Saturday, December 12, 2009

UMNO TERKANTOI KANTOI DALAM BERHADAPAN NGA KOR MING



Khairy Jamaluddin mahukan PAS mengeluarkan kenyataan berhubung "kontroversi" Nga Kor Ming. Katanya, PAS perlu menyatakan pendirian berkaitan isu tersebut demi kepentingan Islam dan ummah.

Pada aku, kenyataan Khairy Jamaluddin adalah satu kenyataan yang pra matang sifatnya kerana beliau bercakap berdasarkan apa yang didengar dan bukannya berdasarkan apa yang dimaksudkan.

Nga Kor Ming mahu tahu kenapa terdapat perbezaan yang ketara pada angka peruntukan tersebut dan jika boleh beliau mahukan peruntukan kepada rumah ibadat bukan Islam ditambah. Itu sahaja.

Beliau tidak mempertikaikan peruntukan yang telah diberikan kepada masjid. Bukan itu yan beliau maksud. Yang memutarbelitkan fakta adalah media lidah bercabang milik UMNO yang seantero dunia tahu juara temberang.

Menyoal dan mempersoalkan adalah dua perkara yang kontar sama sekali. Menyoal ertinya ingin tahu manakala mempersoal pula membawa erti mempertikaikan. Ini yang mahu dimanipulasi oleh Khairy Jamaluddin dan UMNO.

PAS tidak bersuara tetapi pimpinan PAS ramai yang telah bersuara atas kapasiti peribadi dalam soal "kontroversi" Nga Kor Ming. Majoritinya memahami maksud yang ingin disampaikan oleh Nga Kor Ming kecuali Nasharuddin Mat Isa.

Soal "salah pandang" bukan Islam kepada Islam ini adalah akibat daripada kerja buat UMNO selama 50 tahun yang tidak pernah memberikan kefahaman jelas berkaitan Islam kepada bukan Islam.

Dan, hari ini bukan Islam semakin tahu hak mereka dijamin oleh Islam setelah mereka duduk semeja dengan PAS. Mereka tahu apa yang mereka boleh minta dan apa yang mereka tidak boleh minta.

Cuma, dalam soal ini, semakin jelas jahilnya UMNO sehinggakan DAP mampu memahami hak hak bukan Islam di dalam pentadbiran Islam melebihi UMNO sendiri.

DAP menyoal atas perkara yang membolehkan UMNO dipersoal. Menyoal berkaitan Islam di Malaysia membawa erti mempersoalkan keIslaman UMNO.

Mudah, kan?

4 comments:

  1. KP UMNO..KHAIRY JAMALUDIN...SUDAH LAH...MENANG JADI KP UMNO SEBAB RASUAH...NAK CAKAP PASAL ISLAM PULAK.....

    RASA NAK MUNTAH BIRU PULAK DAH....WEEEEK..WEEEK

    ReplyDelete
  2. bagi aku apa nga tanya tu betul,kalu kerajaan peruntukkan dana untuk bina masjid,maka KERAJAAN JUGA KENA PERUNTUKAN DANA untuk pembinaan rumah ibadat ugama2 lain kerana mereka juga adalah pembayar cukai mcm org2 islam melayu juga,mereka ada lah warganegara malaysia,sama juga mcm org2 melayu islam kat malaysia ni,cuma mereka tak berhak meminta wang BAITULMAL,tapi wang negara mereka juga berhak,islam itu adil,jgn buat org benci islam kerana kebodohan dan kezaliman pemimpin2umno yg memang bodoh pun,pemimpin2 umno ni bOdOh sebab penyokong2 dan pendokong2 umno tu memang dah sedia bodoh DULU,KINI DAN SELAMA2NYA

    ReplyDelete
  3. oxford universiti tapi takder value....moral.
    itulah akibatnya kalau bermazhabkan UMNO.

    ReplyDelete