuali dengan maksud tertentu.
Apa yang dia kata tu betul walaupun cara olahan tu sedikit silap.

Mengenai zainulfaqar, aku tak nak komen apa apa terutamanya sikap dia. Macam ko sebut dalam sms, kita serahkan kepada Allah swt.


Waktu rakan rakan aku bertemu dengan menantu TGNA, aku takde di kl.
Jadi, malam tu aku tak ikut mereka jumpa menantu TGNA. Memang mereka provoke menantu TGNA. Aku simpati sebenarnya dengan menantu TGNA ni. Cuma dia ni arrogant sangat. PR dia tak sebagus Husam.

Aku tahu menantu TGNA datang kl kerana ada urusan lain tapi dia ambil kesempatan untuk jumpa penarikbeca sebab penarikbeca tulis macam macam tentang isu PMBK.


Aku pun hairan macam mana penarikbeca boleh bawa suku kaum 4 5 orang. Suku kaum yang hadir tu pula memang selama ni pro Husam.


Ko kenal wanjo@jiwoklate? Takkan pinkturtle tak intro kpd ko? Dia ni memang pro Husam.


Kalau ko perasan, masa kick hentam menantu TGNA, rakan rakan aku ni ada lancarkan perang kepada kick tak? Takde kan? Kenapa bila ko bagi ruang kpd menantu TGNA, mereka perangi ko? Lu fikirlah sendiri.


Lagi satu, ko bgtau dengan menantu TGNA, kami banyak dapat maklumat dalaman daripada SETPOL. Dia ni SB kami dalam kes ni.
Ko tahu tak TGNA panggil dia dan tanya tentang kononnya ada 3 bloggers belasah menantu TGNA?

Dia cerita kat TGNA, menantu TGNA kena belasah dengan 3 bloggers di KL. Dia tak bgtau belasah tu hanya dari sudut penulisan.
Bila TGNA panggil dan tanya dia, dia menggeletar.

Rupanya menggeletar tu pun pura pura juga sebab apa yang berlaku waktu TGNA panggil dia tu dia bocorkan kepada otai otai.


SETPOL tak bgtau perkara sebenar kepada TGNA dan dalam masa yang sama SETPOL tak bgtau hal sebenar kepada otai otai. Dia banyak sorok maklumat. Maklumat yang boleh buat dia dipuja, dia dedah. Maklumat yang boleh buat dia dilihat salah, dia simpan baik baik.


PS,


Ramai yang rancang nak musnahkan ko. Mereka nak ko berhenti menulis.

Walaupun aku ni jenis tak sembahyang, aku doakan ko sentiasa dipelihara oleh Allah Ta'ala.
Ko jangan anggap aku musuh walaupun kita berbeza pandangan dalam banyak hal.

Aku izinkan ko siarkan email aku nih kerana aku pun dah tak tahan diperkudakan.


PS, take care.

3 comments:

  1. entah ape2 la korang ni,kami pembaca,pengundi dan pro pakatan cuma mahu org yg berpandangan jauh,berkarisma dan jujur menerajui pimpinan atasan tak kira apa parti.

    kalau dalam PAS antaranya adalah YB husam so korang punya pasal la kelantan ke apa,yg aku tau di kalantan hanya tgna dan husan yg di terima ramai di peringkat national.

    so korang nak tergeliat sana sani nyokong org macam arif ke siapa ke,lantak korang.

    ReplyDelete
  2. apasal ko tak sembahyang...manyak bahaya oooo..!!politik 2 juga bro...mana penting solat dgn politik?
    lu pikir la sendiri

    ReplyDelete
  3. Bukan aku yang tak solatlah.

    Ketua Polis...cuba u baca betul betul.

    Yang tak jaga solat tu aku atau si pengirim email tu.....

    ReplyDelete