Wednesday, December 16, 2009

ISUNYA - 20 MP PAKATAN TIDAK HADIR - JANGAN TUKAR TAJUK



Kerajaan Pusat hampir dimalukan dan hampir tersungkur di Parlimen pada malam 14 Disember 2009 yang lalu. Semuanya gara gara sikap sambil lewa kebanyakan Ahli Parlimen (MP) tentang betapa pentingnya menghadirkan diri ke Dewan Rakyat.

Gara gara budaya ponteng ini telah menyelamatkan kerajaan Pusat pimpinan BN darupada tumbang.

Seramai 20 orang MP Pakatan telah gagal hadir ke perbahasan budget bagi Kementerian Dalam Negeri dan "pontengnya" mereka ini telah menyelamatkan BN daripada dimalukan.

Sesuatu perlu dilakukan sama ada mengarahkan 20 MP ini memberikan surat tunjuk sebab atau sebagainya bagi menjelaskan ketidakhadiran mereka.

Bagi pihak Pakatan, ini isunya.

Oleh itu, janganlah ada pula yang mengalihkan isu 20 MP Pakatan gagal hadir ini menjadikan 70 MP BN telah gagal hadir dan mungkin mereka memboikot budget Najib.

Jaga rumahtangga kita yang sudah hampir bercerai ini sebelum kita sibuk bercakap soal jiran jiran.

3 comments:

  1. betul2 banyak betulll..saper2 berani tukar tajuk aku potong...!!!
    hukuman harus diberikan pada 20mp yang tak berdisiplin itu

    ReplyDelete
  2. disebabkan 20 orang ni, nasib rakyat malaysia tahun depan kabur...
    kerajaan najib yg dah takde duit, akan dipacu oleh cukai ke atas rakyat...
    korang tanggung laa...

    gejala ponteng hanya dibuat oleh orang yg besar kepala...
    sama macam budak sekolah...
    budak sekolah ponteng sebab diorang dah besar kepala...

    ReplyDelete
  3. bkan 20 la......17 mp adalah pkr dap.....mp pas 5...22 la....

    ReplyDelete