Saturday, December 12, 2009

TIDAK ADA PENIAGA KECIL YANG DIZALIMI DALAM ISU PEMINDAHAN KE BAZAR TOK GURU



Kickdefella menulis lagi tentang PMBK. Sukar untuk difahami apakah niat sebenar manusia yang mesra dengan gelaran kickdefella ini.

Amat difahami bahawa pelbagai pihak akan menghentam blog ini atas tindakan menjawab artikel kickdefella ini. Bagi blog ini, biarlah apa orang nak kata sekalipun, blog ini akan tetap menulis apa sahaja yang diyakini benar.

Pertama - Tidak ada seorang pun peniaga Bazar MPKB (setakat ini) yang tercicir daripada senarai pemindahan ke Bazar Tok Guru.

Kedua - Unit atau lot yang akan dijual kepada orang awam adalah unit lebihan yang diperuntukkan kepada peniaga asal Bazar MPKB.

Ketiga - Unit yang diperuntukkan kepada peniaga kecil yang berniaga di Bazar MPKB akan dijual kepada peniaga peniaga ini dengan harga mampu milik dan harga ini adalah jauh lebih rendah berbanding harga lot lebihan yang akan dijual kepada orang awam.

Keempat - Harga mampu milik ini belum lagi diputuskan oleh Lembaga Penasihat PMBK.

Kelima - Pertukaran lot atau unit tingkat bawah ke lot atau unit tingkat 1 dan tingkat 2 terpaksa dilakukan apabila design asal Bazar Tok Guru diubah atas tujuan mahu mempercepatkan pembinaan supaya pembinaan tersebut selesai sebelum PRU Ke 13.

Keenam - Pemindahan secara keseluruhan peniaga peniaga ke tingkat 1 dan tingkat 2 Bazar Tok Guru juga adalah bertujuan menyelaras dan menyusun atur para peniaga ini mengikut jenis barangan jualan yang dijual supaya tidak kelihatan bersepah dan tidak tersusun.

Ketujuh - Pembinaan Bazar Tok Guru ini perlu dipercepatkan bagi mengelakkan para peniaga yang berniaga di Bazar MPKB sekarang ini dipindahkan ke Bazar Tengku Anis di mana kemungkinan besar para peniaga ini akan menghadapi kesukaran sekiranya dipindahkan ke sana.

Ketujuh - Maklumat rasmi dan sahih berkaitan Bazar Tok Guru ini boleh diperolehi secara terus daripada Tok Guru Menteri Besar Kelantan, CEO PMBK dan Lembaga Penasihat MPKB. Sehubungan dengan itu, maklumat daripada sumber lain tidak boleh dijadikan sandaran untuk membincangkan soal ini.

Kelapan - Dokumen yang dikemukakan mungkin benar tetapi huraian dan penjelasan tidaklah selari dengan huraian dan penjelasan yang sepatutnya.

20 comments:

  1. Kelakar la kau PS. Kickdefella siap letak beberapa mukasurat dokumen perjanjian dgn Sensatimur dan MOU dgn para peniaga. Aku rasa kau akan kena sengat kalau kau berterusan membela Ariffahmi ni. Aku nampak Kickdefella tu macam bagi warning bila dia cuma letak beberapa keratan saja dari dua dokumen tu.

    Ariffahmi tu kalau dia berterusan bersikap bebal macam sekarang ni dan para penyokong dia masih terus membuta tuli macam kau ni, aku rasa Kick akan publish keseluruhan dokumen tu.

    Kau kata harga jualan utk peniaga tu belum ditetapkan? Kau jangan jadi bodoh macam Ariffahmi tu. Fikir macam ni saja lah senang. Kalau butiran komersial sudah termeterai dgn Sensatimur dan dgn nilai yg dijanji itu ianya akan menjadikan harga jualan kepada peniaga tu lebih mahal - boleh terima akal ke kalau bila 'ditetapkan' nanti, harga utk peniaga tu akan jadi sama atau lebih murah dari nilai dalam MOU dulu?

    PS, adalah lebih baik kalau kau tolong menamatkan isu bodoh ini. TGNA juga yg akan terpalit sama nanti. Hari tu pun TGNA dah buat statement bodoh bila dia cakap Legal Adviser yg buat silap dan dia sendiri tak silap.

    Kau toooolooonggg la cakap kat kawan baik kau Ariffahmi tu supaya keluar dari PMBK cepat-cepat. Nampak dah Kick tu sebenarnya ada peluru hidup dan bukan saja cakap kosong selama ni. Dan kau berhentilah menunjukkan bodoh bila kau membela Ariffahmi macam ni. Hujah kau pun tak kena.

    - kuntau

    ReplyDelete
  2. ps.

    Senang cakap lah PS, kalau Ariffahmi tu betul dan Syed Azidi tu salah dan telah membuat fitnah dalam entry terbaru dia tu, Ariffahmi akan terus buat kenyataan akhbar esok utk menyaman Syed Azidi di mahkamah.

    Kalau Ariffahmi tidak cakap apa-apa, dan cuma 'kawan-kawan' saja yg bersuara....aku tak perlu cakap apa dah....

    - kuntau

    ReplyDelete
  3. salam,
    sekadar bertanya,
    1)dalam perjanjian, adakah pmbk boleh memindahkan lot dari tingkat bawah ke tingkat 1 dan 2 tanpa persetujuan peniaga? adakah pmbk berhak mengubah lot yg dijanjikan atas alasan perubahan design?

    2) adakah betul bahawa peniaga2 bersetuju utk berpindah pd asalnya pun adalah kerana ditawarkan/ dijanjikan lot bawah?

    sekadar bertanya.
    tq wassalam

    ReplyDelete
  4. Komen kuntau tu aku nak siar jer dan aku tak akan jawab kerana si kuntau nih mmg meroyan tahap gaban jika aku sentuh isu nih.

    kuntau, sekarang aku yakin ko bukan ahli PAS kerana seburuk mana pun ahli PAS, dia tak akan kata Tok Guru bodoh macam ko kata.

    Arong, pada peringkat awal, para peniaga dah setuju utk ke tingkat 1 dan tingkat 2 tetapi kickdefella dan seekor makhluk lagi hasut supaya para peniaga buat demo dan enggan ditempatkan di tingkat 1 dan tingkat 2.

    Malah kickdefella dan seekor lagi tu muncul di saat demo tu berlangsung dan berpura pura menjadi dewa penyelamat.

    ReplyDelete
  5. Taat pun ada hadnya tuan.. Jangan gadaikan maruah diri tuan hanya kerana duniawi.. Ingat dan takutkanlah sama kat pencipta tuan tuh..

    ReplyDelete
  6. Peniaga mana yg bodoh setuju dok tingkat atas?.... Jgn main terjah je abe wei ke make pasir kat kelate......

    ReplyDelete
  7. Kalau Kickdefella berbohong saman jer..... Jgn berdiam diri dan ckp kosong dalam blog ni...

    KLIA

    ReplyDelete
  8. Kau ada tak masa perjumpaan 7 hb lepas kat restoran taqwa?

    ReplyDelete
  9. Powernyaaa Kick. Boleh hasut peniaga. Bukan peniaga saja, TGHH dan Harun Din pun kena hasut kat Kick. Cis power betul mamat ni.

    ReplyDelete
  10. Aku tak tahu oun perjumpaan di Restoran Taqwa. Malah, Restoran Taqwa tu kat mana pun aku tak tau.

    ReplyDelete
  11. haha kau tak tah apa pun bro, buta tuli je dok sokong ahli umno machang tu... org macam ko ni mmg buatkan PAS makin nampak bebal. susah2 la bro, makin kau ulas isu ni makin nampak kau senget.

    ReplyDelete
  12. Selepas ini bila kau dah sedar betapa Ariffahmi sebenarnya telah kelentong kau selama ini, kau patut minta maaf pada Syed Azidi dan Husam. Kau juga patut minta maaf pada semua yg telah membaca entry2 kau ini sebab telah memanjangkan penipuan Ariffahmi.

    Kau patut sedar betapa bangsat nya Ariffahmi sehingga kawan2 dia dan juga isteri dia malahan TGNA sendiri telah menjadi dungu disebabkan percaya padanya.

    Ariffahmi ni tak layak masuk penjara. Dia samada patut masuk Hospital Bahagia ataupun terjun dari bumbung Hotel Nikko tu.

    - kuntau

    ReplyDelete
  13. Apa2 sahaja berita yang dibawa perlu disiasat dahulu, masih belum jelas hal ini, boleh jadi benar boleh jadi tidak. Kena tunggu penjelasan Ariffahmi dulu. Apa yang pasti Kickdefella pernah berbohong. Lihatlah, selang beberapa hari lepas Mahfuz buat desakan, Kickdefella keluarkan cerita peniaga nie. Konspirasi terancang. Siapa yang kawal mereka berdua ni??
    Kalau TG Nik Aziz letakkan kepercayaan pada Ariffahmi, aku letakkan kepercayaan pada TG Nik Aziz. Kalau TG Nik Aziz pecat Kickdefella, aku letakkan kepercayaan kepada TG Nik Aziz.
    Atas sebab-sebab beginilah TG Nik Aziz pecat Kick, mereka-reka cerita. Sedangkan benda nie berlaku thn 2008 yakni lepas PAS dpt mandat besar PRU 12, kenapa nak masuk 2010 baru Kick luahkan, kalau benar ada kes, kenapa cium tangan TG Nik Aziz yang dianggap oleh Kick sudah korup itu?? Pikir-pikirkanlah....


    -jejak awan ...

    ReplyDelete
  14. jejak awan jangan tunjukkan bodoh kau. baca entry kickdefella tu. perjanjian dgn sensatimur tu bulan jun 2009.

    dan mana kau tau kickdefella tak bagitau pada nik aziz? mungkin nik aziz yg tak dengar kata orang lain melainkan menantu dia?

    ReplyDelete
  15. Bnda ni akn jd tmbh parah jika AF tknk bersihkan nm dia. Sy mmg tahu psl isu peniaga bazar ni. Malah ms blk Raya Hj aritu, rmai org berbicara psl AF yg telah buat kucar di Klate. Antara isu yg femes adlh psl AF n peniaga bazar. Sy tk ckp Kick btl, or AF slh. Tp jika AF trs berdiam dri tknk jwb sgla tdhn, sy terpksa percaya org yg m'punyai bukti..

    ReplyDelete
  16. Anon 10:14,

    Jangan jadi bodoh mempercayai tanpa bukti, apa2 sumber perlu disahkan. Darimana dtgnya bukti Kick?? Apakah entri Kickdefellakah penentu kebenaran? Selagi belum ada penjelasan AF aku takkan percaya berita Kick. Tulislah sebanyak mana pun, tapi apa buktinya tulisan dia tuh benar? Sekali berbohong, sampai mati aku takkan percaya lagi.

    ReplyDelete
  17. Bazar Tok Guru juga ada kaitan dengan orang Husam, Syarikat Sensatimur adalah milik kepada sepupu Hj. Nordin Mohd Noor (ahli Majlis Perbandaran Kota Bahru)

    Husam amat rapat dengan Hj. Nordin Mohd Noor selain sumber inspirasi juga dalah sumber ke.....gan) nak tau kena tanya mana-mana Ahli Majlis MPKB

    ReplyDelete
  18. nik aziz cakap penggantinya akan ikut hiraki PAS kelantan.

    TMB a.k.a TP1 PAS kelantan telah digambarkan dengan sikap yg buruk dan hipokrit berbeza penampilan yg ditampilkan selama ini dan apa yg digambarkan oleh semua orang. Dengan memasukkan didalam dunia blok peristiwa seperti diatas, ianya memberi persepsi yang buruk kepada TP1 a.k.a TMB.

    Dengan mencilok-cilok perilaku TP1 PAS Kelantan a.k.a TMB, merit untuk beliau selaku pengganti tgna akan merudum, seterusnya akan memberi tekanan kepada beliau utk tidak menerima perlantikkan tersebut.

    Dengan itu, calon seterunya metilah TP2 PAS kelantan a.k.a exco kanan a.k.a lone ranger. Beliau telah menyatakan akan menolak percalonan tersebut seterusnya menamakan TP1 a.k.a TMB sebagai calon yg paling sesuai. TAPI.. dengan penolakan calon pilihan beliau iaitu TMB, adakah beliau akan terus bertahan dengan janji manisnya itu? mahukah dia melepaskan kerusi idaman semua exco itu kepada TP3???apa lagi dengan salakan drp blogger kesayangan beliau??? (blogger itu hanya ingat pitih pitih nak masyukkkk) oh no... oh tidakkk... oh nooooo....ohhh MB posttt...

    sekiranya TP2 tetap dengan janji manisnya itu, TP3 a.k.a muhyidin yasin versi PAS akan mendapat kerusi MB tersebut. tiada kedengaran beliau untuk menolak post MB sebaliknya beliau telah meniru muhyidin mendesak agar MB menyediakan pelan peralihan kuasa.

    so, bagi sapa-sapa yg belum penat berfikir dan menganalisa ikut selera masing pasal politik kelantan, fikir2 lah... siapa sebenarya pegang alat kawalan jauh. misteri nusantara...


    sensatimur di kelate semua orang tahu sapa... yg buat umah kedai byk2 kat wakaf che yeh dia lah... dia baik dgn exco mana pun orang tahu.. JV-JV agensi kerajaan negeri dgn swasta ni biasalah..MPKB, YAKIN, MAJLIS AGAMA adalah contoh yg menjalinkan JV-JV dgn syarikat swasta. Anak-anak syarikat kerajaan negeri seperti Kelkon, Binaraya, Pkink semuanya dianak-tirikan. Kenapa??? semua orang bisness tau...akaun swasta dia yg nak kena audit. Tauke bole tulis saja cek nak kasi pada sapa2 pakai dummy aker.. ha ha ha.. Kalu syarikat kerajaan??banyak la lecehnya.. hu hu hu...
    bagi aku dah kickdapela sudah menayangkan dokumen tersebut (adakah dokumen tersebut diklasifikasikan sulit?? kalu sulit leh la dakwa kickdapela tu), PMBK perlu tayangkan semua isi kandungan tersebut. sekiranya apa fakta kickdapela itu betul, penasihat undang2 dan pegawai pengawal projek harus cari jalan terminate kan sensatimur kerana jelas memijak kepala rakyat. Dan anak menatu tersebut harus di"keluarkan" dari kelate seberapa segera.

    ReplyDelete
  19. Anon 3:35pm. Kalau benar sensasi timur rakan husam, aku dapat merasakan keikhlasan Husam dalam hal ini. Beliau telah mengutamakan peniaga kecil berbanding kenalannya. Beliau tidak mahu kepada kontrak Bazaar TG yang menuntungkan Sensasi timur yang sangat dimahukan oleh PMBK itu hanya kerana mempertahankan janji TG kepada peniaga kecil. Beliau telah dihina oleh CEO yang mengaku sangat mempertahankan bapa mertuanya itu kerana mahu TGNA menepati janji.
    Sekarang siapa yang sebenarnya sayangkan TGNA?

    ReplyDelete
  20. Eh jawablah persoalan yg byk ni..... kan kau ni suka jwb utk Ariffahmi.... dah tak yakin ker?....

    Lg satu betulke Husam jumpa Tok Guru mintak jgn pergi Haji...... Betulke Husam sampai nangis merayu jgn pergi Haji kerana sygkan Tok Guru....

    Aper yg Ariffahmi buat utk Tok Guru..... Sebut satu pun cukuplah......


    Ahli PAS 2009

    ReplyDelete