Tuesday, December 1, 2009

KETUA PUTERI UMNO - NIK AZIZ KELIRUKAN ISLAM



Rosnah Abdul Rashid Shirlin menyatakan kerisauan beliau berkaitan doa Tok Guru Menteri Besar Kelantan. Katanya, doa Tok Guru itu beserta keengganan Tok Guru untuk menarik balik doanya itu boleh mengelirukan ummat Islam tentang ajaran Islam yang sebenar.

Itu apa yang minah tu kata. Kat bawah nih, apa yang aku kata sebagai ulasan kepada minah nih.

Mengelirukan ummat Islam atau mencederakan ajaran sesat agama Hadhari yang dianuti UMNO? Mengelirukan ummat Islam atau menyerlahkan kejahilan penganut Hadhari?

Seperkara lagi, siapakah Rosnah Abdul Rashid Shirlin ini? Ketua Puteri UMNO Malaysia. Ertinya, beliau adalah makhluk Allah swt yang paling berkuasa dalam Pergerakan Puteri UMNO Malaysia.

Jika benar beliau risaukan masa depan Islam, arahkan dulu Puteri UMNO yang masih belum menutup aurat itu menutup aurat dan bukannya menyalak nyalak terlolong lolong kononnya risau ummat Islam terkeliru.

Oklah. Kita ambil begini. Kenyataan Tok Guru itu masih memerlukan penjelasan bagi orang yang jahil supaya dapat difahami dengan tepat terutamanya dalam menghuraikan doa orang orang yang dizalimi.

Tetapi, hukum menutup aurat itu adalah hukum yang telah nyata dan jelas dan tidak memerlukan huraian panjang.

Jika yang sudah jelas dan nyata itupun gagal untuk difahami oleh Ketua Puteri UMNO Malaysia, janganlah pula gatal mulut untuk berbicara berkaitan perkara perkara yang memerlukan huraian panjang.

Wallahu a'lam.

7 comments:

  1. pantet mak dia.... busy body mcm gampang. sial punya UMNO.

    ReplyDelete
  2. Janganlah "pantet"kan UMNO. Kang marah pula joostspring.

    Dia tengah bekerja kuat mengesat taik babi dan taik anjing kat blkg rumah dia tu.

    ReplyDelete
  3. Salam ps..

    sebenarnya ps kita silap la...pas silap laa..sebab apa?..pas gagal menyampaikan dakwahnya. ini yang menyebabkan golongan yang ambil agama sekerat2 buat kenyataan macam ni...dia ingat TGNA pandai senyum je ke?..tak pandai nak marah kot..hah bila tok guru marah baru terkejut ber..(khairy)..nak buat macam mana? eloklah selepas ni pas kena anjurkan forum kefahaman islam..bermula di negeri2 yang dikuasai pakatan...

    ReplyDelete
  4. john,

    Aku dah lama sebut hal dakwah dan tarbiyyah nih.

    Selagi mana ahli PAS dan pimpinan PAS gagal menghayati PAS sebagai sebuah Gerakan Islam, selagi itulah dakwah akan gagal atau dakwah menjadi setengah masak.

    Apabila tarbiyyah haraki hancur, maka PAS akan dipandang sebagai parti politik sahaja hatta oleh ahli PAS sekalipun.

    Sebab tu, jika kita tengok, ramai Ust dalam PAS yang akan berusaha untuk hadir berceramah berbanding hadir memberikan kuliah.

    Ceramah dan kuliah adalah dua perkara berbeza walaupun macam kembar seiras.

    Dakwah ni luas. Itu betul. Tetapi, ceramah hanya menarik orang kepada PAS belum tentu kpd Islam.

    Manakala, kuliah pula menarik orang kepada Islam dan apabila orang faham Islam, tentulah orang itu akan bersama PAS.

    Berapa ramai Ust PAS yang malu untuk merokok depan Tok Guru Hj Nik Aziz tetapi tak kisah pun merokok depan Allah swt.

    Nampak sangat takde kebesaran Allah swt dalam hati dan jiwa kita.

    Ini yang aku sebut sejak dulu. Sebab tu aku pilih nama saynotomunafiqeen. Biar orang terasa marah dengan aku, janji Allah swt redha. Itu dah cukup bagi aku.

    Kita manusia nih umur tak panjang.

    ReplyDelete
  5. tapi che det ingat dia bole hidup lama//
    ntah la nyanyuk lah tue

    ReplyDelete
  6. dulu rosnah juga buat hal tp artis, kini rosnah juga sayap patah gerombolan dan selamanya dah tentulah rosmah... apa nak jadi dengan mahluk nama ROS ni... bila agaknya diorang nak tutup kepala..? tlg komen..

    ReplyDelete
  7. Takde manusia yang akan hidup menongkat langit. Takde yang akan kekal. Baik PAS, baik UMNO. Baik Islam, baik bukan Islam. Semua akan mati.

    Cuma, umur yang diberikan oleh Allah swt itu digunakan ke arah mana dan digunakan untuk apa.

    Walau ke mana sekalipun, walau untuk apa sekalipun, kalau tak solat takde gunanya.

    Puak puak tu hanya akan tutup kepala jika mereka dapat hidayah daripada Allah swt dan menjadi tanggungjawab kita untuk berdakwah kepada mereka.

    ReplyDelete