Friday, December 4, 2009

KICKDEFELLA YANG SEMAKIN KACAU BILAU




Sehingga semalam senario di blog-blog Pakatan Rakyat kini adalah mereka tertumpu untuk menyerang Blogger Exco Kanan yang dikatakan sudah memulakan serangan terhadap menteri besar setelah si menantu dikeronyok habis-habisan. Baru setahun rasanya blogger Exco Kanan ini dipuja seumpama wira oleh blogger-blogger Pakatan Rakyat kerana penangkapan beliau oleh pihak polis.

Hidup umpama roda. Baca dulu dua pendapat blogger Prolifik Pakatan Rakyat mengenai isu ini seperti di bawah :


Kickdefella The Desperado

oleh Kerajaan Rakyat

Cara mudah untuk mengenal manusia ada dalam dua keadaan.

1. Apabila Allah SWT menduganya dengan nikmat kesenangan, dia lupa diri dan melampaui haknya.

2. Apabila Allah SWT menduganya dengan sedikit kepayahan, dia memberontak serta bertindak di luar batasan dan kewarasan akal.

Dua sifat ini jelas ketara pada anai-anai upahan yang bergelar 'Kickdefella The Desperado'.

Kickdefella semasa baru-baru diterima berkhidmat dengan Perbadanan Menteri Besar Kelantan telah puji melangit YAB Tok Guru Nik Aziz. Orang yang sama sebaik sahaja ditamatkan kontraknya telah menghina YAB Tok Guru Nik Aziz melalui blognya. Malah tidak cukup dengan blog, dia hina Tok Guru melalui SMS yang disebarkan. Saya kira tepat saya gelar dia 'The Desperado' kerana manusia desperate dan hina sahaja yang sunggup melakukan kerja hina seperti itu.

Di dalam postingnya pada 03 Dis 2009, Kickdefella The Desperado menulis:

“Nampaknya TGNA begitu hebat bersandiwara".

Hello, siapakah yang sebenarnya bersandiwara? Tok Guru kah?, atau penulis upahan yang ditugaskan untuk menyelinap di dalam PAS? Caranya mudah, tiru sifat 'musang yang berbulu ayam'...!

Kickdefella The Desperado menulis lagi:

"Buat ketika ini saya tidak bercadang menulis lebih panjang tentang isu ini. Nasihat dan teguran pun ada batasnya. Sekurang-kurangnya saya sudah melakukan bahagian saya"

Baguslah, lebih baik kamu berhenti terus daripada menulis kerana lagi banyak kamu menulis lebih jelas pekong dan busuk hati kamu! Kamu tidak membuat teguran sebalik kamu ibarat anai-anai makhluk perosak.



Kickdefella Tidak Siarkan Komen Saya

oleh Reformis Jalanan

Seperti yang saya jangkakan, blogger Kickdefella tidak akan melepaskan komen saya daripada disiarkan di dalam blognya berkenaan posting terbaru yang bertajuk "Sandiwara Di Kelantan". Saya menulis komen tersebut pada jam 11 pagi tadi. Berikut adalah komen saya yang tidak disiarkan di dalam blognya :

sudahla tu syed azidi a.k.a kickdefella. dulu serang ariffahmi, sekarang serang tok guru pula. kalau betul ariffahmi itu orang yg salah, apa pasal dari dulu lagi you tak bersuara? lepas dibuang dan ditendang barulah bising-bising macam perempuan gila meroyan. nampaknya khabar-khabar yang saya tahu sebelum ini berkenaan you tak buat kerja dan asyik makan gaji buta itu semakin benar. kebenaran semakin jelas. sepatutnya kalau you benar-benar teraniaya, dari dulu lagi you patut berkokok berkenaan si menantu tu.

Selepas puas menyerang menantu Tok Guru, kini Kickdefella menghalakan sasarannya kepada Tok Guru pula. Dia tidak puas hati jika mangsa yang menjadi sasarannya tidak dijatuhkan dan selagi kemahuan dia tidak dipenuhi. Kalaulah betul si Ariffahmi itu seorang yang korup, sepatutnya dari dulu lagi Kickdefella ini bersuara. Saya juga berasa sangsi mengenai komen-komen yang terdapat di dalam blog beliau. Komen-komen yang menghina dan mencerca Tok Guru Nik Aziz dilepaskan, dan hampir kesemua komen itu merupakan komen yang menghentam tok guru.

Dan jika dilihat pada waktu yang terdapat pada setiap komen, jaraknya terlalu dekat. Beda sesuatu komen dengan komen selepasnya hanya beberapa minit. Mungkinkah benar seperti yang di dakwa oleh beberapa blogger bahawa yang membuat komen-komen itu adalah Kickdefella sendiri, dengan menggunakan nama samaran yang lain. Sanggup dia menghina tok guru, semata-mata kehendak dan kemahuan diri tidak tertunai. Dia jugalah dahulu yang memuji-muji tok guru, dan mengungkitkan cerita dia di zaman kecil, dimana dia duduk di atas riba tok guru Nik Aziz, dan tok guru menanyakan mengenai jarinya yang tercedera terkena kipas.

Kini semua perasaan hormat itu lenyap akibat daripada kesilapan dia sendiri. Adakah benar seperti yang didakwa bahawa Kickdefella berbulan-bulan tidak masuk pejabat dan hanya menerima gaji buta, dan setiap laporan diserahkan hanya kepada Husam Musa, orang yang dikaguminya.


p/s : Saya juga semakin sangsi akan kesahihan cerita mengenai MSO yang dikeluarkan di dalam blog dia beberapa bulan lepas. - SUMBER

4 comments:

  1. kickdefella, ko tak malu ker satu malaya tahu citer ko. lain lah muka ko jenis kulit biawak.. ko nie jenis manusia yg takde maruah ker. ishh, kalau aku ler.......malu ya amat.

    ReplyDelete
  2. kickdefella nih ader rasa malu ker? Tak kot....

    ReplyDelete
  3. Salam ps..

    dalam bab ni ambo kureng2 puashati dengan kdf ni..kalu setakat nak dedah penyelewengan tu..teruskanlah..tapi kalu sampai nak tuduh guru macam2 ni..melampau le...

    ReplyDelete
  4. Warna sebenar kickdefella semakin menyerlah. Sendiri mau ingatlah.....

    ReplyDelete