Friday, June 12, 2009

PAS DITERIMA RAMAI KERANA KELEMBUTAN ISLAM YANG DITUNJUKKAN OLEH TG HJ NIK AZIZ : BUKANNYA TG HJ HADI APATAH LAGI NASA DAN MUSTAPHA



Nampaknya ada di kalangan barua dan boneka UMNO dalam PAS (geng-geng ustaz Nasharudin) mula mempertikaikan kepimpinan Tuan Guru Nik Aziz, Mursyidul Am PAS. Mereka juga mempersoalkan campur tangan TG Nik Aziz.... hingga ada yang dengan kurang ajar mengatakan TG Nik Aziz dah nyanyok.......... nampak sangat mereka bodoh dan dungu.

Memang Mursyidul Am PAS tiada kuasa eksekutif dalam Organisasi PAS... namun lupakah ustaz Nasharudin bahawa Mursyidul Am PAS adalah Pengerusi Majlis Syura PAS iaitu badan tertinggi dalam PAS....

Lupakah ustaz Nasha si tali barut UMNO bahawa Mursyidul Am mempunyai kuasa veto membatalkan keputusan Presiden yang pada pandangan Majlis Syura melanggar etika perjuangan Islam, merugikan PAS dan melanggar syariat Islam..... Lupakah mereka????

Lupakah ahli PAS semua bahawa Tuan Guru Nik Aziz adalah IKON yang menjadikan PAS kuat dan berpengaruh.... Ramai kalangan rakyat bawahan jatuh cinta dengan ketokohan dan kesederhanaan Tuan Guru Nik Aziz dan itu menjadi punca kenapa mereka menyokong PAS.

Kesederhanaan Tuan Guru Nik Aziz terkenal di seantero dunia sehinggakan jika kita merantau ke ceruk Britain, Australia, Amerika..ramai kalangan imam-imam di sana menyatakan kekaguman terhadap Tuan Guru Nik Aziz....

Sehinggakan ramai Muslim Singapura dan Brunei sanggup datang ke Kelantan semata-mata untuk meminta Tuan Guru 'cukur jambul' anak mereka dan mendoakan anak mereka..malahan ada seorang hartawan Singapura yang kagum dengan sikap sederhana Tuan Guru telah memberi sumbangan besar dalam bentuk pelaburan ke Kelantan.

Anak-anak muda masa kini ramai yang sokong PAS bukan kerana ideologi yang dibawa oleh PAS...bukan kerana negara Islam PAS... TETAPI kerana jatuh cinta dengan kesederhanaan dan ketokohan Tuan Guru Nik Aziz yang menjadi IKON dan CONTOH terbaik seorang insan yang bertakwa.... dari situ baru mereka menerima PAS dan menyokong PAS.

Ramai kalangan bukan Islam khususnya orang Cina juga menyokong PAS kerana kagum melihat ketokohan dan kesederhanaan Tuan Guru Nik Aziz.....

Sedarlah.... ramai menyokong PAS kerana jatuh cinta dengan ketokohan, kesederhanaan dan kewarakan Tuan Guru Nik Aziz......

Tuan Guru Hadi Awang????... tanyalah rakyat bawahan..mereka tak kenal pun...malahan semasa Hadi Awang jadi Menteri Besar Terengganu, ramai rakyat Terengganu bengang dan kecewa dengan sikap Hadi Awang yang terlalu ikut telunjuk Mustapha Ali dan Nasharudin si tali barut UMNO.. pengkhianat perjuangan Islam....... hingga kini...sukar bagi PAS menawan Terengganu....

Tidak dapat saya bayangkan PAS tanpa ketokohan Tuan Guru Nik Aziz.....kita sudah pun kehilangan Almarhum Ustaz Fadzil Noor, pemimpin lagenda PAS.... wahai ahli PAS, selagi masih ada Tuan Guru Nik Aziz bersama kita... hargailah..... dengarilah.. taatilah..sebelum dia melangkah pergi....

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai tuan guru antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

SUMBER : www.mimpi-senja.blogspot.com

p/s : Artikel nih aku copy seketul daripada blog asal So, susun atur perkataan dan gaya bahasa tu adalah juga milik pemilik asal artikel nih. Jika bahasa yang beliau gunakan tidak mengikut standard, janganlah aku pula yang dipersalahkan.

1 comment:

  1. Nampaknya ada di kalangan barua dan boneka UMNO dalam PAS (geng-geng ustaz Nasharudin) mula mempertikaikan kepimpinan Tuan Guru Nik Aziz, Mursyidul Am PAS

    Duhai (geng-geng ustaz Nasharudin)cuba isih kembali sejarah pas dan kelantan.

    kenapa kelantan pas boleh menang.
    Pas telah membinbing kelantan selama 19 tahun.

    kenapa negeri lain tak boleh di perintah oleh pas.contohnya te0rengganu sedang trengganu di bawah Presiden Pas sendiri.

    kenapa . kenapa dan kenapa.

    jawabnya senang sahaja.

    ketelusan dan kewibawan ulama adalah petunjuk KPI bagi pas.

    adakah barisan JK yang baru dipilih tidak berwibawa dan tidak ada ketelusan.

    HANYA ANDA DAN INDIVIDU INDIVIDU TERSEBUT SAHAJA YANG DAPAT MENJAWABNYA.

    DATANG YANG HAK maka AKAN HILANGLAH YANG BATIL.

    kalau tak percaya sila rujuk kepada tok guru.

    ReplyDelete