Thursday, June 18, 2009

TRANSKRIP KENYATAAN MURSYID AL-'AM BERKAITAN KERAJAAN PERPADUAN DAN NASARUDDIN



“Isu (kerajaan) perpaduan ini bukan datang daripada Pas tetapi lontaran daripada peribadi tertentu. Bukan daripada Pas. Kalau YAB PM sebut Pas setuju, itu tak betul.


Itu lontaran daripada peribadi dan juga tidak masuk dalam kertas agenda (mesyuarat) parti (Pas) sendiri. Parti Pas sendiri tak ada agenda mesyuarat (mengenai kerajaan perpaduan). Dan juga tak masuk dalam agenda mesyuarat Pakatan (Rakyat).


Jadi, dengan sebab itu Pakatan pun tak tahu. Pas sendiri tidak (ada pendirian) rasmi. Maka bagaimana nak sebut Pas (setuju)? Tak boleh. (Ini adalah) lontaran peribadi orang tertentu.


(Pertama), benda ni (perlu) ada mesyuarat parti. Yang kedua, (mesyuarat) Pakatan. Kalau Pas setuju, Pakatan setuju, itu lainlah masalahnya.


Tapi, Pas pun tidak dibincang, Pakatan pun tidak dibincang. Mana boleh kita nak kata benda ni (Pas setuju)?


Sebab itu saya kata, ini kerja…ini kerja boneka Umno. Saya ulangi lagi, ini kerja boneka Umno.


Kalau semua setuju, Pakatan setuju, Pas setuju, maka semua akan (dilantik) jadi anggota kerajaan. DAP juga akan jadi menteri, PKR juga akan jadi menteri, Pas juga akan jadi menteri. (Ini) baru benar-benar perpaduan. Ini bukan perpaduan, ini perpecahan.


Umno sekarang berpesta. (Ber)pesta bahawa Pas sudah masuk perangkap mereka. Pas sama Pas dah kalut. Pas dan Pakatan dah bergaduh. Jadi, Pas sama Pas dah pecah, bercelaru. Bukan pecah, bercelaru. Pas dengan Pakatan pun dah jadi celaru. Jadi, ini (idea kerajaan perpaduan), Umno dah berjaya. Berjaya memecahbelahkan orang Pas.


Alhamdulillhah, dapat dibendung melalui kenyataan saya, bahawa (kerajaan perpaduan ini) tak dapat diterima. Ini orang, boneka Umno, sudahlah.


Kalau benar Timbalan (Presiden Pas) Nasharuddin, kalau benar dia nak setuju (kerajaan perpaduan), lebih baik dia masuk Umno terus. Biar, baik dia masuk Umno, terang. Dia letak jawatan di Bachok, dia bertanding (semula atas tiket BN).


Apa dia buat sampah ni? Menyusahkan orang. Dia tak tahu bagaimana susahnya saya. Datang (jumpa), telefon, datang jumpa sendiri (dan) menangis-nangis, sebak-sebak. (Ada) orang Kelantan dan luar Kelantan datang jumpa saya, sebak.


Setengah orang tu datang tak boleh nak bercakap depan saya, sebak. Apa ceritanya (ini semua)?


Dia masuk Umno senanglah daripada duduk dalam Pas nak menenggek. Dalam Pas tak boleh (menenggek begini). Tak dak moral kita panggil (kalau buat begitu).”


SUMBER : www.bongkarsauh.blogspot.com

No comments:

Post a Comment