Tuesday, June 23, 2009

ALMARHUM TUAN GURU DATUK HJ FADHIL MOHD NOOR TETAP DI HATI




"Tidak ada satu parti politik di Malaysia yang mempunyai tradisi penyatuan ulama' dan golongan profesional yang kukuh seperti yang wujud di dalam PAS"
- Ucapan Dasar Dato' Fadzil Noor dalam Muktamar Tahunan PAS ke-46, 2000.

Hari ini genap 7 tahun Almarhum Dato' Fadzil Noor pergi meninggalkan kita. Mungkin ramai yang terlupa, mungkin sibuk agaknya dengan isu perdamaian Nik Aziz - Nasharuddin, isu mensyuarat Pakatan Rakyat menolak Kerajaan Perpaduan, isu kes liwat Anwar Ibrahim yang akan dibicarakan pada bulan depan, isu PRK Manek Urai, dan lain-lain.

Hari ini merupakan ulangtahun perginya seorang mujaddid di dalam gerakan Islam di Malaysia, yang banyak meninggalkan kesan kepada pakatan pembangkang dan PAS khususnya. Kebanyakan kejayaan pakatan pembangkang yang kita lihat pada hari ini adalah hasil daripada Almarhum yang banyak merintis bentuk perjuangan parti pembangkang.

Almarhum dilahirkan pada tahun 1937, di Kampung Seberang Pumpung, Alor Setar, Kedah. Mula menyertai PAS pada pertengahan tahun 60-an. Mula berkecimpung sepenuhnya di dalam PAS selepas tamat pengajian di Al-Azhar, Mesir. Menjadi Presiden PAS dari tahun 1989 sehingga 2002. Almarhum mula menjadi wakil rakyat di DUN Bukit Raya pada tahun 1982-1999. Pada tahun 1999, almarhum bertanding di DUN Anak Bukit dan Parlimen Pendang, dan memenangi kedua-dua kerusi tersebut, dan seterusnya menjadi Ketua Pembangkang di DUN Kedah dan juga di Dewan Rakyat.

Almarhum adalah yang merupakan salah seorang pejuang Islam yang sangat saya kagumi. Pidatonya banyak memberi kesan. Seingat saya, hanya sekali saja saya melihat beliau di depan mata, iaitu pada 10 tahun lepas, sewaktu era reformasi melanda di negara ini. Almarhum dijemput berceramah di Kuala Terengganu, pidato beliau sangat bersemangat dan menyebabkan suasana menjadi agak bising ekoran pendengarnya yang agak bersemangat.

Almarhum dihormati kawan dan lawan. Walaupun nampak lembut di luaran, tapi apabila beliau berucap, ucapannya mampu memberi kesan yang agak mendalam, kadangkala tegas dan keras. Almarhum juga mampu memberi hujah yang baik ketika berucap di Parlimen. Dan beliau berucap tanpa teks ucapan.

Bagi perjuangan pakatan pembangkang, almarhum lah yang menjadi perintis sehingga terbentuknya Angkatan Perpaduan Ummah pada tahun 1990, hasil gabungan daripada PAS, S46, HAMIM, BERJASA, dan KIMMA. Hasil daripada itu, kemenangan besar dikecapi oleh pembangkang. Kemudian almarhum sekali lagi merintis kepada pembentukan Barisan Alternatif, iaitu PAS, PKN, PRM, dan DAP, yang kekal sehingga hari ini dan dikenali sebagai Pakatan Rakyat.

Tindakan permuafakatan politik yang dibawa almarhum sangat sukar diduga oleh pemimpin mahupun penyokong PAS. Siapa sangka pada petang Anwar Ibrahim dipecat, beberapa jam kemudian almarhum tiba di rumah Anwar untuk memberi sokongan, walaupun Anwar berpuluh kali melukakan hati almarhum. Hasil daripada itu, sampai sekarang parti PAS dan Keadilan tidak pernah terpisah. Ini jasa daripada almarhum.

Almarhum juga perintis kepada sebuah NGO iaitu GERAK (Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi) dan juga Gerakan Mansuhkan ISA pada 2001. Semua usaha yang dikerjakan oleh almarhum telahpun membuahkan hasilnya pada hari ini. Kejayaan demi kejayaaan berjaya diperoleh pakatan pembangkang.

Almarhum dimasukkan ke hospital kerana mengadu sakit dada selepas tamat Muktamar di Terengganu, pada Jun 2002. Kemudian almarhum dimasukkan ke HUKM, dan menghembuskan nafasnya yang terakhir di sana. Jenazah almarhum dihantar melalui pesawat dari Subang hingga ke lapangan terbang di Kepala Batas, kemudian dihantar ke Kedah. Pemergiannya dikerumuni oleh 100 ribu rakyat marhaen, yang berebut-rebut mahu mengangkat kerandanya untuk dikebumikan di Madrasah Darul Ulum, Pokok Sena, Kedah.

Almarhum masih lagi sempat "berdakwah" ketika di dalam perjalanan ke liang lahad. Pesawat yang dinaiki jenazah almarhum dipayungi oleh awan. Perkara ini dilihat oleh krew pesawat terbabit, dan menyebabkan pemandu pesawat tersebut yang beragama Hindu, akhirnya memeluk Islam akibat takjub dengan peristiwa tersebut.

Pemergian almarhum merupakan satu kehilangan besar kepada gerakan Islam di Malaysia. Tiada yang dapat menggantikan almarhum. Al-Fatihah.

SUMBER : www.reformisjalanan.blogspot.com

2 comments:

  1. Salam..
    Ana teringin benar nak mengenali anta dengan secara lebih dekat...h/p ana 0125723771..

    ReplyDelete
  2. Salam...

    TQ kerana sudi nak kenal ana. Terasa sekali tarikan ukhuwwah antara kita.

    Namun, ana hanya orang kecil di dalam jemaah ini. Ana trauma dengan sikap sikap ahli jemaah yang nampak mcm faham jemaah tetapi hakikatnya merekalah yang membuatkan orang menjauhi jemaah.

    Email ana : pemburusyahid@yahoo.com

    ReplyDelete