Saturday, December 12, 2009

NGA KOR MING PUJI PENDEKATAN TOK GURU DALAM MEMELIHARA HAK BUKAN ISLAM


Ahli Parlimen Taiping,YB Nga Kor Ming kesal dengan sikap media di negara ini yang memutar belitkan isu rumah ibadat yang dibangkitkannya di Parlimen,dan sengaja memperbesarkan isu ini untuk dijadikan isu perkauman dalam menarik rakyat untuk bersama Umno dan BN.

Apa yang diungkapkan oleh beliau ialah beliau amat mengalu-alukan usaha kerajaan untuk mermatabatkan islam dan pada masa yang sama memohon kerajaan menambah peruntukan yang diperlukan oleh rumah ibadat agama lain,kerana kebanyakan rumah ibadat ini kekurangan peruntukan dan banyak yang telah uzur.

Ini adalah suara rakyat,saya hanya membawa suara rakyat ke Parlimen agar mendapat sedikit perhatian daripada kerajaan,tiada langsung niat untuk mempertikaikan agama lain jauh sekali untuk mencetuskan isu perkauman seperti yang di war-warkan oleh pemuda Umno.

Beliau berkata,sekiranya kerajaan ingin berlaku adil terhadap rakyat bukan islam.Maka kerajaan harus mencontohi Kerajaan Kelantan pimpinan PAS,wajarlah peruntukan itu diberikan juga kepada penganut agama lain di negara ini.

Ini kerana,seperti kelantan Menteri Besarnya,Datuk Nik Aziz tidak meminggirkan masyarakat bukan islam terutamanya keperluan rumah ibadat mereka.Menurut YB Kor Ming lagi,beliau amat menghormati agama islam dan dia adalah Ahli Parlimen bukan islam yang menaja upacara berkhatan di Taiping.selain menganjurkan majlis berbuka puasa.

Saya berharap rakyat Malaysia jangan tertipu dengan laporan palsu media yang tidak bertanggungjawab di negara ini,dan beliau akan membuat laporan polis serta membawa perkara ini ke mahkamah. - SUMBER

5 comments:

  1. kalau kita ikut sunnah rasulullah saw dlm pentadbiran, insyaALLAH ALLAH akan redha dgn kita dan memudahkan kerja buat kita....

    ReplyDelete
  2. Islam menjamin hak semua orang sama ada Islam mahupun bukan Islam.

    Islam tidak mengajar kita untuk memartabatkan Islam tetapi dalam masa yang sama menindas dan menafikan hak bukan Islam.

    Menyediakan ruang kepada bukan Islam dalam soal agama mereka juga sebenarnya suatu dakwah kerana di situ terlihatnya keterbukaan Islam dalam menghormati hak hak beragama.

    Jika mereka tidak menganut Islam sekalipun, ana pasti mereka akan menghormati dan mengagungkan Islam atas dasar terima kasih di atas hak dan ruang yang diberikan.

    Tugasan kita adalah berdakwah manakala hidayah itu milik Allah swt.

    Yang menjadi masalah adalah kita sendiri. Kita tidak berdakwah tetapi kita mahu memberikan hidayah. Ini yang salah.

    ReplyDelete
  3. dkt tumpat, Kelantan, ade 1 tokong terbesar kt asia tenggara, iaitu 'sleeping buddha'. Yg menariknya kt sblh tokong trsbt adlh perkampungan org Melayu. Yg lg menarik, tk smpai 500 meter dari tokong tersbt, ade masjid. Lg2 menarik, tk pernah ade huru hara, kecoh. Sumanya hdp aman. Sbb ape??? Sbb 'tiadanya' UMNO di Kelantan.

    ReplyDelete
  4. UMNO ada di Kelantan tetapi UMNO Kelantan dah tinggal nyawa nyawa ikan dah.

    Dah lama dah UMNO Kelantan dok merayu "minta nyawa", "minta nyawa", "minta nyawa".

    ReplyDelete
  5. UMNO kelantan dok minta nyawa...minta nyawa tapi ALLAH tak izin.

    ReplyDelete