Cadangan Mahfuz Omar agar TG Nik Aziz mempercepatkan proses perletakan jawatan menantunya Ariffahmi dalam PMBK menaikkan kemarahan TG Nik Aziz yang menyatakan bahawa Mahfuz Omar telah melakukan kesilapan.
TG Nik Aziz juga berkata bahawa kenyataan Mahfuz Omar itu telah memberikan ruang dan kesempatan yang secukupnya kepada pihak Umno untuk "Berpesta" dalam isu ini.Kenapa beliau tidak berjumpa dengan saya terlebih dahulu,jika beliau ingin membuat cadangan.
"Kalau benda ni belum siap lagi,dia bolehlah bercakap,tetapi benda ni dah siap dengan Pejabat Perhubungan Pas Pusat.Dia pulak bercakap di hadapan Umum.Mengapa dia pandai-pandai,itu namanya tak ada strategi,"Tegas beliau.
"Sebagai Penasihat PMBK saya telah berbincang dengan beliau (Ariffahmi) dan segalanya telah selesai dengan cara baik,dan saya yakin saya berada dipihak yang benar.Sebagai seorang pegawai kerajaan beliau (Ariffahmi) tahu apa yang perlu dibuat apabila seseorang pegawai kerajaan hendak berhenti,dan tidak semudah yang dijangkakan,kerana kita ada peraturan dan kaedah apabila kita hendak berundur."katanya lagi.
"Dia berhenti dari kerja dia,dia ada tempoh ini dan tempoh itu,bukan boleh tolak macam buang kuli tepi jalan,tak boleh,jadi benda ni kena faham."katanya. - SUMBER
Salam Tuan Blogger.
ReplyDeleteNampaknya Mahfuz dah 'Gila Glamour'.
Kalau dulu muka dia susah nak masuk akhbar, tapi sekarang pantang ada isu dia mesti nak bagi komen.
Sampaikan tak ada isu pun dia cari isu juga asalkan muka dia keluar dalam akhbar.
INI MACAM PUNYA ORANG PUN ADA KA???
AKU TAK PAHAM BETOL LA DGN SETENGAH PIMPINAN PAS, GILA MIKROFON, KALUT & CARI PUBLISITI MURAHAN. MAHFUZ, KO NI APEHAL??? APA MASALAH KO?? KO TAK BOLE BUAT KEJE KO SENDIRI KE SELAIN MEMBERI KOMEN YG BERI BOLA TANGGONG KPD UMNO?? MAHFUZ KO NI TAK LAYAK JAWAT JAWATAN SBG NAIB PRESIDEN PAS TAU TAK!!! KO LAYAK JADI NAIB PRESIDEN KANGKONG JER.
ReplyDeleteKickdefella pula boleh dipecat tanpa notis? Pecat dengan berhenti dua perkara yang berbeza. Ariffahami dipecat atau berhenti?
ReplyDeleteAdil ke apabila Kickdefella dipecat tetapi Ariffahmi pula disuruh berhenti? Orang Pas mahu Ariffahmi diberhetikan atau dipecat dari PMBK?
ANON 7:31,
ReplyDeleteYer ker kickdefella dipecat tanpa notis? Jangan main hembus jer.
Semua komen di atas adalah betul mengikut persepsi masing masing.
Yang membuatkan kita berbeza adalah dari sudut mana kita menilai isu ini.
Itu sahaja.
Jadi. komenlah atas isu dan bukannya atas peribadi.
Dulu, aku juga menyerang peribadi dalam usaha menjelaskan isu. Semuanya kerana emosi yg adakalanya tidak bertempat.
Bila beremosi, kita akan gagal menilai sudut positif sesuatu isu. Hasilnya, berbalah sesama kita walaupun hanya di alam maya.
Buat masa ini, langkah terbaik, setelah Nik Aziz kritik cara Mahfuz hadapi media tuh, lebih baik Mahfuz diam saja, jangan berpanjangan lagi. Terima sajalah, kadang2 kita tersilap bicara.
ReplyDelete-jejak awan...
Bukan tak boleh ditegur dan bukan tak boleh bersuara tetapi lebih manis jika berjumpa direct dengan Tok Guru.
ReplyDeleteLagipun, Mahfuz bukannya AJK Cawangan. Dia Naib Presiden PAS.