Thursday, June 18, 2009

UMNO CHERAS SEDIA TERIMA NASARUDDIN



SARANAN Datuk Nik Aziz Nik Mat supaya Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa keluar daripada parti itu dan menyertai UMNO gara-gara menyokong cadangan pembentukan kerajaan perpaduan dilihat sebagai usaha terbaru beliau menolak penyatuan umat Islam.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee yang terkejut dan kecewa dengan perkembangan terbaru itu menyifatkan Mursyidul Am PAS itu semakin angkuh dan takbur.

“Sungguh memalukan, seorang Tok Guru tidak mahu kepada usaha penyatuan umat yang dilakukan PAS-UMNO, sebaliknya timbalan presiden disyorkan keluar parti,” tegas beliau.

Berikutan itu, Syed Ali tidak menolak kepimpinan PAS sekarang ini telah terbelah kepada dua – satu menyokong kepimpinan Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang dan satu puak lagi taksub dengan Nik Aziz.

“Kita tidak campur tangan dalam rumahtangga PAS, tetapi desakan supaya Nasharuddin keluar daripada PAS kerana isu kerajaan perpaduan amat dikesali dan tidak sepatutnya berlaku dalam sebuah parti yang kononnya berjuang atas landasan Islam,” tegasnya.

Sehubungan itu katanya, desakan supaya Nasharuddin keluar daripada PAS membayangkan bahawa sikap sesetengah pemimpin PAS yang tidak boleh menerima pandangan dan teguran orang lain.

Sebaliknya beliau menjelaskan, Nasharuddin telah menunjukkan dirinya sebagai salah seorang pemimpin Islam yang sanggup mengetepikan agenda politik kerana kepentingan penyatuan umat.

“Jika Nasharuddin ditendang keluar daripada PAS, UMNO Bahagian Cheras bersedia pada bila-bila masa untuk memberi tempat kepada beliau sebagai ahli parti” ujarnya.

Beliau menjelaskan, ketokohan dan kewibawaan Nasharuddin amat diperlukan kerana beliau telah membuktikan keikhlasannya untuk bersama merintis jalan kearah perpaduan orang Melayu.

“Mengapa Nik Aziz bertindak sedemikian rupa hanya kerana ada pihak yang ingin kembali bersatu atas nama persaudaraan sesama Islam, ini bermakna beliau sememangnya tidak mahu kepada perpaduan umat,” tegasnya.

Syed Ali menyifatkan haluan pemimpin PAS sekarang ini semakin jauh terpesong dan tersasar daripada tuntutan ajaran Islam yang sebenarnya kerana dipengaruhi oleh kepentingan politik.

SUMBER : www.bloglist-politik.blogspot.com


ULASAN : Artikel nih aku terlewat siar. Tapi takper. Nasaruddin dah ada orang nak beli. Mustapha Ali bila lagi? Kalau tak laku, bagitau jer kat Syed Ali, "u buy one and u will get one free".

No comments:

Post a Comment