Saturday, December 12, 2009

ROYALTI MINYAK MILIK RAKYAT KELANTAN - KE MANA HILANG JAWATANKUASA YANG DILANTIK OLEH KERAJAAN NEGERI KELANTAN



Ke mana hilang wibawa jawatankuasa yang dilantik oleh kerajaan negeri Kelantan bagi menyelaras dan menyusun gerak kerja bagi menuntut royalti petroleum milik rakyat Kelantan yang dirampas dan dirompak oleh kerajaan Pusat yang zalim itu?

Pernahkah jawatankuasa ini bermesyuarat? Atau Exco yang menjadi Pengerusi kepada jawatankuasa ini tidak pernah memanggil mesyuarat?

Pernahkah jawatankuasa ini mengeluarkan kenyataan rasmi atas nama jawatankuasa rasmi yang diamanahkan oleh kerajaan negeri Kelantan? Atau hanya Exco yang menjadi Pengerusi itu buat kerja seorang diri?

Pengerusi buat kerja seorang diri kerana tidak dibantu oleh komiti atau Pengerusi tidak pernah memaklumkan segala rancangan yang hendak dilaksanakan kepada komiti yang dilantik?

Komiti tidak berfungsi atau Pengerusi one man show?

Kita menghargai sumbangan dan titik peluh semua orang tetapi janganlah ada yang memburu penghargaan serta puji pujian masyarakat.

Sekadar renungan......

16 comments:

  1. Tak habis2 lg dengki kau ngan si polan.... confirm lah kau ni ader sesuatu ngan Arffahmi....

    Doa aku pada kau neraka bawah sekali jika aper yg lahir dari penulisan kau adalah utk menjatuhkan individu tertentu bukan berjuang utk islam.... AMIN

    Anok Bachok

    ReplyDelete
  2. Semoga doamu itu balik kpd dirimu. Ameen.

    ReplyDelete
  3. Salaam,

    lagi sekali saudara melihat sesuatu dengan ego & benci bukan dgn akal & kewarasan.

    Hanya satu soalan saya,

    Apa yang telah saudara sumbangkan dalam usaha untuk dapatkan royalti minyak ini? adakah hanya doa?

    ReplyDelete
  4. Sama mcm TPM da...... kaum kerabat kot.....

    ReplyDelete
  5. Salam ya syeikh,

    Pls stopkan penglibatan anda dengan Arifahmi. Dia dan pinkturtle banyak tipu anta.

    Mereka pergunakan anta untuk selamatkan diri mereka. Kenapa anta sanggup tanggung kena cerca dan kena maki kerana manusia dua ekor tu?

    Ana tak sanggup tengok sahabat ana kena cerca dan kena maki mcm nih.

    ReplyDelete
  6. Berhentilah membuat kenyataan provokasi... tak ada untungnya. Husam ada juga banyak kerja yang dibuatnya untuk mendapatkan kembali hak rakyat kelantan. Anda pula bagaimana? Tepuk dada tanya iman. Hisab diri sendiri dulu sebelum menghisab orang lain.... dah banyakkah amalan yang anda lakukan? Apa yang telah anda lakukan untuk memperjuangkan hak rakyat kelantan? Saya tengok blog anda hampir 100% berkisar masalah dalaman Pakatan Rakyat (terutamanya PAS) yang cuba anda londehkan kepada UMNO? Anda agent UMNO? Sifat husnul zan anda tidak ada langsung terhadap kepimpinan terutama orang-orang yang berjuang bersama-sama tok guru, malahan anda mengecop mereka sebagai pembantu-pembantu tok guru yang berniat untuk menjatuhkan tok guru sedangkan tok guru tak pernah berkata demikian pun terhadap mereka. Hanya sangkaan-sangkaan jahgat anda sahaja yang mengatakannya... Ingat!!! Was-was dan sangkaan buruk itu adalah dari SYAITAN!!!

    ReplyDelete
  7. Kenapa kau xabis2 lagi dengki dan cuba nak timbulkan kekalutan dan syak wasangka. Pada aku kalau nak buat kerja xperlu nak kena panggil mesyuarat baru nak terhegeh-hegeh nak buat kerja. Itu budaya org melayu, masing-masing ada tangungjawab maka jalankan tgjwab tersebut xperlu tunggu meeting pun. Kau blogger jlnkan tgjwb kau sbg blogger utk dapatkan balik royalti minyak, Husam dgn tugas dia, TGNA dgn tugas dia, Exco2 lain dgn tugas2 masing utk tuntut royalti, Buat laa kenyataan dalam tv, akhbar, xpun panggil rapat umum, buat solat hajat kat stadium, kiranya kemukakan idea pastu bagi tahu TGNA, Xperlu mesyuarat berjela2 laa. Aduii... pening laa kelapa aku tak kan la teruk sgt pemikiran orang PAS nie, Kena bergerak pantas laa, idea tu cepat keluarkan, pandai2 laa kau fikir macam mana masing2 jadi exco, AJK pusat, Dewan Harian, macam2 lagi. jadi buat kerja

    ReplyDelete
  8. Naudzubillah moga 'say no to munafiqeen' tak berbalik pada anda sendiri. Janganlah kerana syak wasangka kita sampai kita timbulkan fitnah pada orang lain. Jangan dengan sedikit bukti dan syak kita menghukum dan akhirnya terfitnah orang lain. Berhati-hatilah dalam menulis dan menyampaikan sesuatu perkara. Wallahua'lam

    ReplyDelete
  9. Kenapa kau tak buat homework dulu sebelum keluarkan artikel..?

    http://perisik-rakyat.com/2009/12/royalti-minyak-kelantan-gegar-atur.html

    ReplyDelete
  10. tuan... jika tidak salah, tuan merujuk kpd artikel yang dikeluarkan oleh agenda daily. dlm artikel itu jelas "agenda"nya cuba meracun pemikiran pembaca dan melaga-lagakan kepimpinan pas kelantan melalui tulisannya... "Ada antara pemimpin PAS mempersoal tindak tanduk Husam dalam isu tuntutan royalti petroleum kerana bertindak sendirian walaupun kerajaan negeri menubuhkan satu jawatankuasa bagi tujuan tuntutan itu kira-kira enam bulan lalu." persoalannya wujudkah pemimpin pas yang dimaksudkan? dan "Selain Husam, setiausaha kerajaan negeri dan pengarah Unit Perancangan Ekonomi (UPEN) antara menganggotai jawatankuasa tersebut." tanpa menyatakan peranan sepatutnya yb husam dlm jawatankuasa itu penulis agenda daily mepertikaikan tindakan yb husam... apa asas hujahnya? ...dan tuan tanpa sedari atau tidak, sekiranya terjumpa sebarang bahan yang dilihat boleh mencalarkan imej yb husam akan terus memberikan respon... walau terpaksa mengutip dari longkang yang busuk...

    ReplyDelete
  11. Ape yg saudara cb smpaikn. Klu Jawatankuasa ade tp action slow pn tkde guna. Klu Husam bekerja sdri tp action dia cpt, ape mslhnya?? Bg sy, Husam tlh berjy membuka mata org rmai ttg isu myk ini. Drpd tk tahu, kpda tahu. Itu sumbangan yg bsr. Bg sy, AF ptt berenti bertelagah dgn org lain. Jgn biarkn dri saudara jd mangsa keadaan kerana yg brk adlh nm sdare. Jika saudara rapat dgn AF, sy cdgkan kt sdare agr menasihati AF spya bkk blog sdri utk jwb tohmahan. Itu lbh baik drpd melalui perantaraan org lain..

    ReplyDelete
  12. ANON 1:26....cadangan anda sedang dipertimbangkan.

    ReplyDelete
  13. Sola tuntutan royalti minyak memang Dato' Husam adalah pengerusinya. Dato' Husam kerja teramatlah rajin, dia tak suka jenis Exco lain yang malas bekerja. Sebabtu dia suka buat secara one men show atau kata orang melayu buat kijo sorang.

    Antara kehebatan dato' Husam ialah menjayakan projek kambing (mampus doh, yg lega Ust. Zul Kuala Krai)projek tanam depu (tak tau mana statusnya, yang boleh hasil Hashim Hj. Omar dan Zaidi Salor) padi Organik (setakat tanam 2-3 ekar, sebab teknologi dari negeri tok besan) Semua ni kerja sepatutnya dilakukan oleh Exco pertanian (dulu Nik Mazian sekarang Che Abdullah) tetapi Dato' Husam yang buat.

    Soal royalti pun macam tu juga, Dari Royalti kepada Ihsan, sebab Husam minta Tok Guru sain surat yang telah ditulisnya, surat pada Najib PM Malaysia (baka Umno tulin) supaya menerimanya untuk berbincang mengenai Royalti minyak.

    hasilnya dah bertukar Ihsan, Husam Najib tak layan sebab bagi Najib (PM = MB) bukan Exco. Walaupun sudah banyak habis pitih buat ekspidisi pelantar cakrawala, tapi duit Royalti nampaknya belum tentu.

    Wajar juga Husam di lantik Exco Pertanian tukar dengan Che Lah.

    ReplyDelete
  14. Dari semalam ana dok copy paste pandangan seorang komentar dari blog Kick yang ana rasa sangat bernas. PS boleh fikir-fikirkan.
    me (08:57:37) :

    Salam,

    entahlah apa nak jadi dengan suasana politik di kelantan mutakhir ini.
    Pening…pening…Pening rakyat melihat gelagat pemimpin2…
    Jikalau tuan/puan semua ingat…semasa ombak tsunami melanda kelantan dengan isu tajaan haji dan PMBK, ado lah sorang YB nih, iaitu nik amar mengeluarkan kenyataan terbuka berkenaan dengan isu penganti tok guru…riuh ploks doh hal ni…

    Tapi bilo baca balik kenyataan nik amar nih dale Sinar Harian keluaran 09 Disember 2009 komen hal Datuk Mahfuz Omar menyarankan ariffahmi agar menyegerakan urusan perletakkan jawatan sebagai CEO PMBK, Nik amar nih ploks komen lagu nih…

    “…adalah tidak sesuai untuk Mahfuz memberi kenyataan akhbar memandangkan isu tersebut boleh diselesaikan melalui cara yang lebih tertib…”-baco sendirilah artikel penuh dale sinar harian tu…

    Pening weh sandiwara di kelantan lo nih…Nik amar pun bagi kenyataan terbuka dalam media hal pengganti tok guru…

    so lagi dale artikel Mstar Online…Nik amar jugok ado komen lagu nih…

    “…Timbalan Pesuruhjaya Pas III Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, isu royalti minyak itu seharusnya diselesaikan dengan cara rundingan ‘anak-beranak’.-http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/12/9/mstar_berita/20091209155402&sec=mstar_berita

    Sebelum nih Dato’ Husam tak selesaikan dengan cara adik beradik ko?Merusuh ke Dato’ Husam?

    Pakat2 fikirlah dengan banyak sandiwara di kelantan mutakhir nih…
    Ni salah satu contoh sandiwara di Kelantan…

    Ambo saye PAS dan tok guru…tetapi kecewa juga kerana di sekeliling tok guru terdapat orang yang tisdak sesuai untuk menasihati beliau dalm semua urusan.

    Cuba kita ingat…dalam sidang DUN Kelantan baru nih…ado YB yang komen hal exco tidak tahu hal urus tadbir…perlu panggil INTAN bagi nasihat…

    ambo harap inshaallah kemelut di kelantan akan selesai dengan cara aman dan kerajaan PAS Kelantan terus kekal di bawah kepimpina tok guru…amin…

    ReplyDelete
  15. Sepanjang yang ana bersama Husam, dia tak pernah menghina individu satu jamaah. Yang dia senyap banyak le. Kalau serangan dari anggota jamaah, biasanya dia tak akan balas. Ini yang menyebabkan orang mengambil kesempatan keatasnya.
    Kalau kita study kes Nik Abduh contohnya, bila pernah dia balas tuduhan Nik Abduh walaupun tuduhan itu sangat serius sesama pejuang Islam. Dalam kes ArifFahmi pun sama. Nik Amalina juga membuat tuduhan kepada beliau selaku seorang Exco yang membenci suaminya. Mana pernah beliau jawab.
    Ana kasihan kat dia. Walaupun dia manusia yang ada kelemahan, tapi yang pasti musuh dia adalah UMNO. Ahli jamaah ni bukanlah saingannya. Banyak juga Exco Kelantan yang tak buat silap, sebab mereka tak bekerja. Kalau bekerja sudah tentu ada yang tersilap, tersasul dsb. Kalau tak buat kerja sudah tentu tak akan silap dan tidak akan tersasul.

    ReplyDelete
  16. Untuk pengetahuan PS, ada dua orang Exco yang menangis dalam bilik TG supaya TG jangan pergi ke Mekah dengan tajaan. Ana dipahamkan seorangnya adalah Husam. Orang sangkakan beliau menangis sebab nak letak jawatan. Yang tu le heboh dalam akhbar.
    Ana tak tahu apa akan jadi kalau TG ke Mekah hari tu. Ana dapat bayangkan SPRM sedang menunggu Tg di KLIA selepas balik haji. Cukup le selepas itu akhbar siarkan Nik Aziz dituduh menerima Rasuah. SPRM akan terus tunda pendakwaan samapai pilihanraya ke 13. PASpun akan lingkup.
    Orang yang kata sayang kat TGNA tu lah yang mencari sponsor kat TG ke Mekah. Dia tak rasa bersalah pun. PS terus menuduh orang yang tak mahu TGNA ke Mekah sebagai bencikan TG. Nauzubillah.

    ReplyDelete