Thursday, December 10, 2009

MAHFUZ JAWAB TOK GURU



Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata beliau tidak tersinggung dengan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyifatkan tindakannya mencungkil isu Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) sebagai hanya memberi peluang kepada Umno "berpesta".

Beliau juga tetap dengan pendirian mahu ketua pegawai eksekutif PMBK Abdul Ariffahmi Abdul Rahman, yang juga menantu Nik Abdul Aziz, melepaskan jawatannya dengan segera.

"Saya kira tak sulit untuk melepaskan jawatan ini, kalau kita rujuk Seksyen 12 Akta Perkerjaan 1955 menerangkan bagaimana kita nak menamatkan kontrak dan pihak majikan Ariff boleh menggunakannya untuk beri tiga bulan gaji kepada dia untuk terus berundur," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Semalam, Nik Abdul Aziz menyifatkan tindakan Mahfuz meminta Abdul Ariffahmi melepaskan jawatannya dengan segera - bukannya menunggu sehingga Mac tahun depan - sebagai satu kesilapan dan hanya memberi peluang kepada Umno untuk "berpesta" mengkritik PAS. - BERNAMA

10 comments:

  1. Saudara PS,

    Saya yakin tokguru berhak memilih AF menjawat jawatan tersebut berlandaskan kelayakan serta keyakinan tokguru sendiri terhadap kemampuan AF dan perkara ini tidak perlu dipertikaikan.

    Saya juga amat tidak berkenan dgn pendekatan Mahfuz dalam mengutarakan perkara ini walaupun dalam masa yg sama saya berpendapat, Mahfuz juga mempunyai asas bagi meminta AF mempercepatkan perletakan jawatannya kerana situasi politik kini.

    Selagi AF di PMBK selama itulah perkara ini diungkit2 dan sentiasa panas. Sebaiknya, Mahfuz bersemukalah dgn AF.

    Adalah lebih baik AF segera tinggalkan PMBK supaya isu ini dapat segera dilenyapkan atau sekurang2nya semakin reda dan kemudiannya menjadi basi. Rakyat akan muak andai media perdana masih mengungkit2 kisah ini.

    Saya rasa banyak keburukan daripada kebaikan andai AF menunggu sehingga Mac 2010. Tapi terserahlah kepada AF. AF tak bersalah cuma menjadi mangsa keadaan. Andai AF sayangkan jemaah dan tokguru, pikirlah sedalam2nya.

    Ini pendapat peribadi saya. tolong perbetulkan andai jelas saya salah.

    //ptrjy

    ReplyDelete
  2. Adoi, mahfuz2. Apsal dlm isu ni hang npk bongok sgt. pntg di hulur mikrofon. Yg hang dok gatal nk g berlaga hujah dgn tok guru tu np.. Skali lg aku ulang, Ko ni mmg bongok la mahfuz.

    ReplyDelete
  3. Ana secara dasarnya bersetuju dgn pandangan ptrjy walaupun pandangan ana lebih mirip kpd pandangan Tok Guru.

    Cuma, dalam bab Mahfuz nih, ana tak setuju jika ada yg kata Mahfuz bodoh.

    Apa yang sesuai disebut adalah tindakan Mahfuz itu satu tindakan bodoh oleh seorang yg gopoh.

    Itu sahaja.

    Dalam hal ini juga, kita dapat tengok, hanya Tok Guru sahaja yg secara terbuka akan mengaku kesilapan dan keterlanjuran kata katanya dan akan memohon maaf manakala pimpinan PAS yang lainnya lebih gemar menegakkkan benang yg basah jika terlanjur kata kpd media.

    ReplyDelete
  4. mahfuz dah terpalit dengan aura kasih. play safe satu hal, sekali sekala kena tunjukkan "i am with you lah." almaklumlah, kan gugur nama dari senarai calon pru 13.

    sepertimana yang pernah saya katakan, dan saya tetap mempertahankannya, selagi perpaduang mencengkam kuasa di jalan raja laut, selagi itulah pas akan dicaturkan oleh seterunya. ia begitu mudah untuk dilakukan kerana sudah ada yang menggunakan tangki bantuan oksigen yang sama.

    wallahu'alam

    ReplyDelete
  5. Saya percaya Mahfuz bersuara kerana berniat baik untuk kebaikan PAS Kelantan dan sayangkan TGNA, cuma caranya tidak kena dengan mengeluarkan kenyataan secara terbuka begitu. Mungkin pemimpin2 PAS patut banyak belajar dengan cara Allahyarham Ustaz Fadhil Noor semasa berdepan dengan provokasi wartawan. Beliau sentiasa befikir dengan bijak dan pertimbangkan baik buruk implikasi jawapan beliau sebelum menjawab soalan. Wallahua'lam

    ReplyDelete
  6. Ana setuju sangat dengan hussin dan sai.

    Semua perlu bijak untuk menangkis serangan media dan bukan main hembus jer waktu bercakap kepada media.

    ReplyDelete
  7. mahfuzzzz akai pendek, gopoh & gelojoh memang amalan mahfuz. kalau nak banding salahuddin ayubi jauh lebih matang & matured dari mahfuz alo kaluti.

    ReplyDelete
  8. Benda dah patu selesai,tiba2 dah ada puak TGNA dan puak Mahfuz bertelagah, tengok natijah tindakan sembrono Mahfuz nie,dah bawak masalah.
    Niat baik, cara tak kena tak guna sekupang pon.

    " Right Intention but Wrong Execution ...."

    - jejak awan...

    ReplyDelete
  9. mahfuz nie ketegaq tahap lembu..... sekeh kapla baghu adda akai.

    ReplyDelete