Wednesday, December 2, 2009

TERIMA KASIH KEPADA KERABU BERSUARA - TRIBUTE TO DR BURHANUDDIN AL-HELMI



Dr. Burhanuddin Al-Helmi

1. Dr. Burhanuddin bin Muhammad Nor Al-Helmi dilahirkan pada tahun 1911 di Kampung Changkat Tualang, Mukim Kota Bharu, Gopeng, Perak.

2. Beliau adalah Yang DiPertua Agong PAS ketiga selepas Haji Ahmad Fuad Hassan (1951 – 1953) dan Dr. Haji Abbas Alias (1953 – 1956).

3. Dr. Burhanuddin telah memimpin PAS dari tahun 1956 sehingga 1969. Sepanjang tahun kepimpinannya, PAS telah melonjak sebagai sebuah parti politik yang signifikan di arus perdana. Kerusi Dewan Rakyat yang dimenangi oleh PAS juga telah meningkat secara mendadak dalam Pilihanraya Umum 1959 iaitu sebanyak 13 kerusi. Sebelum itu (1955), PAS hanya memenangi 1 kerusi dalam Dewan Rakyat.

4. Pada tahun 1959 juga, PAS telah berjaya menawan dua buah negeri iaitu Kelantan dan Terengganu.

5. Dr. Burhanuddin telah dipilih sebagai Yang DiPetua Agong PAS selepas 11 hari beliau menjadi ahli PAS. Dr Burhanuddin mendaftar sebagai ahli pada 14 Disember 1956 dan diangkat menjadi Yang DiPertua Agong PAS pada 25 Disember 1956. Perlantikan beliau walaupun mendapat tentangan kecil daripada ahli, namun akhirnya diterima dengan hati yang terbuka.

6. Tentangan kecil itu wujud kerana Dr Burhanuddin Al Helmi dikenali sebagai tokoh aliran kiri yang dilihat turut sama memperjuangkan semangat Nasionalisme. Beliau juga rapat dengan tokoh aliran Sosialis seperti Ahmad Boestamam dan Mokhtaruddin Lasso. Sebelum dipecat dalam perhimpunan parti PKMM, Dr Burhanuddin adalah Pengerusi parti tersebut. Oleh sebab itu, segelintir ahli PAS bimbang jika Dr Burhanuddin menerajui PAS dengan dasar yang menyimpang daripada dasar sedia ada – iaitu Islam.

7. Perlantikan seorang ketua parti dari kalangan ahli yang belum pun cukup setahun tempoh menjadi ahli adalah suatu yang sangat aneh pada masa ini. Apatah lagi 11 hari!

8. Ia jelas merupakah keterbukaan yang luarbiasa yang diamalkan oleh ahli-ahli parti PAS pada setengah abad yang lalu.

9. Malangnya, pada hari ini, keterbukaan sebegitu sudah lama terkubur.

10. Kerana dihantui bayang-bayang sendiri, PAS telah beransur-ansur menjadi sebuah parti yang semakin tertutup.

11. Melantik seorang yang baru menjadi ahli sebagai Presiden parti adalah perkara yang mustahil pada hari ini. Lebih parah, melantik seseorang yang di luar lajur konservatisme parti juga adalah perkara mustahil pada masa ini.

12. Nasib Datuk Husam Musa adalah contoh yang sesuai. Beliau telahpun menjadi ahli PAS selama lebih 30 tahun. Beliau pernah menjadi ‘tulang belakang’ MB Kelantan sewaktu PAS masih mentah dalam memimpin Kelantan. Beliau juga adalah newsmaker parti yang paling berbisa sehingga hari ini. Lihat sahaja bagaimana isu royalti minyak Kelantan yang beliau cetuskan. Ia nyata memaksa Perdana Menteri datang menjawab sendiri di Dewan Rakyat. Banyak lagi jasa dan keupayaan sosok tubuh seorang manusia yang bernama Husam Musa itu.

13. Namun, semua track record dan sumbangan itu tidak sedikitpun mampu mengurangkan rasa prejudis ahli parti PAS terhadap beliau bilamana beliau memilih untuk tidak bersetuju dengan beberapa keputusan pucuk pimpinan parti. Lebih malang apabila beliau dilabel gilakan pangkat dan mahu merosakkan tradisi parti gara-gara menawarkan diri untuk bertanding sebagai Timbalan Presiden parti beberapa bulan lalu.

14. Sehingga ke hari ini, usaha menjatuhkan Husam Musa sekaligus menguburkan karier politik beliau masih berlaku dengan gigihnya. Sangat malang apabila usaha itu dilakukan oleh ahli-ahli parti yang telah ditarbiyah sekian lama.

15. Amatlah malang jika individu berpotensi dicantas dan dibuang manakala parti dibiarkan terpimpin oleh individu yang kurang berkebolehan.

16. Pada tahun 1956, ahli-ahli PAS telah membuat suatu keputusan yang sangat pragmatik walaupun berisiko. Telahan bahawa Dr Burhanuddin akan menyebabkan PAS punah-ranah nyata meleset. Sebaliknya, PAS menjadi sebuah parti pembangkang yang paling kuat untuk menyaingi Perikatan. Lebih kuat berbanding Parti Negara pimpinan Dato’ Onn Jaafar.

17. Pada hari ini, ahli PAS sudah menjadi sangat takut untuk membiarkan seorang yang berkebolehan untuk menerajui parti hanya semata-mata orang itu bukanlah dari jalur ulama’ yang berserban dan berjubah. Ahli PAS akan hanya selesa jika parti dipimpin oleh golongan yang diterima sebagai ulama’. Ahli PAS hanya akan selesa jika parti diurus dengan cara yang konservatif.

18. Rasa selesa itu sememangnya akan menjadikan ahli-ahli PAS tersebut tidur malam dengan nyenyak.

19. Tidur malam yang nyenyak adalah sangat penting walaupun parti akan terus berada di takuk yang lama.

20 Jika semua ini terus berlaku, PAS dijangka akan tetap kekal menjadi pembangkang beberapa tahun yang akan datang, walaupun pada ketika itu parti UMNO mungkin sudah terkubur.

21. Segala-galanya adalah bergantung kepada ahli parti. Untuk menang, kita mesti berani membuat perubahan. Perubahan adalah milik pejuang yang melihat maju ke hadapan, bukan bagi ahli parti yang masih berpaling ke belakang.

22. Al Fatihah buat Allahyarham Dr. Burhanuddin Al Helmi.

www.kerabubersuara.blogspot.com



ULASAN :

Pertama
PAS sekarang bukan lagi sebuah Gerakan Islam tetapi lebih kepada sebuah parti politik

Kedua
Adakalanya PAS takut pada bayang bayang sendiri.

Ketiga
PAS sudah dimilikperibadikan oleh pimpian yang ada tidak kira pimpian yang dilantik mahupun pimpinan yang dipilih.

Keempat
Salah faham terhadap golongan ulama - setiap lulusan bidang agama adalah dianggap ulama.

Kelima
Pimpinan PAS yang sekarang gagal untuk mengaku kelemahan diri dan gagal untuk mengiktoraf kelebihan orang lain baik yang berada di dalam PAS mahupun yang berada di luar PAS.

Keenam
PAS gagal untuk menjemput ahli akademik tertentu untuk menyertai PAS - tidak tahu kenapa jadi begitu.

Ketujuh
PAS gagal dalam membentuk sistem tarbiyyah haraki yang mantap walaupun terdapat ribuan lulusan bidang agama di dalam PAS.

Kelapan
PAS yang ada pada hari ini gagal untuk memanfaatkan pimpinan bawahan yang berpotensi kerana terikat dengan hieraki kepartian yang dipesongkan.

Kesembilan
Ulama wajar dihargai, dihormati dan diraikan - bukannya dirahibkan.

20 comments:

  1. Finally, you come back with good comments....

    Semoga perjuanganmu diberkati Allah....
    Berjuanglah utk Islam.....

    Berpesan2 lah dgn kebenaran dan kesabaran....

    Anok Pak Do Guchil

    ReplyDelete
  2. Anok Pak Do Guchil,

    Ana tak kenal anta dan anta pun kenal ana di alam maya jer.

    Dulu ada blogger bgtau ana yang anta nih kickdefella tapi ana tak ambil pusing pun semua hal tu

    Ana tak mungkin dibeli oleh mana mana blogger pun.

    ReplyDelete
  3. Anok Pak Do Guchil,

    Thanks juga atas komen u tu.

    ReplyDelete
  4. Ana ni sebenarnya peminat blog anta sampailah post anta yg berbentuk ancaman kepada individu tertentu utk individu tertentu barulah ana cuba bagi nasihat kepada anta... kalu anta tak percaya anta tgk blog ana... byk ana copy dari blog anta.... Ana ni cuma ahli PAS yg sibuk waktu ader pilihanraya jer(meramaikan org jer)...


    Fitnah org memg dasyat...

    ReplyDelete
  5. ANON 1:14....Thanks atas minat dan nasihat anta. Apa URL blog anta?

    ReplyDelete
  6. lepas baca journal di atas, sy dapati semacam ada sesuatu yg dahsyat menyebabkan ramai pimpinan pas yg tak suka husam utk ganti mb (walau dgr cite mb sukakan dia). kenapa ek? boleh tolong ulas sikit.

    //ptrjy

    ReplyDelete
  7. ANON 2:42,

    Sama ada pimpinan PAS suka atau tidak suka dengan Husam, itu suatu cerita yang lain.

    Begitu juga sama ada Tok Guru suka atau tidak suka dengan Husam, itu juga soal yang lain.

    Soalnya, mana suara beliau dalam isu PMBK terutamanya ketika kickdefella "menembak Arifahmi tetapi membunuh Tok Guru"?

    Beliau hanya bersuara pada tajuk "Siapa pengganti MB Kelantan? dengan menyatakan keengganan beliau untuk menduduki kerusi tersebut sekiranya dicalonkan.

    Bukan itu yang kita mahu dengar. Yang kita mahu tahu adalah apa pendirian Husam tentang "gerak kerja kickdefella".

    Itu sahaja.

    ReplyDelete
  8. Jika mahu dikaitkan dengan kurang selesanya pimpinan PAS Pusat terhadap beliau, boleh jadi kerana beliau jarang sekali sealiran dengan pimpinan PAS Pusat. Lebih lebih lagi hal yang berkaitan UG.

    Kita tahu walau siapa pun Husam, di lubuk hatinya tetap ada rasa kasih dan cinta yang tinggi kepada Islam, jihad dan Tok Guru Hj Nik Aziz.

    Silapnya, beliau memilih seorang pembantu yang sangat tidak sesuai dan kemudiannya beliau termakan racun yang dihidangkan bersama sama madu yang disajikan oleh pembantu tersebut.

    ReplyDelete
  9. hari tu saudara pemburu syahid menghentam husam musa mcm dh tak ada hari dah, sampai saudara sebut kencing tak lawas, husam musa dah habis penat jerih menjadi tulang belakang Tok Guru, tapi angkara seorang pengikut dia habis modal saudara terajang dia, jgn kita lupa jasa beliau pada pas, saya harap sangat saudara memohon maaf atas ketelanjuran saudara hentam dia tempohari, sekali tersilap bukan selamanya silap, kalau saya silap saya mohon maaf atas komen saya ni.

    ReplyDelete
  10. Saya masih berpendirian saya tidak terkhilaf dlm soal tersebut.

    Cuma, pandangan di atas itu, pada saya, adalah satu pandangan yg adil bg semua pihak.

    ReplyDelete
  11. pada saya, soal pendirian husam ke atas kickdefella juga adalah soal lain.

    tak perlu dan tak penting untuk dijelaskan memandangkan mamat tu dah jelas berpatah arang dgn tok guru sejak mula exploit isu pmbk.

    kalau jawab pon memang kena kutuk juga (x kira la nafi ke setuju ke).

    walaupun dikatakan husam membawa masuk mamat tu bukan bermakna husam mesti bertanggungjawab jika berlaku perubahan perangai (masok antu) ke atas mamat tu secara tiba2.

    kalau macam tu, maka GAMPANGLAH pimpinan pas dulu yg membawa masuk dato' asri (sehingga menjadi ydp), nakhaei yg banyak memburukkan pas semasa berada di luar.

    hati mamat tu jelas tidak boleh dikawal. hanya berserah kpd allah.

    //ptrjy

    ReplyDelete
  12. Memang betul Husam tidak boleh disalahkan 100% di atas apa yang kickdefella buat tetapi at least Husam tahu macam mana nak buat dia diam.

    But, it's ok. Sekarang dah diam dah. U all jer yang dok berbunyi lagi.

    ReplyDelete
  13. salam ps..

    ambo lewat dalam mengulas benda...cepat sgt posting artikel yg baru..

    kenapa husam dikatakan pilih pembantu yg salah?

    hujoh ambo..kerana jika kita ambik semua yang menyokong aliran kita..kita tak kan jumpa kelemahan kita..kita akan syok sendiri..nak kenal diri kita seikhlasnya kena tanya musuh!
    Tentang tuduhan kick terhadap AAR (walaupun PS x nak ambil pot)..ambo akan sentiasa menunggu saman dari AAR kepada kick. Mungkin kadang2 pandangan tok guru berbeza dengan pandangan ahli yang lain, beliau pun sedia mendengar jika ada kebaikan untuk parti!

    ReplyDelete
  14. tertinggal sedikit ulasan...

    Keenam
    PAS gagal untuk menjemput ahli akademik tertentu untuk menyertai PAS - tidak tahu kenapa jadi begitu.
    -NAK TAHU KENAPA? SEBAB BILA AHLI AKADEMI KRITIK PEMIMPIN PAS TERUS DILABEL AGEN UMNO!

    ReplyDelete
  15. Pemahaman si PS ni memang mantap.

    ReplyDelete
  16. john,

    Sambungan anta untuk perkara yang keenam tu ana setuju. Memang tipikal minda PAS macam tu.

    ReplyDelete
  17. ps, saya timbulkan isu husam bukan bermakna saya saya hanya menyokong husam berbanding pimpinan lain (terutama soal pengganti tokguru)

    saya ni merupakan salah seorg drp ribuan penyokong dan pendokong perjuangan pas yg tinggal di lembah klang

    setiap kali pilihanraya kami tidak akan melepas peluang untuk pulang mengundi tanpa memikirkan apa yg berlaku di dalam kepimpinan pas, yg penting adalah memastikan pas sentiasa memimpin rakyat kerana yakin dasarnya

    tp dalam byk2 kekalutan kepimpinan selama ini, kami merasa amat kurang selesa dgn situasi politik yg membabitkan dato' husam ini.

    semacam tidak pernah berlaku sebelum ini usaha menjatuhkan atau menghebahkan rumours yg tidak elok terhadap salah seorg pemimpin yg dikira layak (bahkan disahkan sendiri oleh pemimpin tertinggi)

    oleh itu, dgn sendirinya persepsi yg kurg elok juga melanda kami di sini ke atas pemimpin2 di sekitar beliau

    kami berhrp segala persepsi kami ini adalah tidak benar malah pemimpin2 terbabit hendaklah juga menjernihkan balik segala persepsi buruk kami terhadap mereka.

    kami amat berharap

    //ptrjy

    ReplyDelete
  18. //ptrjy.... mace kenal jo....

    ReplyDelete