Tuesday, December 15, 2009

MP PAKATAN YANG PATUT DITEMPELENG



http://www.utusan.com.my/utusan/album/20080429/images/prevs/prev6.jpg

Apalah punya brengseknya 20 orang wakil rakyat PR itu. Gara-gara mereka tidak hadir di Dewan Rakyat malam tadi, satu catatan sejarah penting negara yang hampir terlakar tidak menjadi kenyataan.

Malam tadi, sekitar jam 10.45 malam, Najib dan kerajaan 1Malaysianya hampir dimalukan apabila usul untuk meluluskan Bajet 2010 di Dewan Rakyat menyaksikan BN cuma menang dengan majoriti tipis 3 undi berbanding Pakatan Rakyat. Sebelum itu, usul bagi perbekalan untuk Kementerian Dalam Negeri (KDN), yang dikira lebih awal iaitu sekitar jam 10.30 malam menyaksikan ia diluluskan hanya dengan 1 undi majoriti, iaitu 60 di pihak Pakatan Rakyat dan 61 di pihak BN.

Najib sendiri dikatakan kelihatan begitu cemas sebelum proses pengundian yang dikenali sebagai “belah bahagi” Bajet 2010 itu berlangsung, kerana jika kalah, di mana hendak 'diletakkan kemaluan'nya? (maaf...bukan nak mencarut, tapi sengaja guna bahasa klasik peninggalan nenek moyang kita). Najib yang resah dikatakan terkodek-kodek mundar mandir mengerah semua MP BN yang ada untuk masuk ke Dewan segera. Mujur BN menang tipis, menang 3 undi, jika tidak...alahai habislah Najib!

Ada yang melaporkan sepatutnya BN tewas dalam pengundian itu, tapi diselamatkan dengan kehadiran beberapa orang senator yang sepatutnya tidak boleh mengundi, kerana mereka cuma ahli Dewan Negara dan bukan ahli Dewan Rakyat. Selain itu, untuk memastikan BN tidak tewas, dua timbalan speaker (Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Datuk Ronald Kiandee) terpaksa duduk di tempat MP bagi dikira sekali undian mereka. Ada pula yang berkata sistem pengundian primitif yang bukan berdasarkan perkiraan elektronik itu telah disalahgunakan oleh Speaker Dewan, Tan Sri Pendekar Amin Mulia yang membacakan keputusan kemudiannya, sedangkan Setiausaha Dewan sendiri nampak gelabah apabila meneliti keputusan di tangannya. Benarkah keputusan di tangan Speaker ditambah dan dikurangkan oleh Speaker?

Yang menghairankan, ke mana menghilangnya 5 MP PAS serta 15 MP dari PKR dan DAP yang tidak nampak batang hidung mereka pada malam tadi? Jika mereka hadir, sama ada kemasukan 2-3 senator dan 2 orang Timbalan Speaker tidak akan membawa arti apa-apa erti lagi kepada BN yang pasti tewas malam tadi.


Justru ke mana menghilangnya 20 MP PR itu? Brengsek, jika mereka sakit, jika bini mereka sakit nak bersalin, jika emak bapa mereka sedang nazak, ia alasan yang boleh diterima, tapi sebenarnya ke mana mereka menghilang? Brengsek, bercuti ke luar negarakah di saat-saat penting ini? Andainya ketiga-tiga general PR: DS Anwar, TG Haji Hadi dan Lim Kit Siang boleh berada sepanjang malam di Dewan, yang 20 ekor itu pergi mana?

Harap Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang dapat memberitahu pengundi dan penyokong PR siapa 20 MP brengsek yang tidak hadir malam tadi itu dan apa sebab mereka tidak hadir. Pengundi dan penyokong PR berhak tahu ke mana mereka yang menafikan lakaran sejarah negara itu tercatat malam tadi menghilang, ketika khidmat mereka sangat-sangat diperlukan. Jika mereka ketika itu sedang berada di rumah tanpa sebab atau sedang memimpin tangan bini nombor dua di mana-mana majlis, tahulah rakyat menghukum mereka dalam PRU ke-13 kelak!

Nota: brengsek - perkataan Indonesia bermakna celaka.

sumber

7 comments:

  1. celaka betoi 20 mp hg tak hadhir tue. kecik2 tak nak mampooooossss

    ReplyDelete
  2. PS, bila kau nak pergi melutut minta maaf?

    TGNA, Husam, Sheih Kick dan ahli keluarga depa semua. Itu pun tak semestinya diorang ampunkan dosa fitnah kau.

    Pergi baca blog Bakistani kalau kau tak mengaku kau buat fitnah samada sengaja atau tidak, memang kau jenis pondan yg paling celaka!

    ReplyDelete
  3. ha, baik mengaku, siapa yang tak hadir. sebelum pecah cerita...

    ReplyDelete
  4. ANON 6:17....ana tak tahu tentang pertemuan tu dan tak minat nak ambil tahu.

    Presiden dah kata STOP. So, fullstop.

    ReplyDelete
  5. sama saja perangai MP PR atau pun BN tugas kat parlimen bukan sepanjang masa tetapi kemana mereka,itu sebab 2x5,5x2 je pura2 je tambah bini,tukar kereta baru kata org je pandai

    ReplyDelete
  6. P008 Pokok Sena PAS Mahfuz Omar
    P016 Baling PAS Taib Azamudden Md Taib
    P022 Pasir Mas PAS Ibrahim Ali
    P043 Bagan DAP Lim Guan Eng
    P046 Batu Kawan DAP P. Ramasamy
    P049 Tanjong DAP Chow Kon Yeow
    P050 Jelutong DAP Ooi Chuan Aun
    P051 Bukit Gelugor DAP Karpal Singh
    P052 Bayan Baru PKR Zahrain Mohamed Hashim
    P057 Parit Buntar PAS Mujahid Yusof Rawa
    P058 Bagan Serai PKR Mohsin Fadzli Samsuri
    P094 Hulu Selangor PKR Zainal Abidin Ahmad
    P098 Gombak PKR Mohamed Azmin Ali
    P101 Hulu Langat PAS Che Rosli Che Mat
    P103 Puchong DAP Gobind Singh Deo *
    P109 Kapar PKR Manikavasagam Sundaram
    P121 Pantai Dalam PKR Nurul Izzah Anwar
    P122 Seputeh DAP Teresa Kok Suh Sim
    P124 Bandar Tun Razak PKR Abd Khalid Ibrahim
    P171 Sepanggar SAPP Enchin Majimbun @ Eric
    P190 Tawau SAPP Chua Soon Bui

    ReplyDelete
  7. pengajaran buat pr....bermakna tak leh pegang malaysia lagi la...perkara kecil cm ni pun tak leh nak hadir diri...disiplin tak jaga.pigilahhhhhhhh.bengang bengang

    ReplyDelete