Friday, June 19, 2009

TIDAK MUDAH UNTUK KAMI LUPAKAN KEKEJAMAN UMNO


Umno mahukan perbincangan dengan Pas mengenai kerajaan perpaduan disegerakan dan meminta pemimpin Pas melupakan persengketaan lama bagi kepentingan perpaduan umat Islam di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata beliau berharap perbincangan itu berjaya diadakan kerana jika perkara itu dibiarkan berlarutan akan timbul perpecahan dalam kalangan umat Islam.

"Kita tidak akan tetapkan apa-apa syarat dan kita terima apa saja syarat yang ditetapkan oleh Pas. Bagi saya kita perlu bersikap terbuka," katanya kepada pemberita pada majlis Perjumpaan Khas Dengan Warga Pendidik di Sekolah Kebangsaan Sungai Sok di sini hari ini.

Muhyiddin adalah juga Menteri Pelajaran.

Beliau meminta Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya melupakan sengketa yang pernah berlaku antara Pas dan Umno pada era 70-an dahulu sewaktu kedua-dua parti bekerjasama membentuk kerajaan negeri Kelantan tetapi Pas kemudian keluar kerana masalah dalaman.

"Itu zaman lampau. Sebagai umat Islam kita digalak bermaaf-maafan," katanya. - Bernama


ULASAN : Begitu mudah mamat nig minta Mursyid al-'Am melupakan sejarah hitam penuh kepahitan yang pernah berlaku dulu. PAS bukan sekadar melukut di tepi gantang malah ditendang keluar dengan penuh kehinaan. Semuanya gara gara "keikhlasan" dan "kejujuran" UMNO.

Hari nih, bila UMNO dah nyawa nyawa ikan, mamat nih merayu supaya PAS melupakan sejarah lama demi perpaduan umat Islam di negera ini. Sejak bila pula UMNO sayangkan Islam nih? Bukan sekali dua UMNO meroyan macam nih. Dah banyak kali kita ditipu. Adakah kita akan membiarkan PAS tertipu lagi? Tidak sama sekali !!

Cukuplah hanya Nasaruddin sahaja yang hanyut. Jangan kita ikut sekali kerana hanyutnya Nasaruddin sebenarnya menuju kelemasan.

Tak perlulah untuk UMNO terhegeh hegeh nak letak syarat atau tak nak letak syarat, tolak apa sahaja syarat PAS atau setuju semua dengan syarat PAS kerana PAS TAK KEBULUR NAK BEKERJASAMA DENGAN UMNO.

Jika UMNO ikhlas, ulang semula, jika UMNO ikhlas, pulangkan apa sahaja yang dirampas sejak tahun 1990 sehingga sekarang kepada kerajaan PAS di Kelantan. Seret juga pembunuh pembunuh penduduk Memali ke pengadilan. Dan yang paling penting, kembalikan semula kuasa rakyat di Perak. Sama ada serah kembali kuasa kepada kerajaan Pakatan Rakyat atau bubarkan DUN Perak supaya laluan untuk mengadakan pilihanraya semula di Perak menjadi terbuka.

Jika tidak, selipar Jepun akan menjadi hadiah dan habuan paling tepat untuk dihinggapkan ke wajah wajah kotor pimpinan UMNO.

Rasulullah saw juga berdakwah. Malah, hasil dakwah Rasulullah-lah yang membuatkan kita mendapat nikmat Islam dan nikmat iman pada hari ini.

Sedarkah kita bahawa Rasulullah saw juda menjatuhkan hukuman bunuh? Kenapa Rasulullah saw menjatuhkan hukuman bunuh ke atas individu tertentu? Kenapa Rasulullah saw tidak menyeru meraka kepada Islam berulang kali? Kerana Rasulullah saw tahu bahawa selagi individu individu itu melata di atas muka bumi ini, maka selagi itulah Islam akan terhalang pembangunan dan perkembangannya.

Lihat sejarah ini menerusi konteks keadaan di negara kita ini. UMNOlah individu individu itu. UMNOlah batu penghalang kepada pembangunan dan perkembangan Islam di negara ini. Jadi, tunggu apa lagi? Bukankah kita semua mahu mengikut jalan Rasulullah saw?

Tak tahulah pula jika ada di kalangan kita yang mahu mengikut jalan Nasaruddin.

No comments:

Post a Comment