Thursday, June 18, 2009

DAH RAMAI DAH BANGUN TIDO


Dah ada beberapa orang lagi yang baru bangun tidur. Depa terjaga pasai ada wartawan tanya depa. Kalau dak, depa dok lena lagi. Ayaq lioq basi pun dah nak meleleh dah.

Mari kita dengar dan tengok depa nih mengigau. Ki
ta saksikan.



Naib Presiden PAS Hj Mahfuz Omar - Menyerahkan kepada parti untuk cari penyelesaian terbaik. Menunggu Presiden pulang ke tanahair supaya mesyuarat dapat diadakan. Kenyataan yang dibuat oleh Mursyid al-'Am bukanlah bibit bibit perpecahan dalam PAS.

ULASAN : Pasai apa laa nie baru nak buka mulut. Kalau sebelum nih hang buka mulut bukankah lebih baik. Keadaan dah panas. Sementara nak tunggu Presiden sampai sini, buatlah sesuatu. Janganlah tengok saja. Takkan hang nak tunggu sampai berpecah baru hang nak buat sesuatu. Pasai belum pecahlah hang kena bertindak. Berpijaklah di bumi nyata wahai Tuan Naib Presiden.



Bendahari PAS Pusat Dr Hj Mohd Hatta Ramli - Keadaan semakin panas. Tidak boleh dibiarkan berterusan. Beri kepercayaan kepada pimpinan tertinggi parti untuk mencari jalan keluar.

ULASAN
: Tau pun tak boleh dibiarkan. Tapi hangpa biar buat apa? dah jadi macam nih baru hangpa nak kata tak boleh biar? Memanglah kami ahli bawahan bagi kepercayaan kat hangpa untuk selesaikan masalah nih tapi hangpa main main dengan kepercayaan yang kami bagi nih pasai apa?



AJK PAS Pusat Dr Mujahid Yusuf Rawa - Jika ada masalah, selesaikan ikut saluran yang ada. Manfaatkan Jawatankuasa Disiplin dan sebagainya.

ULASAN
: Pasai apa tak buka mulut daripada awal? Pasai apa bila wartawan tanya baru nak buka mulut dan bagi cadangan itu dan ini? Kalau wartawan tak tanya, hang dok tidoq jugak. Memanglah ada saluran itu dan ini. Kami pun tau ada macam macam jawatankuasa. Tapi kami ka yang nak heret Nasaruddin ka sapa sapa ka ke jawatankuasa tu? Kami ka? Hangpa laaa.

No comments:

Post a Comment