Majoriti daripada blog blog ini mempertikaikan luahan anak perempuan Tok Guru Menteri Besar Kelantan kononnya luahan perasaannya itu memalukan Tok Guru Menteri Besar dan sepatutnya hanya diluahkan di peringkat keluarga sahaja.
Ramai yang memandang luahan perasaan Nik Amalina itu sebagai suatu yang tidak manis kerana kedudukan beliau selaku anak perempuan Menteri Besar Kelantan yang bersuamikan CEO PMBK yang sebelum ini telah dijadikan punching bag oleh banyak pihak.
Kononnya isu ini adalah isu politik dan isteri jangan ikut campur.
Cuba kita bayangkan jika kita berada di tempat Nik Amalina. Agaknya, apa yang akan kita lakukan? Membiarkan suami kita terus menerus dimalukan? Membiarkan sahaja ayahanda yang dikasihi disakiti dan dihina? Menjerit terlolong kerana tertekan dan marah? Atau bagaimana?
Nik Amalina memilih pendekatan meluahkan perasaannya menerusi medium penulisan dan telah memilih blog milik Dr Siti Mariah untuk menyiarkannya. Salahkah tindakannya itu?
Suaminya dimalukan, sebagai isteri beliau wajib bangung membela maruah suaminya kerana beliau meyakini suaminya berada di pihak yang betul. Salahkah tindakannya?
Ayahandanya dimalukan, sebagai seorang anak yang dididik dengan nilai nilai Islam, beliau berasa terpanggil untuk bangun membela ayahandanya. Salahkah tindakannya?
Apabila beliau memilih medium penulisan sebagai ruang untuk beliau luahkan apa yang terbuku dihatinya, maka pastilah sedikit sebanyak beliau akan menyentuh tuduhan tuduhan yang dilemparkan oleh kickdefella ke atas suami dan ayahandanya.
Naluri seorang wanita tentulah agak sedikit emosional dalam soal soal sebegini walau isteri siapa pun beliau, walau anak siapa pun beliau. Hati beliau pasti terguris dan terluka apabila saban hari membaca tulisan demi tulisan yang adakalanya bukan sahaja nakal tetapi kurang ajar.
Penghayatan kita selaku ahli jemaah tentulah tidak sama dengan penjiwaan Nik Amalina selaku seorang ahli keluarga terdekat kepada kedua dua subjek yang dicaci dan dikeji oleh kawan dan lawan.
Pemahaman kita yang lelaki tentulah sedikit berbeza dengan pemahaman dan penjiwaan seorang wanita apabila suami dan ayahanda yang dikasihi dicaci maki secara terbuka di media dan di alam maya.
Penulis tidak berniat mahu membela Nik Amalina tetapi kita yang bukan wanita ini tentu sekali sukar untuk memahami dan menjiwai naluri luka seorang isteri yang cintakan suaminya sepenuh jiwanya.
Soalnya, dari sudut beliau seorang isteri dan seorang anak, salahkah beliau membela suami dan ayahandanya yang dihina serta dikeji oleh "pemerhati bebas"?
Pandanglah Nik Amalina dari sudut beliau seorang isteri dan anak dan bukannya sebagai Nik Amalina Nik Abdul Aziz.
Aku ni faham sangat tulisan Nik Amalina tu. Ianya mencerminkan betapa pendek akalnya Nik Amalina, dan juga membayangkan watak 'her other half' - suami yg dikasihi yg nampak tidak cerdik. Seorang isteri kebiasaannya akan mempunyai pandangan yg serupa dgn suaminya.
ReplyDeleteTetapi betul lah orang kata, jangan buka pekung di dada. Bila pekung dah nampak, tak boleh la pulak nak suruh orang berhenti berkata-kata. Jika Nik Amalina memilih untuk menulis di pentas awam, dia kena bersedia untuk menerima pujian dan juga kritikan daripada para pembaca tulisannya.
Pada sesiapa yg berhajat untuk membantu Nik Amalina dan suami tercinta, sebaiknya mereka ini memberi nasihat yg lebih membina kepada insan berdua ini, untuk membuat semacam damage control. Bukannya damage control di segi menyuruh orang lain dari terus mengkritik mereka.
- kuntau
Salam PS..
ReplyDeleteApa yang nik amalina itu betul mempertahankan suaminya. yang jadi tidak betul kerana tulisannya yang sambil mempertahankan suaminya tapi pada masa yang sama seolah2 menjadi jurucakap kepada suaminya, mengulangi tuduhan terhadap kick seperti mana yang pernah ditulis abangnya nik abduh. Tulisannya jika diperhatikan juga mengandungi unsur2 untuk lebih menampakkan diri sendiri yang betul dan 'kick' lah punca segalanya. Dan perlu diingat tidak semua menyokong pas dan inilah yang akan diambil kesempatan oleh mereka2 ini.
Bukan tak nak beliau dari sudut seorang isteri dan anak tok guru tetapi kata2 tulisan itulah yang menyebabkan dirinya menjadi sasaran. ingatlah "iman tak dapat diwarisi dari seorang ayah" jika tidak berusaha mencarinya sendiri!
Dalam maknanya tu ps!
Di antara dua komen di atas, pada aku, komen john ada kekuatan berbanding komen kuntau "yang baru lepas berwacana".
ReplyDeleteIni kerana komen john adalah komen berdasarkan pemerhatian manakala komen kuntau hanyalah "suka suka sesedap rasa" sahaja. Maklumlah, baru lepas berwacana.
Ko ada blog sendiri, kan? Membebellah di blog ko jika ko tak puas hati dengan apa yang aku tulis.
Jangan sampai aku banned nick topeng kuntau nih sudahlah.
Kesilapan besar Nik Amalina ialah cuba mengaibkan org lain utk mempertahankan suaminya dan juga bercakap tentang PMBK yg kita tahu yg Nik Amalina hanya seorang suri rumah bukan kakitangan PMBK...........
ReplyDeleteKLIA
KLIA..bagaimana pula percubaan kickdefella mengaibkan orang lain untuk pertahankan dirinya yang kononnya dizalimi?
ReplyDeletekickdefella bukanlah seorang pejuang PAS untuk bercakap soal selamatkan kepimpinan PAS Kelantan.
Jadi, apa beza dua situasi tersebut?
Tak puas puas hati lagi golongan anti Nik Aziz ni. Lepas tembak Arifahmi, tembak Niz Aziz, pastu tembak Nik Amalina...pas ni tembak pulak Tuan Sabariah. Aku rasa selagi ada anak beranak, kaum kerabat Nik Aziz, lepas ni pasti akan ditembak oleh mereka. Aku yakin, kebenaran akan timbul kelak, dan mereka yang membawa kebatilan akan dihancurkan oleh Allah. Nantikan balasan yang maha dasyhat itu nanti.
ReplyDeleteMenanti kebenaran,
ReplyDeleteAna setuju dengan anta dalam soal ini.
Jika diperhatikan sejarah Islam, apa yang berlaku di Kelantan sekarang nih sama seperti mana keturunan Muawiyah dan konco konconya memburu saki baki zuriat Rasulullah saw.
Keluarga Rasulullah saw dihalang berinteraksi dengan orang awam dan orang awam dilarang berkomunikasi dengan keluarga Rasulullah saw sehinggalah akhirnya cucunda baginda terbunuh.
Situasinya sama sahaja.
Ana bukan kata Tok Guru tu Rasulullah saw seperti mana yang akan diulas oleh pemberi komen yang bongok dan separa bongok kejap lagi.
Apa yang mahu ana sebut adalah SEJARAH ITU BERULANG kerana ketaatan membuta tuli secara membabi buta golongan tertentu kepada individu yang memimpin dan bukannya ketaatan kepada kepimpinan yang mentadbir.
Anak beranak Rasulullah saw hanya diizinkan berinteraksi dengan mereka mereka yang berada di bawah khemah mereka sahaja.
ReplyDeleteIni sama seperti mana "bloggers wacana" yang mahukan Nik Amalina meluahkan perasaan beliau hanya di peringkat keluarga sahaja.
Kenapa Muawiyah menghalang interaksi ahl bait dengan orang awam? Kerana tidak mahu warna sebenar beliau dan maklumat sebenar krisis kepimpinan di waktu itu diketahui oleh orang awam.
Di Kelantan juga begitu.
Salam..
ReplyDeleteApa yg tak kena dengan Mahfuz nie, dok bangkit isu dah reda?? Kadang2 pemimpin PAS nie bongok la bila berhadapan dengan media, apa tujuannya didesak2 TGNA dan menantu agar letak jawatan segera? Bodoh la tindakan mahfuz nie...
-jejak awan....
Salam jejak awan,
ReplyDeletePertama, minta maaf banyak banyak sebab ana terpaksa tutup chatbox.
Kedua,juga tidak setuju dengan medium kenyataan Mahfuz kerana teguran itu boleh dilakukan direct kepada Mursyid al-'Am atas kapasiti Mahfuz sebagai Naib Presiden.
Tidak perlu pergi kepada media kerana alternatif lain masih terbuka lulus dan tidak pernah ditutup.
Cuma, anak tidak setuju Mahfuz dibongokkan kerana dalam suasana seperti sekarang semua orang akan melakukan apa sahaja untuk menyelamatkan jemaah termasuk menganjurkan wacana bagi merealisasikan cadangan dan pandangan masing masing.
Persoalannya, selamatkah jemaah dengan tindakan kita itu? Atau kita sekadar mahu mewujudkan jemaah kita sendiri supaya kita dilihat sebagai kelompok penyelamat?
PS,
ReplyDeleteSaya menyatakan bongok/bodoh tindakan itu bukan kepada batang tubuhnya. Mungkin ekoran tindakan beliau, isu menantu akan kembali dimainkan oleh media dan UMNO malah blogger mcm kick, nah jadinya letihlah TG Nik Aziz terpaksa buat kerja berulang kali.Setuju, ada saluran tertutup/bebas fitnah boleh digunakan, kenapa dipilih gunakan saluran media yang terdedah kepada fitnah? Itulah maksudnya tindakan yang bongok, bukan Mahfuz tuh bongok, kalau bongok dia tak dilantik menjadi Naib Presiden. Maafkan ana, kalau ada yang terasa.
Presiden PAS, Timbalan Mursyidul Am, malah Salahuddin Ayubi pun pergi berjumpa secara tertutup bukan main di media, hasilnya TG Nik Aziz akur. Kenapa tak guna cara yang sama??
-jejak awan ...
Jika "bongok" itu ditujukan kpd tindakannya dan bukan kepada peribadinya, ana setuju.
ReplyDeleteKalau minta AF letak jawatan maknanya bencikan AF. Semua orang bencikan AF. Jadi mereka pun bencikan TG (Logik PS).
ReplyDeleteKickdefella bencikan AF. Husam Bencikan AF. Hadi Bencikan AF. Harun Din Bencikan AF. Hatta bencikan AF. Salehuddin bencikan AF. Dan yang terbaru Mahfuz juga bencikan AF sebab dia pun mahu AF letak jawatan (serta merta pulak tu).
Jadi satu-satunya orang yang sayang AF adalah saynotomunafiqeen.
Syabas PS. Teruskan pembodekan anda!
ANON 5:28,
ReplyDeleteYup. Ana akan teruskan "membodek" seperti yang anta syorkan.
Terima kasih atas ucapan syabas daripada anta tu.
So what?
Bagi ana org yg nak ariffahmi letak jawatan adalah org yg syg Tok Guru.... Mereka dah x sanggup melihat Tok Guru di kutuk oleh kerana menantu dia.... Jgnlah anta perjuangkan individu ni lebih dari Tok Guru.......
ReplyDelete