Thursday, June 18, 2009

TAHNIAH 10 AHLI PARLIMEN PAS



Sepuluh ahli parlimen PAS tiba-tiba membuat kejutan petang ini - mengisytiharkan beramai-ramai penolakan kerajaan perpaduan dan sekali gus memberi mandat kepada mursyidul am untuk menangani isu tersebut yang sedang menggelegak dalam parti itu.

Dalam kenyataan ringkas tiga perenggan, mereka sebulat suara menegaskan bahawa idea kerajaan perpaduan seperti disarankan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang "tidak pernah merupakan agenda PAS."

Kenyataan tersebut, bersama tandatangan sepuluh anggota Dewan Rakyat berkenaan, diedarkan dalam satu sidang media di lobi Parlimen.


Ahli-ahli parlimen PAS itu seperti berikut:


YB Dr Hj Mohd Hatta Ramli
Ahli Parlimen Kuala Krai


YB Ir Hj Khalid Samad
Ahli Parlimen Shah Alam


YB Dr Hj Dzulkefly Ahmad
Ahli Parlimen Kuala Selangor


YB Datuk Hj Kamaruddin Jaffar
Ahli Parlimen Tumpat


YB Ustazah Hjh Siti Zailah Mohd Yusoff
Ahli Parlimen Rantau Panjang


YB Dr Hjh Siti Mariah Mahmud
Ahli Parlimen Kota Raja


YB Dr Hjh Lo’ Lo’ Mohd Ghazali
Ahli Parlimen Titiwangsa


YB Dr Hj Mohd Hayati Othman
Ahli Parlimen Pendang


YB Ustaz Hj Taib Azamuddin Md Taib
Ahli Parlimen Baling


YB Dr Hj Mujahid Yusof Rawa
Ahli Parlimen Parit Buntar


Sementara itu di Kota Bharu, Nik Aziz merancang mengadakan mesyuarat khas yang hanya dihadiri pemimpin tertinggi PAS termasuk Abdul Hadi dan timbalannya Nasharudin Mat Isa.

"Saya sendiri akan menjemput Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, timbalan presiden (Nasharudin) dan beberapa pemimpin PAS lain yang akan saya tentukan kemudian.

"Pertemuan ini saya namakan mesyuarat ukhuwah (persaudaraan) yang akan menyelesaikan isu kerajaan perpaduan ini.

"Buat masa ini masa, tarikh dan lokasinya belum lagi dapat ditentukan sama ada di Kuala Lumpur atau di Kelantan, bergantung kepada kesesuaian masa tetapi akan diadakan secepat yang boleh," Nik Aziz dipetik berkata selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Harian PAS Kelantan hari ini.

SUMBER : www.malaysiakini.com

ULASAN : Yang lain lain tu tunggu apa lagi? Takkan wala' tu hanya untuk kami ahli bawahan jer kot?

No comments:

Post a Comment