Thursday, June 25, 2009

NAJIB MAKIN MERABAN




Najib kata tak semua ahli PAS menolak idea Kerajaan Perpaduan. Mungkin betul, kerana ada ahli PAS yang masih nak "dakwah" kepada UMNO. Dakwah dalam gelap atau dalam terang, itu soal lain.

Namun, apa yang Najib kena faham adalah semua ahli PAS menolak UMNO tidak kira kelompok itu menyokong idea Kerajaan Perpaduan atau menolak idea Kerajaan Perpaduan.

Najib tidaklah perlu terhegeh hegeh bercakap sebagai jurucakap PAS kerana kami ahli ahli PAS lebih memahami sepak terajang UMNO berbanding ahli UMNO sendiri.

PAS memang sentiasa ikhlas dalam setiap tindakan dan pendekatan yang diambil tetapi ikhlaskah UMNO untuk berdamai?

Setakat ini, belum kelihatan lagi keikhlasan UMNO. Yang ada hanyalah "kelihatan ikhlas" dan hakikatnya UMNO khianat nak mampos.

No comments:

Post a Comment