Sunday, June 28, 2009

PRK BANDAR TUN RAZAK - JANGAN JADI MAKHLUK YANG HARAMJADAH




PRK Bandar Tun Razak? Jangan harap dan jangan bermimpi di siang hari ! Jangan khianati titik peluh kami ! Jangan jadikan kami sebagai bidak bidak catur untuk memuaskan hati dan perasaan anda ! Wahai PKR !!

Kami korbankan macam macam ketika Pilihanraya Umum Ke 12 yang lalu. Semuanya kerana niat kami ingin melihat BN terutamanya UMNO tersembam ke bumi.

PKR hanya ada beberapa cawangan sahaja di Bandar Tun Razak. Namun, kami yang bertungkus lumus siang malam nih sanggup buat apa sahaja bagi memenangkan apa apa sahaja parti yang bertanding melawan BN mencapai kemenangan.

Kami faham Tan Sri sibuk. Kami faham Zaid Ibrahim ada potensi. Perasaan kami pula bagaimana? Jangan jadikan kami penyokong Pakatan yang dibuli seperti mana ahli UMNO dibuli dan diperbodohkan oleh UMNO !!

Yang sanggup mendengar luahan pengundi atas pagar adalah kami !! Yang sanggup menahan panas telingan bila masyarakat tanya "mana Tan Sri" adalah kami !! Bukan Azman !! Apatah lagi Othman Karim !!

Walaupun hati kami cukup terkilan dengan sikap "nak tak nak" Tan Sri menjenguk kami di sini, namun kami telan semua keterkilanan itu supaya rasa cinta dan kasih kami kepada Pakatan tetap subur.

Kami tetap akan bersama Pakatan. Kami tidak akan sekali kali memberikan undi kami kepada BN walau apa juga keadaannya. Walaupun kami mempunyai Ahli Parlimen yang bersikap acuh tak acuh jer dengan kebajikan kami di Bandar Tun Razak nih, kami redha kerana kami tahu PKR parti baru dan baru mendapat kuasa.

Barangkali masih kekok dan masih banyak kelemahan perlu diperbaiki. Tetapi janganlah perbodohkan kami dengan meletakkan jawatan dan mengadakan pilihanraya kecil !!

Cukuplah wahai PKR. Janganlah menjadikan rasa kecil hati ini berubah menjadi sakit hati. Sakit hati itu tidak mungkin mengalihkan sokongan kami kepada BN tetapi boleh jadi juga PKR pun tidak akan mendapat undi kami.

Cukuplah Tan Sri. Hentikanlah cakap cakap kosong halwa telinga tu. Kami dah muak mengadap muka wakil wakil Tan Sri. Buatlah apa pun di Bandar Tun Razak nih, dari 10 program, pasti 7 atau 8 akan dihadiri oleh wakil Tan Sri.

Azman? Apa dia tau tentang luahan rasa pengundi? Othman Karim? Gebang bolehlah. Ishak? Teori jer cantik dan indah.

Apa apa pun, jangan jadikan kami bidak bidak di papan catur Bandar Tun Razak ini. Cukuplah anda "menglembukan" saudara saudara kami di Penanti. Jika berlaku juga pilihanraya kecil di Bandar Tun Razak ini, bersedialah PKR untuk menerima selipar buruk dari kami.

Ingat........

Itu suara hati aku. Walaupun semua menafikan tetapi cakap cakap ahli politik nih biasanya sebaliknya. Kata tak jadi tapi maksudnya jadi. Kata tak ada tapi maksudnya ada.

No comments:

Post a Comment