Thursday, June 18, 2009

JANGAN BONGKAK WAHAI MUSTAPHA ALI !!!



"Kami Kelab Penyokong PAS tidak mahu pemimpin yang bersetuju dengan pembentukan kerajaan perpaduan itu turut berkempen dalam pilihan raya DUN Manik Urai kerana ia boleh mengelirukan rakyat, khasnya pengundi PAS kawasan itu jika mereka memperkatakan isu itu". "Jadi, lebih baik mereka jangan datang berkempen dalam masa kempen pilihan raya DUN Manik Urai kali ini".

Yap Kok Seng
- Kelab Penyokong PAS Cina Kelantan



"Dia tidak boleh wakil PAS. Dia kelab penyokong. Itu pandangan dia sahaja. Kita pun tak larang orang nak bercakap apa pun."

Mustapha Ali
- Setiausaha Agong PAS ( yang mewakili UMNO)



ULASAN
: Nie lah contoh pimpinan PAS yang lupa daratan. Maklumlah, dah lemas dengan janji janji manis UMNO nak tubuh Kerajaan Perpaduan. Ada hati nak jadi menteri gamaknya kot.

Sedar tak bahawa di antara faktor kemenangan Pakatan Rakyat khususnya PAS di kerusi bandar dan pinggir bandar di Pantai Barat adalah faktor sokongan pengundi bukan Melayu dan bukan Islam? Malah, ahli Kelab Penyokong PAS sama ada Cina atau India bertungkus lumus melebihi tungkus lumusnya ahli PAS.

Apa yang disuarakan oleh ahli Kelab Penyokong PAS itu adalah luahan hati mereka. Mereka tidak mahu PAS yang mereka percayai ini mengkhianati mereka. Salah ker?


Apa yang dikatakan oleh Mustapha Ali tu ada betulnya tetapi sangatlah tidak cerdik untuk berkata sedemikian dalam keadaan sekarang. Pengundi bukan Melayu sekarang terpinga pinga tentang bagaimanakah kedudukan mereka dalam PAS jika Kerajaan Perpaduan yang dicita citakan oleh Nasaruddin dan Mustapha Ali ini menjadi kenyataan. Tak pasal pasal pulak Mustapha yang bodoh sombong ini melepaskan peluru meriam yang berjenama "dia siapa untuk mewakili PAS".


Fikirlah sikit. Mana lebih perlu di antara menjalinkan hubungan dengan golongan bukan Islam yang mahu mendengar apa itu Islam dengan menjalinkan hubungan dengan kelompok bertopeng yang jelas rekod pengkhianatannya terhadap Islam?


Lupakah Mustapha dan Nasaruddin tentang pembunuhan di Memali? Lupakah Mustapha dan Nasaruddin tentang insiden Batu Enam? Lupakah Mustapha dan Nasaruddin insiden Batu Buruk? Lupakah Mustapha dan Nasaruddin perobohan masjid dan rumah di Terengganu?

Sah hangpa berdua Melayu mudah lupa (UMNO).


Lain kali kalau nak bercakap, gunalah akal. Jangan guna otak. Beza manusia dengan haiwan adalah akal. Kalau otak, dedua ada. Jangan jadi limau purut tiga serangkai (Nasaruddin + Mustapha + ?).

No comments:

Post a Comment